PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Apa yang menarik tentang kawasan Mont Kiara?” – Zul

Mont Kiara adalah sebuah bandaraya berstatus mewah (high-end) yang terletak di bahagian Barat Laut Kuala Lumpur.

Berdekatan dengan Sri Hartamas, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya, Petaling Jaya, korang boleh sampai ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dari Mont Kiara dalam masa 10 hingga 15 minit saja.

Pendek kata, kawasan ini terletak dalam lokasi yang strategik. Memang mudah untuk ke mana saja yang korang suka.

Cuma, apa lagi yang perlu korang tahu tentang kawasan Mont Kiara ni?

Buat yang nak beli rumah (atau nak tahu apa yang ada) dekat kawasan Mont Kiara, jemput baca perkongsian Tok pada hari ini. Selamat menghadam.

Bekas tanah ladang getah 27 tahun yang lalu?

Sumber gambar The Star

Sumber gambar – The Star

Dulu, Mont Kiara dikenali sebagai ladang getah Segambut Dalam sekitar 27 tahun (tahun 1992) yang lepas.

Pada asalnya, kawasan ini langsung tidak mencuri perhatian mana-mana pemaju hartanah di Malaysia. Sehingga Datuk Allan Tong (pengasas Sunrise dan pemaju Mont Kiara) ditawarkan untuk membeli tanah seluas 10 ekar di Segambut Dalam.

Kalau difikirkan secara logik, siapa yang nak beli tanah ladang getah yang tidak mempunyai akses jalan raya yang baik?

Tapi selepas dibangunkan, Mont Kiara berubah menjadi sebuah kawasan elit yang lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.

Kini, Mont Kiara menjadi tumpuan sebagai tempat kediaman golongan ekspatriat dari negara Jepun, Korea, Singapura, dan lain-lain.

4 sambungan lebuhraya yang cukup mantap

Sumber gambar KLIA2

Sumber gambar – KLIA2

Kenapa kawasan Mont Kiara ni agak popular dikalangan golongan ekspatriat dan juga pelabur hartanah?

Pada pendapat personal Tok, ini disebabkan Mont Kiara mempunyai akses kepada sambungan lebuhraya yang baik.

Korang boleh pilih untuk gunakan sambungan kepada 4 lebuhraya berikut:

  • New Klang Valley Expressway E1 (NKVE),
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1,
  • Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE) E33, dan
  • Sprint Expressway E23.

Selain 4 lebuhraya dekat atas ini, korang juga ada akses ke Lebuhraya PLUS yang terletak di hujung bahagian Utara Mont Kiara.

Dengan menggunakan Lebuhraya DUKE, korang boleh sampai ke Ampang, Ulu Klang, atau Gombak melalui simpang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2) dan juga Lebuhraya Pantai Timur E8.

Kalau gunakan Kerinchi Link pula, korang boleh sampai ke bandar perindustrian Petaling Jaya tanpa perlu melalui Kuala Lumpur. Best, kan?

Untuk bab pengangkutan awam pulak, korang ada stesen Komuter Segambut. Korang juga ada gunakan perkhidmatan RapidKL untuk ke stesen ini dan juga ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara (yang beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 7.45 petang saja).

“Apa lagi kemudahan yang disediakan dekat sini, Tok?”

Sumber gambar 1 Mont Kiara

Sumber gambar – 1 Mont Kiara

Mont Kiara juga padat dengan pembangunan projek komersial, yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penduduk di sini.

Antara projek berstatus komersial dekat sini adalah:

  • Plaza Mont Kiara,
  • 1 Mont Kiara,
  • Arcoris Mont Kiara,
  • Kiara 163,
  • Solaris Mont Kiara,
  • Publika @ Mont Kiara, dan
  • Solaris Dutamas.

Macam-macam kemudahan yang dah tersedia dekat kawasan yang sebutkan di atas tadi. Memang senang untuk korang beli barangan dapur, atau mencari kedai makan yang beraneka pilihan.

Kalau korang rajin nak memandu, korang boleh ke The Curve di Petaling jaya yang terletak sejauh 7.9 KM melalui Lebuhraya SPRINT. Pasaraya TESCO, IKEA, dan iPC pulak, terletak bersebelahah saja dengan The Curve ni.

Selain tu jugak, korang boleh ke One Utama yang hanya terletak sejauh 9.8 KM saja. Semuanya dekat belaka, bukan?

Ada ke pusat kesihatan dekat kawasan ini?

Sumber gambar iBanding

Sumber gambar – iBanding

Dah tentu ada. Kalau dalam kawasan Mont Kiara, korang ada Global Doctors yang terletak di Jalan Kiara 3. Untuk pengetahuan korang, hospital ni beroperasi selama 24 jam.

Selain tu, korang jugak boleh pergi ke Kiara Medical Centre yang berlokasi di Desa Sri Hartamas. Pusat kesihatan ni terletak hanya sejauh 2 KM saja dari Mont Kiara.

Untuk pusat kesihatan kanak-kanak, korang jugak ada Kiara Child Specialist Clinic yang terletak sejauh 1.9 KM.

Antara klinik lain yang tersedia berdekatan dengan kawasan ini seperti:

  • Poliklinik Hartamas,
  • Forest Village Clinic,
  • Hibari Clinic Mont Kiara,
  • Meridian Clinic,
  • Dasom Clinic,
  • Naruto Wellness Clinic,
  • Klinik Mont Hope,
  • The Mind Faculty (Klinik Psikiatri dan Psikologi), dan banyak lagi.

Pendek cerita, senang untuk korang cari pusat kesihatan dalam kawasan ini untuk korang dan ahli keluarga yang tersayang.

Apa pula pusat pendidikan terdekat di Mont Kiara?

Sumber gambar www.mkis .edu .my

Sumber gambar – www.mkis.edu.my

Untuk bab pendidikan anak-anak, korang jugak tak perlu risau. Antara pilihan yang ada adalah:

  • British Garden International School,
  • Mont Kiara International School of Kuala Lumpur,
  • Lycée Français Kuala Lumpur (LFKL),
  • HELP University (Bukit Damansara),
  • Mahsa College (Damansara Heights),
  • Mont Royale College (Plaza Damas),
  • Q-Dees Sri Hartamas,
  • SummerFields Preschool (Sri Hartamas),
  • Casa Montessori,
  • Sekolah Kebangsaaan Sri Hartamas,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, dan lain-lain lagi.

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Mont Kiara?

Pada pendapat personal Tok, Mont Kiara adalah sebuah kawasan yang bagus untuk korang menetap bersama keluarga.

Dari sudut pelaburan pula, masih ada potensi dalam menjana aliran tunai yang baik. Mungkin korang boleh target penyewa dari golongan ekspatriat.

Apa pun, kaji betul-betul dulu sebelum korang buat sebarang keputusan membeli. Elakkan skip nasihat Tok yang ni kalau korang serius tak nak rugi kemudian hari.

P/S: Korang tak ada sebarang aktiviti hujung minggu ini? 

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah pada 12 September 2019 (hari Sabtu) akan datang. Jemput isi borang dengan klik gambar bawah ini laju-laju.

728x90 01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *