PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Putrajaya – Berbaloi ke beli hartanah dekat sini?

Putrajaya adalah sebuah kawasan yang dibangunkan sebagai mercu tanda pusat pentadbiran persekutuan, menggantikan Kuala Lumpur pada tahun 1999. 

Putrajaya (atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya) dikenali sebagai bandar pentadbiran futuristik dengan pengekalan imej budaya tempatan.

Konsep pembangunannya juga adalah bertujuan untuk mengangkat Malaysia sebagai negara yang punya tingkat ekonomi berdaya saing di mata dunia.

Hari ini, semua jabatan kerajaan dan kementerian berpusat di Putrajaya, kecuali Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan, dan Kementerian Kerja Raya.

Terletak kira-kira 29 KM ke selatan Kuala Lumpur, Putrajaya merangkumi keluasan tanah 19 batu persegi.

Sejarah awal Putrajaya yang tak ramai tahu

Putrajaya1

Kembali ke 30 – 40 tahun sebelum ini, kawasan tanah lapang ini yang diberi nama Prang Besar adalah sebuah kawasan ladang dan estet.  

Idea untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar maju, adalah hasil cetusan idea dari Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr.Mahathir Mohamad yang melihat potensi kawasan ini sebagai kawasan yang ideal untuk aspirasi wawasan negara.

Projek nasional ini bermula sekitar tahun 1995 dan merupakan projek terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran kos akhir adalah US$8.1 Billion.

Kenapa Putrajaya dianggap sebagai projek tempatan yang paling membanggakan?

Kerana keseluruhan projek telah direka dan dibina oleh syarikat Malaysia dengan hanya 10% sahaja daripada bahan-bahannya yang diimport.

Jaringan Lebuhraya yang cukup mantap

Sumber gambar klia2

Sumber gambar – klia2

Dalam usaha mencapai objektif pengangkutan awam yang lebih efektif dan pada masa sama mesra alam, kerajaan mewujudkan pelbagai strategi pengangkutan seperti adanya bas pengantaraan dan LRT serta lebuhraya.

Untuk mereka yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang khususnya, pastinya sudah tahu betapa mudahnya untuk akses ke Putrajaya dari mana-mana kawasan sekalipun.

Antara lebuhraya yang ada:

  • Lebuhraya MEX,
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban

Orang dari Seremban pun, dekat gila kalau nak masuk Putrajaya.

Apa lagi yang ada di Putrajaya ni? 

Putrajaya3

Dengan lokasi yang strategik dan akses ke bandar lain seperti Cyberjaya, Bangi, dan Nilai, sudah pasti terdapat beberapa infrastruktur yang mampu jadi daya penarik untuk orang ramai memilih Putrajaya sebagai destinasi pilihan.

Selain panorama dan pemandangan tasik yang indah, Putrajaya juga menarik ramai pelancong dengan adanya:

  • Masjid Putra
  • Jambatan Putra
  • Dataran Warisan
  • Jambatan Seri Perdana
  • Taman Wetland Putrajaya
  • Istana Kehakiman
  • Monumen Alaf Baru
  • Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dari segi kemudahan asas, Tok senaraikan dekat bawah ni untuk korang:

  • Hospital Putrajaya (HPj)
  • KLIA Transit
  • Klinik swasta
  • Deretan kedai makan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya
  • SMK Putrajaya Presint 8(1)
  • Sekolah Sultan Alam Shah

Sebenarnya ada banyak lagi, nanti jadi panjang sangat artikel ni jadi Tok cuba ringkaskan semampu mungkin.

“Orang rumah kuat shopping Tok. Ada ke port best?”

Putrajaya4

Ha, cakap pasal shopping ni, ada satu tempat shopping best kat Putrajaya ni iaitu Alamanda Shopping Mall.

Bukan orang Putrajaya je shopping sini, orang Cyberjaya, Bangi pun ramai ke sini bila hujung minggu dengan keluarga samada untuk beli belah atau tengok wayang.

Dari segi kediaman pula, banyak projek pembangunan yang dah ada dan bakal dibangunkan dalam masa terdekat samada landed mahupun high rise.

Oh ya, yang tinggal sini tak semestinya kakitangan awam atau mereka yang bekerja di jabatan kerajaan saja tau.

Ramai juga yang kerja di sektor swasta dan luar dari Putrajaya, tapi tinggal di sini atas sebab kemudahan yang Tok ceritakan tadi.

Jadi, kalau korang tengah cari lokasi yang best untuk tinggal bersama keluarga, Putrajaya patut masuk dalam list korang.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *