PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Melawati – ‘Hotspot’ kediaman tenang di Klang Valley

Berminat nak tinggal dekat tepi gunung, tapi tak nak duduk hulu sangat? 

Kawasan yang Tok nak reviu ni adalah kawasan tanah tinggi yang hanya 12.5km dekat dengan KLCC.

Kelebihan tinggal dekat kawasan bernama Melawati ni adalah dari segi kemudahan yang mudah untuk didapati selain akses untuk ke tempat kerja, memandangkan Pusat Bandar adalah tumpuan utama untuk golongan pekerja.

“Tinggal harapan je lah Tok nak beli rumah dekat tengah bandar. Gaji RM10K pun, belum tentu mampu. Rumah mampu milik je la yang layak pun..”

Sabar dulu. Antara benda yang wajib korang tahu pasal Melawati adalah ianya terletak berhampiran dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Usah khuatir. Kalian masih punya pilihan dengan pelbagai jenis unit rumah yang ditawarkan. Cumanya, korang kena bijak dalam membandingkan harga dengan setiap projek perumahan yang ada.

Antara kawasan yang berhampiran dengan Melawati adalah:

  • Titiwangsa,
  • Bukit Antarabangsa,
  • Setiawangsa,
  • Wangsa Maju,
  • Gombak.

Dan populasi untuk kawasan Melawati tidak didominasi oleh mana-mana kaum. Bermakna kawasan ini didiami oleh kaum Cina, India dan Melayu.

Bakal jadi tumpuan para pelabur hartanah?

Pada pendapat Tok, Melawati adalah kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi kawasan tumpuan para pelabur hartanah memandangkan lokasinya yang sangat strategik serta diramal akan mengalami peningkatan hartanah pada masa hadapan.

Untuk korang yang tak berapa familiar dengan kawasan Melawati ni. Boleh la rujuk peta di bawah. Dari situ korang dah boleh nampak betapa dekatnya Melawati dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Screen Shot 2020 07 14 at 8.35.44 PM

Dan sudah semestinya, lokasi yang strategik saja tidak cukup untuk menjadikan lokasi ini dalam pemerhatian para pelabur hartanah.

Faktor sambungan jalan raya yang mantap juga menjadi elemen terpenting dan daya penarik untuk potensi hartanah di suatu kawasan dan Melawati mempunyai ciri yang dinyatakan.

Penduduk Melawati mempunyai sambungan mudah ke lebuhraya berikut:

  • Lebuhraya DUKE,
  • MRR2,
  • Lebuhraya AKLEH,
  • Lebuhraya KARAK.

Dengan akses jaringan lebuhraya yang pelbagai, sudah pastinya sangat menjimatkan masa dan memudahkan pergerakan korang untuk pergi ke tempat kerja atau berliburan di pusat bandar.

“Tapi Tok, duduk dekat dengan Pusat Bandar ni mesti jem teruk.. Malas nak bawa kereta menghadap traffic jam.”

Untuk situasi malas di atas, korang ada pilihan untuk ke destinasi yang ingin dituju menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam yang sedia berkhidmat untuk penduduk Melawati adalah seperti berikut:

  • Stesen LRT Wangsa Maju (7KM),
  • Stesen LRT Sri Rampai (7KM),
  • Stesen LRT Taman Melati (8KM),
  • Stesen LRT Setiawangsa (10KM).

Sumber gambar Sinar Harian

“Sesuai ke tinggal dekat sini bersama keluarga?”

Kalau nak tahu samada kawasan itu sesuai didiami untuk keluarga atau tidak, kaji dan perhatikan sama ada kemudahan pendidikan ada disediakan. Tidak kiralah samada sekolah rendah atau menengah.

Sumber gambar Berita Daily 1

Untuk kawasan Melawati, Tok bagi gred A untuk perkara ini. Korang boleh pilih salah satu dalam senarai di bawah:

  • Universiti TARC,
  • Sekolah Antarabangsa Fairview,
  • SMK Taman Melawati,
  • SJK Tamil Taman Melawati,
  • Malaysia Institute of Art (MIA),
  • Consist College,
  • Saudi School Kuala Lumpur,
  • Universiti Teknologi Malaysia.

So untuk hal pendidikan anak-anak, korang dah tak payah risau. Anak korang masih kecil? Di sini juga ada beberapa pilihan tadika untuk anak korang:

  • R.E.A.L Kids Wangsa Melawati,
  • Adeela EnrichmentCenter,
  • Sekolah KAFA Integrasi At-Taqwa,
  • Tadika GCC Desa Setapak,
  • Tadika Cendekiawan,
  • Islamic International University Malaysia,
  • Islamic International School, International School of Kuala Lumpur (ISKL).

Sebagai persediaan utama yang asas, adalah penting untuk beli rumah dekat dengan kemudahan kesihatan samada klinik awam mahupun hospital swasta. Untuk kepentingan di masa kecemasan korang juga.

Sumber gambar

Kalau korang pilih untuk menetap di Melawati, korang cukup dekat dengan hospital dalam senarai di bawah:

  • Columbia Asia Hospital,
  • Hospital Gleneagles KL,
  • Hospital KPJ Tawakal,
  • Damai Service Hospital,
  • Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,
  • Ampang Putri Specialist Hospital.

Kalau nak enjoy, ada ke port best kat Melawati ni?

Kalau nak berliburan bersama kawan atau luangkan masa bersama keluarga yang tercinta, Melawati adalah kawasan yang miliki segalanya yang korang mahu.

Orang KL mesti dah tahu benda ni. Sebut je Melawati, mesti dah terbayang Zoo Negara.

zoo negara 28 1 o

Bagi yang kaki mall pulak, korang bersama keluarga boleh diisi dengan bawa mereka ke:

  • Giant Ulu Klang,
  • Melawati Mall,
  • AEON Big Wangsa Maju,
  • Wangsa Walk Mall,
  • AEON Setiawangsa,
  • Setapak Cental Mall,
  • Giant Setiawangsa,
  • KLCC.

Nampak tak? Korang ada akses hampir ke semua tempat yang best kat KL ni.

Kalau setakat nak ‘food hunting’ tu senang sangat. Pelbagai pilihan jenis masakan yang ada merangkumi masakan tradisional, Melayu, India, Cina, dan segala jenis yang korang mahukan.

“Patut tak saya tumpu perhatian dekat kawasan Wangsa Melawati?” – Azmir

Sekarang, kita bercerita pula tentang sebuah kawasan yang menjadi pilihan ramai bila membeli rumah – Wangsa Melawati.

Wangsa Melawati terletak dalam anggaran 9KM daripada KLCC dan 18KM dari kawasan Dutamas dan Mont Kiara. Kawasan ini terletak di antara Wangsa Maju dan Taman Melawati.

Korang boleh jumpa rumah landed (atas tanah) seperti rumah teres, semi-D, dan lain-lain dekat sini. Tempat ini dihuni oleh golongan berpendapatan sederhana hingga berpendapatan tinggi.

Apa yang menarik tentang kawasan ini adalah, Wangsa Melawati menjadi pilihan ramai yang sukakan kawasan yang tenang dan dikelilingi kehijauan alam (seperti Bukit Dinding). Kawasan ini berbeza dengan kawasan jiran seperti Wangsa Maju dan Taman Melawati yang dikenali sebagai kawasan komersial.

Wangsa Melawati boleh dikira sebagai kawasan yang matang. Korang boleh jangkakan pelbagai kemudahan yang siap tersedia di sana untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mudah.

Dari sini, korang boleh pergi ke Wangsa Walk Mall dalam masa kurang 5 minit saja. Nak ke Melawati Mall pula, cuma ambil masa kurang 10 minit.

Buat yang malas memandu pula, korang ada akses mudah ke LRT Sri Rampai dalam masa kurang 5 minit. Boleh park kereta kat sini dan gunakan kemudahan awam ini untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur, KL Sentral, Bangsar, Mid Valley dan juga Bangsar South. Semua ini boleh sampai dalam masa 30 minit saja.

Dengan pertukaran stesen di Pasar Seni pula, korang boleh akses kemudahan MRT1. Dari sini, korang boleh ke Bukit Bintang, Damansara, One Utama, IKEA dan juga TRX. Pendek kata, semua tersedia bila anda menetap dekat sini.

Kenapa anda patut jadikan Melawati sebagai kawasan pilihan?

Dim Sum Melawati in to out 27 floor 01.jpeg

Kalau kita kaji, harga rumah mengikut kaki persegi (sq.ft) kat Melawati, masih lagi berada dalam kategori mampu milik berbanding harga rumah di kawasan bandar raya.

Tok bagi satu contoh mudah. Logik tak korang nak cari rumah 3 bilik bawah harga RM800,000 dalam kawasan pusat bandar Kuala Lumpur?

Kalau tanya siapapun, mereka akan cakap agak mustahil. Jadi salah satu jalan penyelesaiannya, adalah beli rumah yang dekat dengan kawasan Pusat bandar. Dan korang tak perlu pun bayar harga rumah sampai RM800K tu.

Ini adalah win-win situation. Korang ada peluang untuk duduk kat kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan beli rumah dengan harga yang sangat berpatutan.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *