PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lepas 8 tahun, lelaki ini berjaya beli rumah impian?

Siapa tak nak ada sebiji rumah landed untuk dihuni bersama keluarga tercinta?

Pasti ramai yang pasang impian seperti ini. Cuma yang orang tak tahan, harga rumah atas tanah biasanya lebih mahal berbanding rumah high rise.

Mungkin sekarang, belum mampu nak beli. Tapi tak mustahil, korang akan jadi mampu pada masa akan datang.

Dengan syarat, usaha bermula sekarang.

Jadi, apa yang korang patut buat? Hadamkan perkongsian padu Tuan Meor Zaidee (Abang Ensem) ini kalau nak tahu.

Rumah sekarang, mahal gila?

1) Terpanggil aku untuk kongsikan kisah ni setelah di ’tag’ oleh sepupu aku, Meor Azlan Che Saffry pada status salah seorang rakan FB beliau.

Rakan beliau bertanyakan tentang bagaimana anak muda ingin membeli rumah, sedangkan pendapatan yang diperolehi tak setara dengan harga rumah yang kian meningkat.

Dengan menjadikan tanda harga Elmina (RM580,000) dan Seremban 2 (RM350,000 hingga RM450,000) sebagai contoh, beliau amat sedih mengenangkan nasib anak beliau dan generasi masa depan, yang akan berhadapan dengan isu runcing ini kelak.

2) Isu ni, bukan la satu isu yang baru.

Kerap jugak aku ditanya, baik di kotak inbox mahupun di dalam kelas-kelas hartanah yang aku kendalikan.

Kerap kali jugak aku mengulang cerita yang sama tentang bagaimana aku bermula.

Dan untuk sekelian kalinya, izikan aku kembali mengulang sejarah asal bagaimana aku bermula, sehingga mampu mendiami rumah bertanah (landed house) yang menjadi impian semua orang.

‘Lubuk’ rumah murah bawah RM100,000

3) Pada tahun 1998, gaji aku pada masa tu hanya RM1,750 sebulan. Dan harga rumah bertanah pulak, sememangnya jauh dari jangkauan aku.

Namun, aku tetap memasang impian untuk memilikinya pada satu hari nanti. Dan ini juga, adalah impian anak muda pada hari ini.

Sama bukan jalan ceritanya?

4) Hasil pembacaan dan kehadiran aku ke kelas-kelas hartanah selepas itu, ternyata membuka mata aku.

Aku mula mencari unit-unit hartanah murah, menerusi medan lelongan.

Hasilnya, rumah tanpa bumbung dan tandas rosak teruk, berjaya aku perolehi pada harga bawah RM100,000.

Aku yakin, pada saat ini juga, hartanah-hartanah buruk dan busuk seperti ini masih mampu diperolehi pada tanda harga sebegitu.

Kalau korang was-was, rajinkan diri bertanya pada Tuan Shafie Bustan (Sifu Rumah Lelong), ataupun Dr. Azizul Azli Ahmad, yang setiap bulan mengkaji jumlah unit di bawah RM50,000 di setiap negeri.

Pasti korang akan temui unit buruk dan busuk pada harga murah, tapi mampu berikan pulangan yang wangi.

Wangikan 8 biji rumah dalam masa 9 bulan?

5) Kalau korang resah dengan kos pembaikan yang mungkin meninggi, sila bertalaqqi dengan Tuan Ir. Ajak Abdul Razak yang mampu menyediakan solusi paling minima untuk mewangikan rumah busuk.

Kalau tak, mana mungkin beliau mewangikan sejumlah 8 buah rumah dalam masa 9 bulan?

6) Bermula dari situ, satu demi satu rumah buruk dan busuk, aku kumpul.

Setelah diwangikan rumah tu, setiap unit mampu berikan hasil tambahan sebanyak RM150 ke RM200 sebulan setelah ditolak installment bank.

Cukup 5 buah, dapat la aku mengumpul pendapatan ekstra sebanyak RM1,000 (selain gaji bulanan).

7) Lalu, pada tahun 2006 (8 tahun selepas aku bermula), baru la aku berjaya membeli rumah idaman (rumah landed, 24” X 75” di Shah Alam), pada ketika gaji aku pada julat RM3,200 sebulan.

Nilai semasa rumah bertingkat pada masa tu, pastinya melebihi RM300,000. Mungkin agak meragukan tatkala melihat gaji yang tak setara dengan harga rumah aku.

Tapi perlu diingat. Extra income dari rumah-rumah sewa ‘buruk’ aku la, yang sebenarnya mencukupkan keupayaan aku untuk membelinya.

Takde apa yang mustahil.

3 strategi mudah supaya anda dapat beli rumah impian

Sedikit poin yang wajib korang hadamkan :

#1 : Belajar strategi dan teknik urus kewangan yang berkesan

Kawal kewangan korang. Pastikan pendapatan melebihi perbelanjaan sebelum mula melabur.

#2 : Cari dan gali ilmu hartanah tanpa henti

Kalau korang dah berjaya mengawal kewangan, mulakan dengan mencari ilmu hartanah.

Ramai yang berkongsi secara percuma di platform media sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Kalau rasa tak lengkap dan nak ilmu lebih lagi, lihat jadual seminar hartanah para pelabur yang berjaya untuk dapatkan ilmu tambahan.

#3 : Jana pendapatan dengan rumah ‘buruk dan busuk’

Mula bertindak. Pilih lokasi yang korang rasa selesa dan tumpukan kepada rumah-rumah ‘kecil, buruk, dan busuk.’

Lepas tu, wangikan rumah tu supaya korang dapat hasilkan pendapatan yang optimum (atau secara maksimum).

Ulang buat semua langkah-langkah kat atas tadi, sehingga rumah impian menjadi milik korang.

Ingat!

“Rome was never built in only one day.”

Masa masih kecik, kita merangkak terlebih dulu. Lepas dah mahir merangkak, baru boleh berjalan dan kemudian berlari.

Sama jugak dengan membeli rumah. Tak apa. Mulakan dengan yang kecil dulu. Janji korang pasang impian dan berusaha untuk upgrade bila sampai masa nanti.

Sila SHARE dan panjangkan manfaat perkongsian ini kepada kawan-kawan korang yang lain. Biar pandai sama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *