Anda bakal tahu 4 sebab yang buatkan orang kaya boleh jatuh muflis. Confirm anda tak akan buat lepas habis baca ini.

Katakan… (Tok hanya nak korang bayangkan sahaja. Bukan Tok doakan perkara yang bukan-bukan terjadi kepada korang atau ahli keluarga korang).

  1. Kita dapat tahu ada ahli keluarga yang mewariskan harta berjuta-juta kepada kita,
  2. kita dapat durian runtuh daripada opsyen saham yang majikan kita berikan, atau,
  3. jadi masyuk apabila syarikat tempat kita kerja buka milikan saham kepada orang ramai

Ketika ini, Tok yakin ada antara kita akan rasa dunia ini seperti kita seorang yang punya.

Mana taknya. Duit datang berlambak secara tiba-tiba. Akan ada fikiran yang kita boleh beli semua benda dalam dunia ini.

Selalunya, nafsu akan ambil alih keupayaan berfikir secara rasional ketika ini. Hati akan mula ransang tindakan untuk beli itu ini.

Peghujungnya, ramai yang jatuh miskin sebab tak pandai urus duit dengan cermat.

Teruskan bacaan kalau anda tak mahu jatuh miskin (sebab tak belajar bab uruskan duit). 

“Saya tak akan lupakan nasihat seorang pengurus akaun kepada seorang klien, yang berjaya menjual syarikat simen beliau dengan harga lebih $400 juta.”

Kata-kata Dan Weil ini merujuk kepada kata-kata Richard Campell, CEO syarikat Palm Beach dan firma perakaunan Rampell & Rampell.

Dalam bahasa yang jelas dan mudah, beliau berpesan kepada klien itu:

“Jangan ikut nafsu dan jadi boros.” 

Menurut kajian Dan, kes seperti ini kerap berlaku. Ini tak termasuk orang yang menang loteri (yang biasanya, kekayaan golongan ini tak kekal lama).

Dan kongsikan 4  sebab kenapa ramai orang tersangkut akibat tak pandai kawal nafsu dalam bab menguruskan duit:

Sebab #1: Kedekut nak bayar khidmat penasihat atau pakar kewangan.

Tak ramai orang yang bagus dalam bab uruskan kewangan. Atas sebab ini, nasihat yang biasa kita dengar adalah minta bantuan daripada pakar bidang pengurusan kewangan.

Sebagai permulaan, kita boleh cari penasihat kewangan yang berkongsi pandangan yang sama dengan kita. Golongan ini lebih memahami selok-belok kewangan daripada kita.

Ini cadangan Dan. Dapatkan penasihat kewangan yang kita bayar setiap kali untuk dapatkan servis mereka (one time service).

Ini lebih baik dan berbaloi daripada mendapatkan khidmat mereka yang lebih fokus nak menjual insurans nyawa, mutual funds, atau sebagainya.

Mereka lebih tertumpu nak buat jualan (sales), dan mengejar komisyen berbanding nak bantu kita.

Selain itu, kita juga boleh buat kaji selidik terlebih dahulu dengan bertanya kepada orang lain.

Cuba tanya kepada peguam, akauntan, atau pegawai bank yang kita kenal dan dapatkan nasihat, pandangan, serta cadangan mereka tentang perkara ini.

Sebab #2: Suka berbelanja secara boros. 

Ramai yang masih kurang mampu untuk kawal sikap berbelanja secara boros. Ini telah terbukti oleh banyak kes muflis sebelum ini.

“Individu yang dapat duit secara “lump sum” selalu ingat mereka ada duit yang tak akan habis.”

Penjelasan ini dipetik daripada Diane Pearson, penasihat kewangan untuk Legend Financial Advisor di Pittsburgh.

“Ada satu kes yang pernah saya uruskan. Klien saya tinggalkan wasiat sebanyak $500,000 kepada anak saudaranya tanpa sebarang pesanan.

Kami cuba sedaya upaya untuk bantu beliau, tapi nafsu mengatasi segalanya.

Anak saudaranya boros berbelanja, hingga harta itu habis diguna,” tambah Pearson.

Tabiat ini boleh buat kekayaan melingkup dalam masa yang amat singkat.

Perkara ini boleh dielak dengan merangka pelan untuk masa depan.

Ada pelbagai jenis pelaburan yang boleh gandakan duit kita. Pilih jenis pelaburan yang sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin kita capai.

Sebab #3: Sifat baik hati yang terlampau ekstrim.

Latih diri kita dan mula belajar untuk katakan “tidak”.

Akan ada saudara-mara yang akan datang rapat kepada kita (padahal sebelum ini susah nak nampak muka). Tindakan ini biasanya beserta dengan niat yang tak betul.

Tak kurang juga kawan-kawan rapat kita. Mereka akan serang kita sehabis boleh untuk merasa duit kita.

Tak salah untuk jadi pemurah. Tapi kena letak had agar ia tak menyusahkan kita di kemudian hari.

Bila meminjam dan tak bayar balik duit yang kita bagi pinjam, itu semua adalah perkara biasa.

Kita boleh belajar daripada kisah Burt Reynold. Beliau adalah seorang pelakon dan juga seorang klien kepada Rampell.

Pelakon ini bankrap pada tahun 1996, dan masih berdepan masa yang sukar berkaitan kewangan sampai sekarang.

“Silap beliau adalah sikap yang telampau murah hati. Dia sanggup tolong orang secara membuta tuli, dan bantu orang yang tak berikan nilai kepada beliau,” jelas Rampell.

Kalau kita baik dengan orang, belum tentu orang itu akan balas buat baik kepada kita. Ini adalah realiti.

Sebab #4: Suka leburkan duit dalam pelaburan yang tak bagus. 

Jika ramai tahu kita ada duit yang banyak, akan ada yang cuba dapatkan duit kita dengan menjual idea pelaburan yang jauh tak kena dengan logik akal.

“Akan ada orang yang akui mereka ada produk yang boleh bersaing dengan Apple,” tambah Rampell.

Adalah lebih baik melabur duit itu kepada pelaburan yang kita faham. Ia lebih selamat dan kurang berisiko.

Nasihat yang paling baik daripada Rampell. Lebih baik jangan hebahkan kekayaan kita, dan amalkan hidup secara sederhana.

Ramai orang suka berlagak dengan harta yang mereka ada. Tapi mereka tak sedar, lambat-laun sikap ini bakal menyusahkan mereka.

Yang kaya akan bertambah kaya kalau ada ilmu urus duit yang betul.

Tok boleh simpulkan begini: Ilmu uruskan duit boleh jadi penentu sama ada kita akan jadi lebih kaya atau lebih miskin.

Walaupun harta setinggi gunung, boleh habis kalau amalkan cara belanja yang tak betul. Sentiasa tambah ilmu dan bacaan tentang pengurusan kewangan.

Tok nasihatkan korang belajar atau datang ke seminar berkaitan topik ini. Sudah banyak kelas seperti ini sekarang.

Harta dan rezeki kita di dunia ini adalah rahmat dan amanah Allah SWT kepada kita.

Tok cadangkan, lagi bagus guna harta yang kita ada untuk tambah lagi banyak pahala. Kita juga yang untung di dunia dan akhirat.

Photo by quinn.anya

Leave a Reply