Beritahu Tok, siapa je tak suka tinggal dekat dengan Pusat Bandaraya?
Kelebihan tinggal di tengah bandar ni, adalah dari segi kemudahan yang mudah untuk didapati selain akses untuk ke tempat kerja, memandangkan Pusat Bandar adalah tumpuan utama untuk golongan pekerja.
“Tinggal harapan je lah Tok nak beli rumah dekat tengah bandar. Gaji RM10K pun, belum tentu mampu. Rumah mampu milik je la yang layak pun..”
Sabar dulu. Antara benda yang wajib korang tahu pasal Sentul adalah ianya terletak berhampiran dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Usah khuatir. Kalian masih punya pilihan dengan pelbagai jenis unit rumah yang ditawarkan. Cumanya, korang kena bijak dalam membandingkan harga dengan setiap projek perumahan yang ada.
Antara kawasan yang berhampiran dengan Sentul adalah:
Dan populasi untuk kawasan Sentul tidak didominasi oleh mana-mana kaum. Bermakna kawasan ini didiami oleh kaum Cina, India dan Melayu.
Pada pendapat Tok, Sentul adalah kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi kawasan tumpuan para pelabur hartanah memandangkan lokasinya yang sangat strategik serta diramal akan mengalami peningkatan hartanah pada masa hadapan.
Untuk korang yang tak berapa familiar dengan kawasan Sentul ni. Boleh la rujuk peta di bawah. Dari situ korang dah boleh nampak betapa dekatnya Sentul dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Dan sudah semestinya, lokasi yang strategik saja tidak cukup untuk menjadikan lokasi ini dalam pemerhatian para pelabur hartanah.
Faktor sambungan jalan raya yang mantap juga menjadi elemen terpenting dan daya penarik untuk potensi hartanah di suatu kawasan dan Sentul mempunyai ciri yang dinyatakan.
Penduduk Sentul mempunyai sambungan mudah ke lebuhraya berikut:
Dengan akses jaringan lebuhraya yang pelbagai, sudah pastinya sangat menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan korang untuk pergi ke tempat kerja atau berliburan di pusat bandar.
“Tapi Tok, duduk dekat dengan Pusat Bandar ni mesti jem teruk.. Malas nak bawa kereta menghadap traffic jam.”
Untuk situasi malas di atas, korang ada pilihan untuk ke destinasi yang ingin dituju menggunakan pengangkutan awam.
Pengangkutan awam yang sedia berkhidmat untuk penduduk Sentul adalah seperti berikut:
Kalau nak tahu samada kawasan itu sesuai didiami untuk keluarga atau tidak, kaji dan perhatikan samada kemudahan pendidikan ada disediakan. Tidak kiralah samada sekolah rendah atau menengah.
Untuk kawasan Sentul, Tok bagi gred A untuk perkara ini. Korang boleh pilih salah satu dalam senarai di bawah:
So untuk hal pendidikan anak-anak, korang dah tak payah risau. Anak korang masih kecil? Di sini juga ada beberapa pilihan tadika untuk anak korang:
Sebagai persediaan utama yang asas, adalah penting untuk beli rumah dekat dengan kemudahan kesihatan samada klinik awam mahupun hospital swasta. Untuk kepentingan di masa kecemasan korang juga.
Kalau korang pilih untuk menetap di Sentul, korang cukup dekat dengan hospital dalam senarai di bawah:
Kalau nak berliburan bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga yang tercinta, Sentul adalah kawasan yang miliki segalanya yang korang mahu.
Orang KL mesti dah tahu benda ni. Sebut je Sentul, mesti dah terbayang bangunan kompleks membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang tersergam indah di tengah bandar.
Aktiviti hujung minggu korang bersama keluarga boleh diisi dengan bawa mereka ke:
Nampak tak? Korang ada akses hampir ke semua tempat yang best-best kat KL ni.
Kalau setakat nak ‘food hunting’ tu senang sangat. Pelbagai pilihan jenis masakan yang ada merangkumi masakan tradisional, Melayu, India, Cina, dan segala jenis yang korang mahukan.
Kalau tanya Tok, semua jenis golongan sesuai untuk tinggal dan menetap di sini. Orang ‘gomen’ pun sesuai sangat sebab kat sini juga ada banyak jabatan kerajaan seperti:
Kalau kita kaji, harga rumah mengikut kaki persegi (sq.ft) kat Sentul, masih lagi berada dalam kategori mampu milik berbanding harga rumah di kawasan bandar raya.
Tok bagi satu contoh mudah. Logik tak korang nak cari rumah bawah harga RM 500k dalam kawasan bandar Kuala Lumpur?
Kalau tanya siapapun, mereka akan cakap agak mustahil. Jadi salah satu jalan penyelesaiannya, adalah beli rumah yang dekat dengan kawasan Pusat bandar. Dan korang tak perlu pun bayar harga rumah sampai RM500k tu.
Ini adalah win-win situation. Korang ada peluang untuk duduk kat kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan beli rumah dengan harga yang sangat berpatutan.
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.