Sumber gambar MRT Corp

Kepong – Berbaloi ke beli rumah high-rise dekat sini?

Apa yang terpacul dalam minda korang bila Tok sebut perkataan ‘Kepong’?

Mungkin korang terbayang tempat yang bersuasana oldschool, atau mungkin, masih lagi dalam fasa membangun?

Kalau korang jawab dalam fasa membangun, betul. Tapi korang silap kalau setuju dengan ayat sebelum tu tadi.

Sekarang ni Tok perhati, semakin ramai pemaju tumpukan perhatian dekat Kepong. Bertambah banyak kediaman jenis high-rise yang dibina.

Ramai jugak yang bertanya. Apa yang ada dekat sini? Nah, Tok belanja apa yang perlu korang tahu tentang rumah high-rise dekat Kepong.

Harga setiap kaki persegi, bermula serendah RM400?

Screen Shot 2018 09 23 at 12.29.18 PM
Sumber gambar – Google Maps

Kalau tanya ‘orang lama’ yang tinggal dekat Kepong, mereka akan kata tempat ini adalah kawasan bekas melombong tin. Lama dah, sekitar tahun 1860.

Bila dah ada aktiviti ekonomi, maka terbina juga sebuah kawasan penempatan sebagai tempat berteduh penduduk dekat situ.

Tapi, itu dulu. Kalau nak cerita sekarang, banyak dah kemudahan yang tersedia.

Kedudukan Kepong ni, agak bagus. Sebab korang hanya terletak kurang 12KM dari Pusat Bandaraya dan Petaling Jaya.

Buat yang bekerja dekat kawasan tu, boleh luaskan carian dan tengok rumah dekat sini. Boleh tahan banyak pembangunan kediaman jenis high-rise (rumah bertingkat) yang ada.

Menurut data yang The Edge Markets kongsikan, harga per square feet (setiap kaki persegi) dalam minimum RM400. Maksimum, boleh pergi sampai RM700. Yang cecah sampai RM800, pun ada.

Bermakna, korang boleh lagi cari rumah berharga antara RM350,000 (rumah second hand/subsale) hingga RM500,000 (rumah baru) seluas 900 kaki persegi dekat kawasan ini. Terpulang dekat korang nak pilih yang mana satu.

Apa makna semua data ini?

Sumber infografik The Edge Markets
Stesen MRT yang akan dibina dekat Kepong. Sumber infografik – The Edge Markets

Bermakna korang ada macam-macam pilhan, yang boleh disesuaikan untuk pelbagai golongan pendapatan.

Kepong mula cari perhatian para pembeli dan pemaju selepas kecoh tentang pengumuman MRT (Mass Rapid Transit) pada 2016.

Ada 7 stesen yang berdekatan sini:

  • Damansara Damai,
  • Sri Damansara (Barat),
  • Sri Damansara (Timur),
  • Kepong Sentral,
  • Metro Prima, dan
  • Jinjang.

Senang, korang tak perlu bazir masa memandu dan hadapi jalan sesak bila semua kemudahan ini siap tahun 2022 nanti. Nak ke mana-mana dalam kawasan utama dekat Klang Valley (Lembah Klang), naik MRT saja.

Sementara nak tunggu MRT siap, korang boleh gunakan perkhidmatan KTM yang tersedia. Korang boleh pilih untuk ke Kepong Sentral atau Stesen Komuter Kepong.

Sumber gambar The Star
DUKE Phase 2 Sri Damansara Link (SDL). Sumber gambar – The Star

Kalau terpaksa memandu jugak, korang juga ada sambungan lebuhraya yang cukup mantap. Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • NKVE,
  • DUKE,
  • MRR2.

Nak ke Kuala Lumpur, hanya perlu gunakan Jalan Kepong, Jalan Kuching. Korang juga boleh pergi ke FRIM, Selayang, Batu Caves, Rawang, dan lain-lain lokasi sekitar. Gunakan Lebuhraya Selayang – Kepong.

Kepong juga terletak berdekatan dengan Dutamas, Mont Kiara, dan juga Bandar Sri Damansara.

“2 dalam 1” – Dekat dengan KL serta alam semulajadi

Sumber gambar klbudgettour.com
Salah satu pemandangan indah dekat FRIM. Sumber gambar – klbudgettour.com

Oh, dah alang-alang sebut dekat atas tadi, Tok nak belanja minda korang satu tempat menarik yang dekat dengan kawasan Kepong.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan ekosistem hutan seluas 1.528 hektar ini, hanya terletak 5.4KM dari Kepong. Buat korang yang minat alam semulajadi, korang akan suka tinggal dekat sini.

Mana lagi nak cari rumah dalam kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, yang juga dekat dengan alam semulajadi pada masa yang sama?

Dekat sini juga, terletak Kepong Botanic Garden yang jadi tempat berkumpulnya perlbagai koleksi tumbuhan yang ada dalam Malaysia.

Dekat tengah-tengah taman pula, ada sebuah tasik yang melengkapkan suasana tenang untuk pengunjung nikmati. Taman ini dibuka seawal 6.15 pagi pada hari Sabtu dan Ahad kalau korang nak datang.

Lokasi matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan

Sumber gambar SchoolAdvisor.my
The International School @ Parkcity. Sumber gambar – SchoolAdvisor.my

Dekat sini juga, ada Taman Metropolitan Kepong sebagai tempat beriadah. Untuk yang dah berkeluarga, boleh bawa anak-anak dekat sini. Macam-macam jenis aktiviti yang korang dan keluarga boleh buat.

Nak cari sekolah, pun senang. Antara sekolah yang ada dalam kawasan Kepong termasuk:

  • SK Kepong,
  • SMK Kepong,
  • SMK Kepong Baru,
  • SMK Raja Abdullah,
  • SJKC Kepong.
  • The International School @ Parkcity,
  • Hibiscus International School,
  • Garden International School.

Nak shopping barang dapur, pun dah senang dekat sini. Antara pasar raya yang ada dekat sini adalah Brem Mall, AEON Metro Prima, Giant, TESCO, dan AEON BIG. Nak tengok wayang? Boleh datang ke Kepong Village Mall. Dekat je.

Bank pula, hampir semua terletak berdekatan dengan korang. Senang kalau ada urusan. Tak perlu keluar jauh. Hospital paling dekat pula, adalah Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, dan Parkcity Medical Centre.

P/S: Kepong jugak termasuk dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, di bawah zon Sentul – Manjalara. Ini adalah pelan pembangunan semula dan meningkatkan infrastuktur untuk kemudahan masyarakat sekeliling. Klik sini untuk baca lebih lanjut. 

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat sini?

Lengkap dengan jalan mudah untuk ke Pusat Bandar serta jaringan lebuhraya yang mantap, MRT (akan datang), KTM, dan pelbagai lagi kemudahan, Kepong boleh jadi antara lokasi pilihan buat pembeli untuk kegunaan sendiri.

Alang-alang korang dah nak habis baca, Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada hari Sabtu ini (29 September 2018).

Sesi sembang hartanah ini, dijamin 100% PERCUMA. Tak perlu bayar satu sen pun. Cuma perlu daftar dan tempah tempat duduk saja.

Tak cukup dengan tu, korang juga berpeluang menangi 5 tiket MEB (Millionaire Employee Blueprint) Online yang bernilai RM249, juga secara PERCUMA. Pemenang akan diumumkan sewaktu sesi sembang hartanah berlangsung. 

Buat korang yang berminat nak datang dan belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan, jemput isi laju-laju borang kat bawah ni:

2 Replies to “Kepong – Berbaloi ke beli rumah high-rise dekat sini?”

  1. Anonymous27 April 2023 at 19:38
    Now many people are talking about Datuk Yip Kum Fook doing bad things in Kepong because of the word of men and women, God knows he is doing bad things in the Kepong area, when you type the word of Yip Kum Fook, there everything is displayed on the smartphone screen, now technology is very fast to give something to people, people will share to others to know

    How do you want to hide your bad things from the world and you can’t keep a secret in this world, one day people will know what you did with him, now you are almost 70 years old and your power will disappear soon. When you get there, you will feel something in your life, people will look down on you (know someone will not pity at you)

    If you read this message of ours, you can’t sleep and you can’t eat because you will see your shadow when you walk under the sun or the moon, also if you are in the room you will hear some disturbing ghosts because in the past you are more many people you cheat (close friends, you cheat on them too)

    Don’t forget, Simon Low Kok Meng is Datuk Yip Kum Fook’s spy and security, when you (anyone) say about Datuk Yip Kum Fook, the order will fast to Datuk Yip…I Ah Wah from Selayang to witness when they take monks out from Samnak Sambodhi, Taman Desa Jaya, Kepong…they brought the police and thugs (gangster) in the temple to remove the monks

    Shared by Ah Wah and Ah Chuan

  2. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika…Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook…ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku…ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *