PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Klebang, Melaka – Apa anda patut tahu tentang kawasan ini?

Biasanya kalau sebut nama Klebang, ramai marhaen akan terbayang coconut shake Pantai Klebang yang famous tu. 

Cuma, bukan itu saja penarik yang ada kat kawasan ni. 

Terletak betul-betul depan pantai, korang boleh jangkakan pemandangan yang indah dan ketenangan, sudah jadi satu kepastian. Siapa yang tak suka, kan?

Siapa nak kehidupan yang tenang, memang sesuai untuk korang menetap kat kawasan ni. 

Buat yang nak tahu lebih lanjut tentang Klebang, jemput baca perkongsian Tok hari ini. Semoga bermanfaat. 

Sedikit sejarah tentang Klebang (yang anda suka nak tahu)

Sumber gambar M Zakry Chan FB
Sumber gambar – M Zakry Chan (FB)

Pantai Klebang adalah sebuah pantai yang terletak berhadapan dengan Selat Melaka. Antara tempat yang terletak berhampiran dengan kawasan ini adalah Tanjung Kling dan Batu Berendam. 

Klebang ni, terbagi kepada 2 bahagian – Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar adalah kawasan terletaknya pantai Klebang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Melaka. 

Klebang Besar merangkumi sehingga kawasan Balik Buloh. Manakala Klebang Kecil pula bermula daripada kawasan Pokok Mangga sehingga Masjid Klebang Besar. 

Kawasan ini juga terdapat beberapa kawasan kampung seperti Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh, sehingga ke kawasan Bertam Perdana, Cheng, dan Jalan Pulau Gadong yang bersambung daripada kawasan Sungai Udang. 

Korang boleh terus ke Bandaraya Melaka dari sini melalui Lebuh AMJ (Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin). 

Aktiviti menambak jugak dah dijalankan kerajaan negeri terdahulu, yang merangkumi kawasan pantai Klebang itu sendiri untuk dijadikan kawasan rekreasi. 

Kawasan yang ditambak adalah sehingga pantai Kundor dan juga Tanjung Kling, yang juga dikenali sebagai Pantai Puteri. 

Kalau ikut sejarah dan ‘orang lama’ kat kawasan ni, nama Klebang diilhamkan penduduk kawasan ini. Masa tu, ada pedagang India Muslim yang datang berdagang dan berhenti solat di masjid sini. 

Tiba waktu solat, pedagang tu mula melaungkan azan di masjid tersebut. Maka, melekatlah nama “Kling Bang.” Lama lepas tu, nama Klebang pun tercipta. 

Sebab kawasan ini sudah agak lama dan juga dikelaskan sebagai kawasan yang matang, terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia untuk kegunaan penduduk dekat sini. 

Pendek kata, mudah nak menjalankan kelansungan hidup yang selesa kat sini. 

Cukup mudah untuk anda ke mana-mana? 

Sumber gambar Bilik Sewa Bandar Melaka FB
Sumber gambar – Bilik Sewa Bandar Melaka (FB)

Ini, Tok tak gebang. Memang senang gila untuk korang ke mana-mana kalau menetap kat Klebang ni. Nak ke Bandar Melaka pun, dekat je. 

Mana taknya. Jarak perjalanan untuk ke Bandar Melaka hanya terletak sejauh kurang 10KM dari sini. 

Korang boleh sampai dalam masa kurang 20 minit (bergantung pada keadaan trafik semasa), melalui Laluan 5 (Route 5). 

Kalau nak ke Ayer Keroh, korang boleh sampai ke sana dalam masa kurang setengah jam melalui jalan Pulau Gadong (M7). Senang untuk korang yang bekerja kat sini. 

Untuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula, korang boleh gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (atau NSE) yang berjarak 139KM. Kalau bawa pada kelajuan biasa-biasa, korang boleh sampai ke sana dalam masa kurang 2 jam (bergantung pada keadaan trafik). 

Apa kemudahan yang dah tersedia kat sini? 

Sumber gambar cartoola.my
Sumber gambar – cartoola.my

Boleh kata, ada macam-macam kemudahan yang dah ada kat sini. 

Buat korang yang selalu travel ke luar, korang boleh sampai ke Melaka International Airport yang terletak kat Batu Berendam. Jarak perjalanan akan memakan masa selama kurang 30 minit (sejauh 12.4KM) saja. 

Korang suka shopping? Tok sediakan senarai pusat membeli-belah yang ada di sini: 

  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall (9.8KM daripada Klebang), 
  • Mahkota Parade (9.3KM daripada Klebang), 
  • Elements Mall Melaka (10.8KM daripada Klebang), 
  • AEON Mall Bandaraya Melaka (10.4KM daripada Klebang), 
  • TESCO Melaka (11.6KM daripada Klebang), 
  • Hatten Square (10KM daripada Klebang), 
  • Plaza Hang Tuah (9.5KM daripada Klebang), 
  • KIPMall Melaka (10KM daripada Klebang). 
Sumber gambar jomjalan.com .my

Nak port shopping yang lagi best? Korang boleh berjalan ke Melaka Premium Outlet (juga dikenali sebagai Freeport A’Famosa Outlet) yang terletak bersebelahan A’Famosa Resort. Masa perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit menerusi Lebuh AMJ. 

Sini memang terkenal sebagai syurga kaki shopping. Macam-macam barang branded pada harga berpatutan yang korang boleh dapatkan kat sini. 

Selain tu, terdapat banyak lagi tourist attraction yang menarik di Melaka seperti: 

  • Jonker Walk, 
  • Melaka Wonderland Theme Park and Resort, 
  • Zoo Melaka, 
  • St. Paul’s Church, 
  • Christ Church, 
  • Stadhuys, 
  • Melaka Sultanate Palace, 
  • Museum Cheng Ho’s, 
  • Baba Nyonya Museum, 
  • A’Famosa, 
  • Butterfly and Reptile Sanctuary, 
  • Cheng Hoon Teng Temple, 
  • Coral Wonderland Melaka, 
  • D Paradise Melaka, 
  • Dutch Square, dan macam-macam lagi. 

Senang nak berjalan dan luangkan masa bersama keluarga pada hari minggu. 

Macam mana pula dengan pusat pendidikan dan hospital? 

Sumber gambar apartmenthotel.com .my
Sumber gambar – apartmenthotel.com.my

Kalau korang atau ahli keluarga tak sihat, korang juga ada akses ke hospital yang terdekat. 

Ada 2 hospital yang terletak tak lebih daripada 10KM: 

  • Oriental Melaka Straits Medical Centre (4.3KM daripada Klebang), dan 
  • Mahkota Hospital (9.3KM daripada Klebang). 

Untuk pusat pendidikan tinggi pula, banyak pilihan yang ada kat sini seperti: 

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Kampus Bandaraya), 
  • Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC), 
  • (IPGM) Kampus Perempuan Melayu, 
  • Melaka Nursing College, 
  • Kolej Professional MARA Bandar Melaka, 
  • Politeknik Kota Melaka, 
  • Kolej Komuniti Kota Melaka, 
  • Open University Malaysia (Melaka Learning Centre), 
  • Malaysian Flying Academy Melaka, 
  • Cosmopoint Melaka, dan banyak lagi. 

Ini berita baik buat rakyat negeri Melaka!

Sumber gambar themalaysianreserve.com
Sumber gambar – themalaysianreserve.com

Menjelang 2031 nanti, korang akan disediakan dengan perkhidmatan keretapi berkelajuan tinggi (High Speed Rail, atau HSR). 

Kemudahan ini akan menyambungkan laluan keretapi sepanjang 350KM, bermula di Kuala Lumpur (sebagai stesen utama), dan akan melalui Melaka, Johor, dan berakhir di Singapura. 

Tempoh perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Singapura dapat dikurangkan kepada 90 minit, berbanding 11 jam yang menggunakan perkhidmatan keretapi sedia ada. 

Stesen HSR yang dicadangkan adalah di: 

  • Bandar Malaysia (stesen utama), 
  • Sepang, 
  • Putrajaya, 
  • Seremban, 
  • Melaka, 
  • Muar, 
  • Batu Pahat, 
  • Iskandar Puteri, dan
  • Jurong East (stesen di Singapura). 

Dengan kemudahan ini, lebih senang korang nak Kuala Lumpur, Johor, dan juga Singapura. Tak perlu dah berpenat memandu ke semua tempat ini. 

Jadi, berbaloi ke beli hartanah kat Klebang ini? 

Dengan rujuk balik semua kemudahan dan sambungan lebuhraya kat atas tadi, memang berbaloi untuk korang beli hartanah kat sini. 

Cuma, korang kena buat kajian sendiri dan pastikan sama ada hartanah kat sini berbaloi untuk korang atau tidak. Lain padang, lain belalang, kan? 

Kalau korang jenis yang suka duduk berdekatan pantai dan lengkap dengan kemudahan yang pelbagai, memang hartanah di Klebang sesuai dengan korang. Baik untuk duduk sendiri, atau bersama keluarga. 

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed