PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Berbaloi ke melabur dekat kawasan Nilai, Negeri Sembilan?

Ramai pelabur akan cari hartanah yang dekat dengan kawasan Pusat Bandar, Kuala Lumpur. Faktor utama? Dah tentu sebab senang nak cari penyewa.

Cuma, ramai yang terlepas pandang perkara ini.

Tak bermakna sesebuah kawasan itu terletak sedikit jauh daripada Pusat Bandar, hartanah di situ tak ada potensi untuk pasaran sewaan.

Boleh kata, tempat itu sebagai untapped market (pasaran yang belum diterokai). Dan kawasan yang Tok maksudkan tu adalah Nilai, Negeri Sembilan.

Dah memang kerja Tok bantu korang buat keputusan membeli yang bijak. Nak tahu apa potensi kawasan ni? Jemput hadamkan perkongsian ini laju-laju.

Apa kaitan Nilai dan Rancangan Malaysia Ke-11? 

Sumber gambar in deep tots

Sumber gambar – in deep tots

Kalau korang masih menganggap Nilai sebagai kawasan ‘kampung’ yang masih belum membangun, korang silap.

Nilai termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV). Ini merupakan rancangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan.

Bermakna, korang akan lihat kawasan Nilai lebih membangun pada masa akan datang.

Kawasan Nilai ini, terletak 50KM ke selatan Pusat Bandar Kuala Lumpur dan ada akses mudah ke jaringan lebuhraya seperti:

  • NSE (North South Expressway),
  • ELITE Expressway,
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS),
  • MEX (Maju Expressway),
  • Nilai-KLIA Highway,
  • Lebuhraya Damansara-Puchong,
  • SKVE (South Klang Valley Expressway).

Boleh kata, Nilai berpotensi menjadi kawasan ‘hot’ dalam masa 5 hingga 15 tahun akan datang. Jangan kata Tok tak payung korang awal-awal.

Bakal jadi hub zon perdangangan bebas digital menjelang 2020? 

Sumber gambar The Malaysian Reserve

Sumber gambar – The Malaysian Reserve

Bandar Nilai jugak dekat dengan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan juga KLIA2. Masa perjalanan ke sana cuma perlukan 20 minit saja.

Tambahan pulak, ada projek KLIA Aeropolis Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang dijangka akan mula beroperasi pada suku ke-3 tahun 2020.

Sebab Nilai terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur dan lain-lain bandar utama yang berdekatan, bandar ini menarik pelbagai jenis industri seperti eletronik, barangan pengguna (consumer goods), dan tekstil untuk membina kilang mereka di sini.

Antara kawasan perindustrian yang sudah bertapak di sini seperti:

  • Nilai Industrial Estate,
  • Nilai Industrial Park,
  • Arab Malaysian Industrial Estate, dan
  • Nilai Utama Industrial Park.

Dan semua ini takkan berhenti setakat itu saja. Kawasan perindustrian ini pasti akan berkembang dari masa ke semasa.

Apa kemudahan yang ditawarkan dekat kawasan Nilai?

Kalau nak cerita bab kemudahan, korang akan terkejut dengan apa yang sudah tersedia dekat sini.

Tok pecahkan kepada beberapa bahagian dan jelaskan dalam bentuk poin supaya korang mudah hadam:

A) Tempat perniagaan / pusat membeli-belah

Sumber gambar star2.com

Sumber gambar – star2.com

  • AEON Jusco Mall,
  • Uptown Salak Tinggi,
  • TESCO Nilai,
  • Giant Nilai,
  • Mydin,
  • 9 Avenue,
  • KIP Mart & Home Mart,
  • Courts Nilai,
  • Nilai Square,
  • Nilai 3 Wholesale Centre,
  • KL International Outlet,
  • Mitsui Premium Outlet,
  • Gateway @ KLIA2, dan
  • MesaMall.

B) Tempat beriadah

Sumber gambar Golf Savers

Sumber gambar – Golf Savers

  • Nilai Springs Golf & Country Club,
  • Taman Tasik Teratai,
  • Dataran Nilai,
  • Taman Awam Nilai,
  • Taman Rasah Kemayan,
  • Bukit Broga.
  • Hutan Lipur Lenggeng.

C) Pendidikan – Sekolah Rendah

Sumber gambar Nilai International School

Sumber gambar – Nilai International School

  • Nilai International School,
  • SRJK (Cina) Ladang Bukit Kledek,
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin,
  • Sekolah Rendah Agama Nurul Huda.

D) Pendidikan – Sekolah Menengah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka
  • Sekolah Menengah Agama Nilai,
  • SMK Dato’ Mohd Said,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian,
  • Nilai International School.

F) Institut Pengajian Tinggi

Sumber gambar INTI International University

Sumber gambar – INTI International University

  • East College of Technology,
  • UniKL MIAT,
  • Inti Nilai International University,
  • Nilai University,
  • Manipal International University,
  • Universiti Sains Islam Malaysia,
  • Xiamen University (XMU),
  • Epsom College (terletak di Bandar Enstek).

G) Hospital

Sumber gambar iBanding

Sumber gambar – iBanding

  • Nilai Medical Centre,
  • Hospital Putrajaya,
  • National Cancer Institute.

Selain semua kemudahan yang Tok sebut dekat atas tadi, korang jugak ada akses kemudahan pengangkutan awam seperti KTM dan terminal bas yang terletak di Pekan Nilai.

Jadi, berbaloi ke beli hartanah pelaburan dekat kawasan Nilai?

Kalau tengok semua kemudahan dan sambungan lebuhraya yang baik dekat atas tadi, Tok berani kata yang Nilai bakal jadi antara kawasan panas(hotspot) yang jadi pilihan pelabur.

Tapi, korang jangan pulak main tangkap muat je. Ini semua hanya pendapat personal Tok sendiri. Korang kena buat kajian dulu sebelum buat keputusan membeli.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *