PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Aku nak beli rumah dekat Johor Bahru. Berbaloi ke?”

Selain bajet dan jenis  kediaman, apa lagi perkara yang patut korang ambil kira sebelum membeli rumah?

Kalau tanya Tok, sebelum apa-apa hal, korang kena kaji kawasan sekitar terlebih dahulu.

Tak kira untuk pelaburan atau duduk sendiri, kita tak boleh elak buat ini. Kalau tak, diri sendiri yang menyesal nanti.

Dan kawasan yang bakal Tok analisa hari ini, adalah kawasan yang sedang pesat membangun dan tergolong dalam kategori ‘matang’.

Jadi, apa yang tersedia dekat bandar Johor Bahru ni? Ini apa yang patut korang tahu.

Johor Baru – Penyumbang ekonomi terbesar di Johor?

Sumber gambar Country Garden Danga Bay

Sumber gambar – Country Garden Danga Bay

Sebelum Tok masuk lebih mendalam tentang Johor Bahru, elok Tok jelaskan serba sedikit tentang sejarah kawasan ini.

Johor Bahru (atau lebih popular dengan nama ‘JB’) adalah sebuah bandaraya dan juga sebuah ibu negeri di Johor, Malaysia yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Dengan jumlah kepadatan penduduk sekitar 876,000 orang, JB merupakan bandaraya ke-2 terbesar, serta menjadi pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia.

Johor Bahru ditubuhkan pada tahun 1855 sebagai Iskandar Puteri yang diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim, dan dinamakan semula pada tahun 1862 oleh Sultan Abu Bakar.

Bandaraya ini menjadi ibu kota pada 1866 ketika pemerintahan Kesultanan dipindahkan dari Teluk Belanga.

Johor Bahru adalah sebuah pusat perindustrian, perdangangan, dan pelancongan utama di negara Malaysia. Industri pelancongan menjadi penyumbang besar untuk ekonomi JB, di mana 60% pelancong dari Singapura melawati bandaraya ini.

Bandaraya ini juga terletak sejauh 300KM dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya kerja di Singapura. Sesuai ke beli rumah dekat Johor Bahru?

Sumber gambar hawkrentacar.com .my

Sumber gambar – hawkrentacar.com.my

Kalau nak cerita bab kemudahan, macam-macam yang dah ada dekat sini. Lagipun, bandaraya ini layak dikategorikan sebagai bandaraya yang matang.

Untuk pengetahuan korang, Johor Bahru adalah salah satu dari 2 pusat bandaraya utama di Semenanjung Malaysia selain Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Boleh tahan banyak industri yang beroperasi dekat sini, termasuk kilang eletronik, kilang membina kapal, dan macam-macam lagi.

Dekat sini, korang boleh dapati banyak syarikat milik Singapura serta rakyat Singapura yang melancong ke sini. Maklumlah, dekat saja. Cuma perlu seberang jambatan Tambak Johor yang hanya sepanjang 1,056 meter.

Mereka (rakyat Singapura) dan korang sebagai rakyat Malaysia juga, ada pilihan jambatan penghubung ke-2 yang terletak di Tanjung Kupang ke Tuas, Singapura. Jambatan ini pula, sejauh 1,920 meter.

Bermakna, senang untuk korang yang bekerja di Singapura untuk berulang-alik dari Johor Bahru. Tak ada masalah untuk korang yang memilih untuk beli rumah dah menetap di sini.

Seramai 400,000 (anggaran) rakyat Malaysia bekerja di negara republik itu, dan seramai 150,000 orang berulang-alik untuk bekerja di Singapura.

Termasuk dalam pelan pembangunan Iskandar Malaysia

Sumber gambar Propertygeek.my

Sumber gambar – Propertygeek.my

Seperti yang korang dah sedia maklum, Johor Bahru juga termasuk dalam pelan pembangunan Iskandar Malaysia.

Maksudnya, korang boleh jangkakan pembangunan yang pesat dalam kawasan ini pada masa akan datang.

Iskandar Malaysia, atau dulu dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region), adalah sebuah koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian Selatan Johor.

Koridor ini diumumkan oleh bekas perdana menteri ke-5, Tun Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, koridor ini diberi nama Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER). Pada 4 November 2006, nama koridor ini bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Kemudian pada 11 April 2008, nama tempat ini ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia yang kekal sehingga hari ini.

Iskandar Malaysia akan menjadi sebuah pusat petumbuhan ekonomi terbesar di rantau ini. Bila dah siap nanti, keseluruhan kawasan ini akan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura.

Tempoh pebangunan pula, akan mengambil masa sehingga tahun 2025. Kos pembangunan pula, memerlukan sebanyak RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% dalam tempoh 5 tahun pertama.

Iskandar Malaysia merangkumi kawasan seluas 2,216.3 KM persegi di Selatan Johor, meliputi Johor Bahru, Senai-Kulai, Gelang Patah-Pontian, dan Pasir Gudang-Tanjung Langsat.

Betul ke tak ramai beli hartanah dekat Johor Bahru?

Menurut laporan berita The Star Online, Johor menempah tempat ke-2 dalam transaksi pembelian hartanah selepas negeri Selangor.

Laporan NAPIC merekodkan sebanyak 10,058 transaksi berjumlah RM4.33 bilion dalam kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi bandar utama seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, dan Kulaijaya, dengan 3,995 transaksi.

Ini diikuti dengan Kluang sebanyak 745 transaksi, Batu Pahat sebanyak 521 transaksi, dan Muar sebanyak 480 transaksi. Ini bermakna, sentimen rakyat untuk membeli hartanah di negeri ini semakin baik berbanding tahun terdahulu.

“Apa kemudahan yang tersedia dekat sini, Tok?”

Sumber gambar World of Buzz

Sumber gambar – World of Buzz

Ini bahagian yang paling Tok tak sabar nak kongsikan kat korang. Macam-macam ada (bak kata pakcik Astro dulu. Korang pernah dengar, kan?).

Antara pusat membeli-belah yang ada di sini seperti:

  • Johor Bahru City Square,
  • KOMTAR JBCC,
  • The ZON Duty-Free (Bebas Cukai) Stulang Laut,
  • Danga City Mall,
  • KSL City,
  • Angsana Johor Bahru Mall,
  • IKEA Tebrau (IKEA terbesar di Asia Tenggara),
  • AEON Tebrau,
  • Paradigm Mall Johor Bahru,
  • Mid Valley Megamall Southkey City,
  • Plaza Sentosa Johor Bahru,
  • U Mall,
  • Capital City Mall, dan lain-lain lagi.

Dekat sini juga, terdapat beberapa rangkaian hypermarket seperti TESCO, Giant dan Mydin. Senang korang nak membeli-belah barang basah untuk kegunaan seisi keluarga.

Apa universiti atau pusat pendidikan yang ada di sini?

Sumber gambar Pejabat Pendaftar UTM

Sumber gambar – Pejabat Pendaftar – UTM

Bawah ini adalah senarai pusat pendidikan yang tersedia di Johor Bahru:

  • Raffles University Iskandar (RUI),
  • Kolej Sunway Johor Bahru,
  • Universiti Teknologi Malaysia,
  • Open University Malaysia @ Johor Learning Centre,
  • University of South Hampton, dan
  • Newcastle University Medicine Malaysia.

Senang tak nak sampai ke Johor Bahru?

Sekarang, senang nak sampai ke Johor Bahru ni. Antara sambungan lebuhraya yang korang boleh gunakan termasuk:

  • Lebuhraya Skudai (dari Senai dengan JB),
  • Lebuhraya Pantai Iskandar (dari Iskandar Puteri ke JB),
  • Lebuhraya Tebrau (dari Kota Tinggi ke JB),
  • Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru (dari Dataran Bandaraya ke Stulang).

Dekat Daerah Sentral Johor Bahru di hujung Selatan pula, terdapat 2 lebuhraya utama yang berhubung dengan kawasan luar bandar:

  • Lebuhraya Tebrau (yang menghubungkan kawasan Timur Laut), dan
  • Lebuhraya Skudai dan Jalan Tun Abdul Razak.

Untuk pengangkutan udara pula, korang boleh gunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, atau dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail. Lapangan terbang ini terletak di Senai.

Bagi pengangkutan darat yang lain, ada pekhidmatan kereta api yang terletak di JB Sentral. Dekat sini juga, tersedia perkhidmatan bas ekspres untuk kegunaan korang

Jadi, berbaloi tak beli hartanah dekat sini?

Bandaraya ini sudah dikira sebagai sebuah kawasan yang matang. Dengan segala kemudahan yang lengkap tersedia, JB boleh jadi kawasan yang sesuai tak kira untuk kegunaan sendiri, atau tujuan pelaburan.

Apa pun, pastikan korang selidik habis-habis dulu sebelum buat sebarang keputusan membeli.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok ada satu berita baik buat korang yang nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang datang beramai-ramai ke Sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada hari Jumaat, 7 Disember 2018.

Sesi ini, dijamin 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar laju-laju sebab tempat duduk sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat.

KLIK SINI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *