11943151356 e5ca4d74b4 recession 1

Adakah Malaysia akan mengulangi kemelesetan ekonomi 97-98 pada tahun 2016?

Hari tu, Tok dapat tonton webinar dari Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd.

Dalam webinar tu, beliau ada cerita pasal perbandingan ekonomi tahun 1997-98 dengan situasi ekonomi Malaysia sekarang ini.

Untuk korang yang tak dapat tonton webinar tu secara LIVE, Tok kongsikan rakaman webinar tersebut kat sini:

Tok ada buat nota sikit sepanjang webinar tu.

Ini nota Tok, khas untuk korang:

1. Krisis kewangan pada tahun 1997 – 1998

  • Bank Negara menaikkan kadar faedah (interest rate) untuk mempertahankan matawang negara dari serangan penyangak matawang
  • Kos pinjaman meningkat
  • Pinjaman Tidak Dibayar (Non-Performing Loan) meningkat 4 kali ganda
  • Banyak bank yang tidak tawarkan pinjaman
  • Kesannya, pasaran perumahan jatuh teruk

2. Impak kejatuhan harga rumah minima

  • Walaupun pasaran perumahan jatuh teruk, tapi penurunan nilai harga rumah hanya jatuh sekadar 10-15% sahaja.
  • Malah, kejatuhan harga hanya berlaku sepanjang 3 tahun sahaja sebelum harga kembali pulih.

3. Kebarangkalian peristiwa 97-98 diulang semula agak rendah

  • Jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi semasa, kebarangkalian peristiwa 97-98 diulang semula agak rendah.
  • Kadar Pinjaman Tidak Dibayar (Non-Performing Loan – NPL) agak rendah, sekitar 2% sahaja.
  • Kadar Pengangguran di Malaysia hanya 3% sahaja (lebih baik dari negara maju seperti US, Canada, UK, Australia dan lain-lain)
  • Kadar inflasi juga dalam keadaan terkawal.

4. Lambakan deposit tunai dalam bank

  • Jumlah wang deposit dalam bank adalah yang tertinggi setakat ini
  • Ia menunjukkan kadar liquidity yang tinggi dan banyak wang tunai dalam pasaran
  • Ini juga merupakan faktor mengapa NPL agak rendah, dan tidak banyak rumah untuk dilelong jika dibandingkan dengan bekalan hartanah yang sedia ada

5. Pasaran hartanah yang perlahan kesan daripada polisi BNM

  • Pasaran hartanah kini agak perlahan, jika dibandingkan dengan tahun 2013 dimana pasaran berada pada kelajuan maksima.
  • Ini menunjukkan langkah-langkah pengawalan hartanah oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan hasilnya
  • Tetapi, tahun 2015 merupakan penutup kepada 3 tahun yang gemilang buat pasarang hartanah dalam tempoh 10 tahun, jadi pasaran hartanah yang perlahan ini tidak menggambarkan bahawa ia akan jatuh teruk.

6. Teknik pelaburan hartanah yang kalis kemelesetan ekonomi

  • Dalam webinar ini, beliau kongsikan contoh bagaimana membeli 4 buah rumah, boleh memberikan kita RM18,000 dalam pendapatan pasif setiap bulan, dan portfolio hartanah bernilai RM5 juta.

7. Data terbaru prestasi pasaran hartanah di Lembah Klang sepanjang 5 tahun

  • Dalam webinar ini, beliau ada berkongsi berkenaan prestasi pasaran hartanah di Lembah Klang sejak 2010, dan apa pendapat beliau berkenaan pasaran hartanah tahun 2016

8. Ketahui 6 kriteria penting yang digunakan FAR Capital untuk membuat pembelian hartanah bagi klien mereka

  • Dalam webinar ini, beliau turut berkongsi 6 kriteria penting yang digunakan FAR Capital bagi menilai sesuatu hartanah, supaya kita tidak tersalah buat pembelian yang merugikan.

Tok harap korang dapat belajar sesuatu yang bermanfaat dari webinar tersebut.

Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan korang di Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain.

Adakah korang setuju dengan pandangan Faizul berkenaan keadaan ekonomi semasa?

Photo by LendingMemo cc

Leave a Reply

Your email address will not be published.