PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Bandar Utama – Apa anda patut tahu tentang kawasan ini?

Bila Tok sebut ‘Bandar Utama,’ apa yang terpacul keluar dalam minda korang? 

Kalau Tok, sudah pasti kompleks membeli-belah 1 Utama. Macam-macam yang tersedia kat sini. 

Cuma, pada pandangan seorang pelabur hartanah (macam korang), ini antara perkara penting yang korang akan lihat sebelum buat keputusan membeli hartanah kat kawasan ni. 

Dan bukan itu saja. Ada banyak lagi perkara yang korang kena kaji. 

Jadi, apa yang korang perlu tahu tentang kawasan Bandar Utama ini? 

Bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

Kawasan Bandar Utama, Damansara adalah berkeluasan sekitar 1,000 ekar, dan terbahagi kepada 12 seksyen bermula daripada BU1 sehingga ke BU12. 

Sebelum tahun 1991, Bandar Utama dikenali sebagai tanah ladang kelapa sawit dengan populasi penduduk kurang daripada 100 orang. 

Perkembangan daripada tanah estet kepada bandar, bermula apabila pemaju See Hoy Chan Holdings Sdn Bhd mula membangunan kawasan ini. 

Pada awal 90-an, Sri Pentas dibuka secara rasmi pada 22 Oktober 1996, bersama dengan 1 Utama Shopping Centre. 

Dengan pembinaan sekolah sekitar tahun 1997 hingga 1998 bersama Kolej Bandar Utama (kini dikenali sebagai First City University College), Bandar Utama semakin berkembang pesat sehingga ke hari ini. 

“Senang tak untuk ke mana-mana dari sini?”

Jawapan mudah Tok adalah:

“Serius senang gila!”

Petaling Jaya memang terkenal dengan pelbagai sambungan lebuhraya. Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • Kerinchi Link, 
  • Penchala Link, 
  • NPE (New Pantai Expressway),
  • New Klang Valley Expressway (NKVE), 
  • Lebuhraya SPRINT,
  • Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan).

Tok mulakan dengan Lebuhraya Persekutuan terlebih dulu. Dengan sambungan ini, korang boleh pergi ke Pusat Bandaraya dan jalan alternatif ke Shah Alam dan Klang.

Kalau gunakan Lebuhraya SPRINT pula, korang boleh senang-senang sampai ke kawasan lain di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya seperti Ara Damansara dan lain-lain.

Dan yang paling best, dah tentu LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong).

Dengan sambungan ini, korang boleh sampai ke Bandar Utama, Sungai Buloh, Kota Damansara, Mutiara Damansara, atau ke arah Kelana Jaya, Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, dan lain-lain lagi.

Tok belanja sikit lagi. Kalau korang nak ke kawasan Bangsar atau Bangsar South, boleh gunakan sambungan lebuhraya Kerinchi Link.

Pendek kata, memang senang nak ke mana-mana daripada Bandar Utama ni.

Kemudahan pengangkutan awam yang mantap 

Dekat sini, korang juga disediakan dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang lengkap. 

Buat yang bekerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur, korang boleh gunakan perkhidmatan MRT (sambungan Sungai Buloh-Kajang, atau SBK) yang sudah beroperasi bermula 16 Disember 2016. 

Stesen MRT ini berlokasi betul-betul bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong, di belakang bangunan Sri Pentas di Bandar Utama. Stesen ini bersambung terus dengan One World Hotel, 1 Utama, dan 1Powerhouse. 

Tak cukup dengan itu, korang juga akan disediakan dengan akses ke stesen LRT3 (Bandar Utama-Klang), yang terletak berdekatan dengan Damansara Uptown dan Glomac Centro. 

Sambungan LRT3 ini juga menawarkan beberapa stesen pertukaran (interchange stations) seperti MRT Bandar Utama (SBK), GCG Glenmarie (LRT Kelana Jaya Line), dan juga KTM Port Klang. 

Apa lagi kemudahan yang tersedia berdekatan Bandar Utama? 

Sebab Bandar Utama terletak dalam kawasan Petaling Jaya, bermakna korang juga dekat dengan pelbagai pusat pengajian tinggi yang tersedia di sepanjang kawasan ini. 

Tok juga akan selitkan beberapa universiti dan kolej yang terletak di kawasan jiran, sebab masih mudah untuk di akses dari Bandar Utama. 

Antara yang tersedia seperti: 

  • IACT College,
  • BAC (Brickfields Asia College),
  • Sunway College,
  • Yamaha Academy of Arts and Music,
  • SEGi University College,
  • Universiti Tunku Abdul Rahman,
  • KDU University College,
  • Malaysia University of Science and Technology (MUST),
  • Taylor University (Subang Jaya),
  • Lincoln University College,
  • INTI International College (Subang Jaya),
  • Stamford College, dan macam-macam lagi. 

Untuk sekolah pula, korang ada pilihan seperti: 

  • SMK Bandar Utama Damansara 2, 
  • SRK Bandar Utama, 
  • SMK Damansara Utama 3, 
  • The British International School of Kuala Lumpur, 
  • SJK (C) Puay Chai 2, 
  • SMK Damansara Utama, 
  • SJK (C) Damansara, dan juga
  • St. Joseph’s Institution International School Malaysia. 

Bagi pusat perubatan yang terdekat pula, korang boleh pergi ke: 

  • KPJ Damansara Specialist Hospital, dan 
  • Thompson Hospital Kota Damansara. 

Dan selain 1 Utama, korang juga ada akses ke pusat membeli-belah lain yang berdekatan seperti: 

  • Glo Damansara Mall, 
  • Centrepoint Bandar Utama, 
  • The Curve, 
  • 3 Damansara, 
  • The Starling Mall, dan
  • Damansara Uptown. 

Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat Bandar Utama?

Pada pendapat personal Tok, Bandar Utama adalah sebuah perbandaran yang matang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. 

Macam-macam yang tersedia kat sini. Korang mudah untuk ke pelbagai kemudahan seperti hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Sambungan lebuhraya juga agak mantap dan senang untuk korang ke mana-mana. 

Tok boleh cakap, memang berbaloi untuk korang beli rumah kat sini. Tak kira untuk tujuan pelaburan, ataupun kegunaan sendiri. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed