PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tanjung Malim – Apa anda perlu tahu tentang kawasan ini?

Bila Tok sebut perkataan Tanjung Malim, apa perkara pertama yang terbit dalam minda korang? 

Kalau Tok, pasti teringat kedai makanan yang pelbagai dekat sana. Senang cerita, kalau datang sana, perut confirm gembira. 

Cuma kali ni, Tok bukan nak cerita pasal makanan yang ada kat sana. 

Katakan, korang pilih Tajung Malim sebagai tempat tinggal yang seterusnya. Pasti korang nak tahu apa yang ada dekat kawasan ni, kan? 

Nah, Tok sediakan perkongsian ini khas untuk korang. Hadamkan tanpa was-was. 

Bukan sekadar tempat orang cari makan semata 

Sumber gambar edufair.fsi .com .my
Sumber gambar – edufair.fsi.com.my

Sebagai mukadimah, Tok nak kongsikan sedikit tentang sejarah kawasan Tanjung Malim ini. 

Terletak kira-kira 70KM di utara bandaraya Kuala Lumpur, bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak dan berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. 

Tanjung Malim juga terletak di sebelah utara Sungai Bernam, dan menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. 

Perkataan ‘Tanjung’ berasal dari bentuk tanjung di ulu Sungai Bernam. Manakala perkataan ‘Malim’ pula berasal daripada perkataan “mualim,” yang bermaksud orang yang sangat berilmu. 

Sinonim dengan namanya, Tanjung Malim juga terkenal sebagai bandar pendidikan dengan penubuhan pusat pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dulu dikenali dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) di sini. 

Ini data terkini penduduk di Tanjung Malim

Sumber gambar agoda.com
Sumber gambar – agoda.com

Berada dalam Daerah Mualim, jumlah penduduk Tanjung Malim adalah sekitar 70,791 orang pada tahun 2017 (berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia). 

Kalau kita bahagikan peratusan mengikut kaum: 

  • Penduduk Cina: 41.33%, 
  • Penduduk Melayu: 40.88%, 
  • Penduduk India: 15.76%, 
  • Lain-Lain: 2.03%. 

Pendapatan isi rumah bulanan di Tanjung Malim pula, merekodkan pada jumlah RM3,897 sebulan pada tahun 2016. 

Kini, Tanjung Malim bukan saja dikenali sebagai bandar pendidikan. Ia juga dikenali sebagai bandar automotif dan juga bandar belia. 

Ini sebab kerajaan negeri Perak sudah memulakan rancangan untuk pembangunan bandar baru di Tanjung Malim yang dikenali sebagai Bandar Behrang 2020 dan Bandar Raya Proton.

Akses mudah ke lebuhraya utama serta pengangkutan awam

Sumber gambar klia2.info
Sumber gambar – klia2.info

Pada yang fikir Tanjung Malim terletak di ceruk muka bumi dan tiada apa-apa kemudahan, korang silap. 

Hanya terletak 45 minit ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan 90 minit ke bandar Ipoh, Perak, korang boleh ke 2 kawasan ini dengan mudah. Korang boleh gunakan sambungan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk ke dua-dua kawasan ini. 

Dari Tanjung Malim, korang ada akses ke lebuhraya ini melalui Behrang Interchange (dalam masa 12 minit) untuk ke Ipoh, atau Tanjung Malim Interchange (dalam masa 15 minit) untuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. 

Buat korang yang malas nak memandu jauh, korang juga disediakan dengan perkhidmatan KTM Komuter. Korang boleh pilih untuk pergi di antara 2 stesen ini: 

  • Stesen KTM Behrang, atau
  • Stesen KTM Tanjung Malim. 

Kat sini juga, korang boleh ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam masa 90 minit saja. 

Apa kemudahan yang tersedia berdekatan Tanjung Malim? 

Berikut antara kemudahan lain yang lengkap tersedia kat sini: 

Sekolah dan Pusat Pendidikan Tinggi

Sumber gambar facebook.compibgskprotoncity
Sumber gambar – facebook.com:pibgskprotoncity:
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Katoyang, 
  • Politeknik Sultan Azlan Shah,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik, 
  • Sekolah Menengah Khir Johari, 
  • Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, 
  • Sekolah Kebangsaan Methodist, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tan Sri Datuk Manikvasagam, 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin, 
  • Sekolah Kebangsaan Proton City, 
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020. 

Pasaraya

Sumber gambar imanhomestaypc.blogspot.com
Sumber gambar – imanhomestaypc.blogspot.com
  • Pasaraya Grandbuy, 
  • Pasaraya Big Ten, 
  • Billion Supermarket,
  • Pasaraya TF Value Mart.

Restoran dan cafe

Sumber gambar venoth.blogspot.com
Sumber gambar – venoth.blogspot.com
  • KFC, 
  • Secret Recipe, 
  • Pizza Hut, 
  • Easy Cafe, 
  • Restoran Nasi Kandar 24 Jam, 
  • Restoran Pau Yik Mun, 
  • E-Place Cafe, 
  • Restoran Cupak, 
  • Nasi Ayam Farhani, 
  • Saudagaq Sup, 
  • Qalam Burger, 
  • Domino’s Pizza, 
  • CapeCafe, 
  • McDonalds Proton City (akan datang), 
  • Sarang Art Hub, 
  • Sinaran Kejora, 
  • Restoran Tanjung Malim. 

Bank

Sumber gambar placesmap.net
Sumber gambar – placesmap.net
  • AmBank (M) Berhad, 
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, 
  • Public Bank Bhd, 
  • Bank Islam Bhd, 
  • Maybank Bhd, 
  • Bank Simpanan Nasional, 
  • Bank Rakyat, 
  • Agro Bank. 

Klinik dan Hospital Berdekatan 

Sumber gambar wikimapia.org
Sumber gambar – wikimapia.org
  • Poliklinik Bakti Aminin @ Pusat Perubatan Bakti Aminin, 
  • Poliklinik Salehuddin, 
  • Hospital Slim River, 
  • Klinik Dr Azhar dan Rakan-Rakan, 
  • Klinik Kesihatan Tg. Malim, 
  • Klinik Nabilah (berhadapan UPSI), 
  • Klinik Dr. Mazlan (berhadapan Maybank), 
  • Klinik UPSI. 

Kemudahan Sukan dan Rekreasi 

Sumber gambar proton city.com
Sumber gambar – proton-city.com
  • Padang Bola Sepak / Ragbi, 
  • Kompleks Sukan PROTON Tanjung Malim, 
  • Gelanggang futsal Ulu Bernam, 
  • Padang Bola Sepak MDTM (Padang Club),
  • Tasik Proton City, 
  • Tasik Balun. 

Seperti yang Tok senaraikan di atas tadi, terdapat pelbagai kemudahan yang akan memudahkan kelangsungan hidup korang kat sini. 

Jadi, berbaloi ke beli rumah di Tanjung Malim? 

Dengan pembangunan yang semakin rancak, sudah pasti kawasan ini bakal menjadi pilihan ramai sebagai tempat kediaman, tak kira untuk yang masih bujang ataupun yang sudah bekeluarga.

Kemudahan yang lengkap dengan akses ke lebuhraya yang baik, menjadi antara sebab bandar ini bakal menjadi hotspot seterusnya dalam pasaran hartanah Malaysia. 

Rumah di sini, masih lagi pada harga mampu-milik. Jadi, apa lagi yang korang tunggu? 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed