Login

Register

Login

Register

Sepang – Berbaloi ke beli hartanah dekat sini?

| | ,

Dah jadi lumrah seorang pelabur. Dah tentu nak buat untung setiap kali ada peluang, kan? 

Nak buat untung, bukan satu perkara mudah. Banyak benda yang korang kena kaji dulu sebelum buat keputusan membeli. 

Setiap kali sebelum membeli, kaji dan kenal dulu kawasan tu macam korang nak kenal pasangan hidup sendiri. 

Buat yang tengah aim nak beli hartanah kat kawasan Sepang, hari ni adalah hari bertuah buat korang. 

Kalau korang serius nak tahu, jemput hadamkan perkongsian Tok ni laju-laju. 

Sedikit sebanyak tentang Sepang (yang anda pasti suka nak tahu)

AVANI Sepang Gold Coast. Sumber gambar – booking.com

Sepang adalah sebuah perbandaran yang terletak di kawasan Selatan Selangor. 

Buat yang tak pernah dengar nama kawasan ni, korang pasti pernah dengar tentang KLIA dan Sepang International Circuit, kan? Boleh kata, ini adalah landmark yang famous bagi kawasan Sepang ni. 

Sepang juga berjiran dengan kawasan Cyberjaya, Putrajaya, dan Dengkil. Bab hiburan (entertainment), memang tak banyak kat sini. Kawasan berlibur yang terdekat dan grand adalah Alamanda Shopping Centre dan Mitsui Outlet Park KLIA. 

Sepang pernah dilabel sebagai kawasan ‘jin bertendang’ dulu. Tapi, korang jangan ingat Sepang masih sama macam dulu kala. 

Kawasan ni, dah mula penuh dengan pelbagai rumah atas tanah (landed) yang bersaiz besar lengkap dengan ciri-ciri mewah. Korang boleh tengok sendiri kawasan seperti Sepang Gold Coast dan Bagan Lalang Beach. 

Sepang, semakin pesat berkembang?

KLIA Aeropolis. Sumber gambar – astroawani.com

Akibat pembangunan kawasan Selatan Selangor ini yang semakin berkembang pesat, semakin ramai pemaju mula tertumpu untuk membangunkan Sepang, atas sebab tanah kat kawasan ini masih agak murah dan berpatutan. 

Sehingga tahun 2017, dah ada lebih kurang 200,000 populasi di mukim Sepang dan Dengkil. 35% daripada jumlah ini berumur 20 hingga 35 tahun, dan jumlah ini semakin meningkat setiap tahun. 

Seperti yang kita sedia maklum, peningkatan dari segi populasi di kawasan ini berpunca daripada perkembangan aktiviti ekonomi seperti: 

  • Kemunculan peluang pekerjaan, 
  • Kemudahan (amenities), dan
  • Peningkatan gaya hidup. 

Tambahan pula, pembangunan KLIA Aeropolis kat tanah seluas 404.7 hektar juga jadi salah satu punca peningkatan capital appreciation yang baik kat kawasan ni. 

Lagi awesome, korang juga dekat untuk ke mana-mana kawasan jiran seperti Dengkil, Nilai, Putrajaya, Cyberjaya, dan juga Bangi. Semua kawasan ini hanya dalam radius 5 hingga 15KM saja. 

Kawasan ni, Tok boleh cakap sedang mengalami transformasi yang mendadak. Pada masa akan datang, tak mustahil Sepang akan menjadi kawasan pilihan buat mereka yang nak upgrade rumah sedia ada, tak lupa juga pembeli rumah pertama. 

Apa kemudahan yang dah tersedia kat Sepang?

Maju Expressway (MEX). Sumber gambar – Malay Mail Online

Sekarang, cukup mudah untuk ke mana-mana dari Sepang. Ini sebab korang disediakan dengan 11 lebuhraya utama seperti:

  • Maju Expressway (MEX), 
  • ELITE Expressway, 
  • Putrajaya-Cyberjaya Expressway, 
  • KLIA Expressway, 
  • SKVE, 
  • LDP, 
  • SILK,
  • North-South Expressway (Lebuhraya Utara-Selatan), 
  • Jalan Nilai-KLIA,
  • Jalan Bangi-Dengkil, dan
  • Jalan Banting-Dengkil. 

Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses untuk menikmati kemudahan LRT dan KTM via ERL yang bertempat di Stesen Salak Tinggi. 

Ini akan memudahkan perjalanan korang yang bekerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan korang boleh sampai ke sana dalam masa 30 minit perjalanan saja. 

Buat yang bekerja di KLIA juga, korang dah tak perlu bazirkan duit pada minyak kereta korang. Masa perjalanan kalau guna ERL, hanya ambil masa 13 minit saja. Amacam, menarik tak? 

Nah, Tok belanja kos perjalanan kalau korang gunakan perkhidmatan ERL daripada Stesen Salak Tinggi: 

Sumber gambar – klia2.info

Apa lagi kemudahan lain yang ada dekat kawasan ini? 

Atas sebab Sepang terletak berdekatan dengan kawasan jiran, memang banyak kemudahan yang tersedia kat kawasan Sepang ni. 

Untuk memudahkan bacaan korang, Tok persembahkan semua kemudahan yang ada dalam bentuk poin seperti kat bawah: 

#1: Tapak perniagaan / Pusat membeli-belah 

KIPMALL Kota Warisan. Sumber gambar – kipmall.com.my
  • Uptown Kota Warisan, Salak Tinggi, 
  • Tesco Nilai, 
  • Giant Nilai, 
  • 9 Avenue Nilai, 
  • KIP Mart & Home Mart, 
  • Courts Nilai, 
  • Nilai Square,
  • KL International Outlet (dalam pembinaan), 
  • Mitsui Premium Outlet, 
  • Gateway @ KLIA2. 

#2: Tempat beriadah

Nilai Spring Golf & Country Club. Sumber gambar – nilaisprings.com
  • Taman Tasik Teratai, dan
  • Nilai Springs Golf & Country Club. 

#3: Pusat Pendidikan (Tadika)

  • Smart Reader Kids Kindergarten, Taman Seroja. 

#4: Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan KLIA. Sumber gambar – benashaari.com
  • Sekolah Rendah KLIA, 
  • S.K. Taman Seroja, 
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • S.K. Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SRJK (Tamil) Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • Nilai International School, 
  • SRJK (Cina) Ladang Bukit Kledek. 

#5: Sekolah Menengah

SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Sumber gambar – smkbbst.blogsot.com
  • SMK Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SMK Seri Sepang, 
  • Nilai International School. 

#6: Institut Pengajian Tinggi 

Xiamen University. Sumber gambar – The Star Online
  • East College of Technology,
  • UniKL MIAT,
  • Inti Nilai International University,
  • Nilai University,
  • Manipal International University,
  • Universiti Sains Islam Malaysia,
  • Xiamen University. 

#7: Hospital 

Hospital Putrajaya. Sumber gambar – siraplimau.com
  • Hospital Putrajaya, 
  • Nilai Medical Centre, dan
  • National Cancer Institute. 

Berbaloi ke beli hartanah kat Sepang? 

Pada pendapat personal Tok, hartanah kat sini memang berbaloi untuk dibeli buat mereka yang mencari hartanah pertama. Kalau nak dibandingkan dengan KL, hartanah kat sini masih lagi dalam harga mampu milik. 

Dengan sambungan lebuhraya yang mantap dan kemudahan yang pelbagai, Sepang berpotensi menjadi lokasi hartanah hot pada masa akan datang. 

Pastikan korang buat kajian sendiri terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Berbaloi atau tak, ini bergantung pada kemampuan dan kemahuan korang. Setuju? 

Ansuran bulanan serviced apartment ini, bermula dari RM1.3K?

Buat yang sedang mencari serviced apartment di Sepang, Tok ada satu projek nak kongsikan kat korang. 

Booking hanya RM200, dan ansuran bulanan bermula dari RM1,300 sebulan saja. Sesuai untuk pembeli rumah kali pertama. 

Tak cukup dengan itu, korang juga akan dapat cashback bila beli rumah ini. Boleh gunakan duit cashback ini untuk: 

  1. Langsaikan hutang jahat (kad kredit, dan sebagainya), 
  2. Modal tukar kereta baru secara PERCUMA, 
  3. Bina simpanan untuk masa depan, 
  4. Bina tabung pendidikan anak-anak, 
  5. Sebagai deposit untuk beli rumah seterusnya, dan macam-macam lagi. 

Tawaran ini terhad kepada 15 orang terawal, dan bakal tamat pada 6 Julai 2020, tepat pukul 11.59 malam

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH UNIT ANDA SEKARANG

Previous

Apa yang lelaki ini buat untuk beli rumah tanpa slip gaji (walaupun baru berbisnes tak sampai 6 bulan)

SEHR Townvillas – Townhouse mewah untuk seisi keluarga anda

Next