Sumber gambar - themalaymailonline.com

Apa yang anda perlu tahu tentang kawasan Puchong?

Kalau korang yang bujang nak beli rumah, mestilah korang akan pertimbangkan untuk beli di kawasan yang dekat dengan pengangkutan awam, bukan?

Nak cari penyewa pun mudah.

Untuk yang dah kahwin pun sama juga, cuma mungkin akan lebih beratkan kepada faktor jarak dari tempat kerja dan kemudahan keluarga seperti sekolah dan hospital.

Selain jadi kawasan tumpuan muda mudi berliburan, Puchong hari ini juga kian galak dengan projek pembangunan memandangkan populasinya yang kian meningkat.

Puchong dulu, tak sama macam sekarang

Macam susah nak percaya bila tengok perkembangan Puchong harini yang sangat progresif membangun.

Bandar Puchong hari ini terkenal dengan kawasan perniagaan (commercial area), kawasan kilang (industrial), dan juga kawasan kediaman (residential).

Keluasan kawasan Puchong adalah 51.71km2. Dan sekarang ni, populasi Puchong dah melebihi 400,000 orang penduduk dan dijangka akan terus meningkat.

Tumpuan sektor Swasta dan Awam?

Memandangkan kedudukan geografinya yang berada di antara pusat bandar Kuala Lumpur, Sepang, Cyberjaya, dan Putrajaya, Puchong menjadi kawasan tumpuan dan pilihan untuk mereka yang bekerja di kawasan yang dinyatakan tadi.

Pekerja KLIA, mahupun kakitangan awam di Putrajaya menjadi golongan yang paling ramai menghuni kawasan ini.

Tambahan pula, lokasinya yang berdekatan dengan Pusat Bandar juga memberi nilai tambah kepada potensi kawasan Puchong.

Segala yang anda mahukan, tersedia disini

Sumber gambar – iBanding

Kenapa ramai yang memilih Puchong sebagai pilihan utama untuk tinggal selain dari faktor yang Tok nyatakan tadi?

Ini kerana Puchong mempunyai pilihan kediaman mampu milik yang berkualiti serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, balai polis, hypermarket, dan lain-lain lagi.

Antara kemudahan yang ada di sini:

  • IOI Mall Puchong,
  • Tesco Extra Puchong,
  • AEON Big Puchong Utama,
  • Giant Bandar Puteri Mall,
  • Avenue Puchong,
  • Kompleks Puchong Perdana,
  • Lebih 10 sekolah menengah,
  • Lebih 20 sekolah rendah.

Macam mana dengan pusat kesihatan? Ada 1 je ke hospital? Salah.

Dekat Puchong korang ada 3 pilihan untuk pusat kesihatan.

Antara pusat kesihatan yang ada:

  • Columbia Asia Hospital Puchong (dibuka 24 jam),
  • KPMC Puchong Specialist Center,
  • Hospital Serdang.

Kemudahan lebuhraya terbaik. Nak pergi mana-mana pun senang ya ampun

Sumber gambar – KLIA2

Ini adalah perkara yang terbaik yang ada pada Puchong. Jaringan lebuh raya yang ada dibina dengan sangat terancang dan sistematik.

Korang boleh gunakan;

  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP),
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
  • Lebuhraya Puchong-Sungai Besi,
  • Lebuhraya Persekutuan,
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE),
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Dengan sambungan lebuhraya power macam ni, korang nak pergi mana-mana pun mudah.

Kalau dah boring dan rasa tepu lepak di KL, ada 3 tempat hot lain untuk korang lepak:

  • Subang Jaya,
  • Petaling Jaya,
  • Seri Kembangan.

Kalau girlfriend korang tinggal di Subang, korang boleh jemput beliau lepak bersama guna lebuhraya LDP, yang hanya mengambil masa 13 minit perjalanan.

Tapi ini bergantung kepada keadaan semasa. Kalau dah peak hour tu, faham-faham je la.

Sebab tu kena rancang dulu perjalanan.

Kawan-kawan ramai dekat Petaling Jaya?

Korang pun boleh senang sampai ke sana dan melepak dengan mereka. Dari Puchong nak ke Petaling Jaya hanya mengambil masa 21 minit sahaja dengan menggunakan akses lebuhraya Damansara-Puchong (sejauh 15.2KM).

Nak ke Seri Kembangan pun tak ada lah jauh sangat, 27 minit je perjalanan dengan gunakan LDP, Lebuhraya Shah Alam, LDP, atau Lebuhraya Lembah Klang Selatan.

Puchong jam teruk?

Sumber gambar – klia2

Ramai yang cakap macam ni dekat Tok:

“Jalan Puchong jam teruk lah..”

Cuba fikir, kenapa satu-satu kawasan selalu sesak?

Sebab padat dengan pembangunan, dan bila ada pembangunan bermaksud peluang pekerjaan.

Bila banyak peluang pekerjaan, kadar pertumbuhan ekonomi setempat turut sama berkembang.

Susah sebenarnya nak lari dari kesesakan lalulintas ni, melainkan korang balik kampung bercucuk tanam. Aman hidup dari hiruk pikuk bunyi kenderaan dan kesesakan trafik.

Dan kalau korang nak elak traffic jam, korang boleh je gunakan khidmat pengangkutan awam yang tersedia. Ada 2 stesen LRT yang berdekatan – LRT stesen Puchong Prima dan juga stesen Putra Heights.

Bila suatu kawasan tu padat membangun dengan peluang kerja apa maksudnya tuan-tuan?

Ya, nilai hartanah di kawasan itu pastinya bakal melonjak naik dalam beberapa tahun ke depan.

Jadi, nak beli sekarang atau nanti? Tepuk poket, tanya orang rumah.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok ada satu lagi tawaran ‘baik punya’ untuk anda

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak Plenitude Berhad. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Jemput tempah tempat duduk anda sekarang dengan klik gambar di bawah ini sekarang:

Leave a Reply