PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Gaji lebih RM7K, masih tak beli rumah? Baca nasihat lelaki ini

Baru-baru ni, kecoh dalam surat khabar tentang isu ini.

Patut kalau gaji RM7,500 sebulan, dah takde masalah nak beli rumah. Kalau guna 50% untuk bayar ansuran bulanan rumah pun, ada baki RM3,750 lagi.

Tapi kalau jadi ‘pak sanggup’ bayar kereta mahal, beli barang branded, memang tak jadi apa.

Kalau tahu uruskan kewangan dengan bijak, boleh jadi orang yang bergaji banyak tu dapat beli lebih sebijik rumah.

Nah, baca nasihat simple tapi power Tuan Harith Faisal ni untuk ubah mentaliti tu sekarang.

Contoh bajet belanja gaji RM7,500 (yang anda patut buat)

1) Isi rumah dengan pendapatan RM6,500 sampai RM7,500 lebih utamakan kereta, barang berjenama, hiburan. Belanja bulanan jadi tinggi dan tak mampu beli rumah.

2) Teringin pula saya yang poyo ni, nak kirakan gaji dan belanja untuk isi rumah yang bergaji RM7,500. Ni saja suka-suka. Bukan nak mengajar-ajar. Jangan salah faham.

3) Suami gaji RM4,500 isteri pula gaji RM3,000. Belanja rumah banyak suami yang tanggung. Isteri boleh je kalau fokus kat pelbagai jenis saving dan keperluan diri sendiri.

Ini antara contoh kos yang korang berdua kena tanggung setiap bulan :

  • Barang dapur : RM500,
  • Keperluan anak : RM1,000,
  • Keperluan rumah : RM500,
  • Petrol dan tol : RM500,
  • Duit mak ayah : RM1,000,
  • Sewa rumah : RM1,000,
  • Bil-bil : RM500,
  • Lain-lain : RM500,
  • Simpanan : RM1,000,
  • Kereta suami : RM500,
  • Kereta isteri : RM500.

4) Ini contoh perbelanjaan biasa-biasa. Tak boros, tak jimat sangat. Tapi, dapat jugak simpan RM1,000 sebulan.

Yang boros tu, memang tak boleh menyimpan langsung la.

2 tahun, boleh ada RM24,000? 

5) Dengan simpanan sebanyak RM1,000 sebulan tu, dalam masa 2 tahun dah boleh ada RM24,000 dalam simpanan. Tapi pastikan konsisten buat simpanan tu.

6) Korang boleh beli rumah harga RM200,000 (jenis subsale). Keluarkan RM10,000 daripada akaun 2 EPF untuk tampung kos-kos lain sepanjang pembelian rumah tu.

7) Kalau tak nak keluar banyak modal, beli rumah undercon. Tapi kena bayar progressive payment sampai rumah tu siap.

Kena tahu benda tu wujud. Kalau tak, terkejut korang nanti.

8.)Rumah undercon, mahal sikit la dari subsale. Tengok gaji dorang ni, layak je beli rumah mahal. Tapi bila tengok boleh simpan RM1,000 sebulan je, baik beli rumah murah.

9) Kalau teringin beli rumah mahal, biasakan diri buat simpanan banyak-banyak dulu la.

10) Rumah harga RM600,000, bayaran bulanan RM3,000. Tapi korang dapat simpan RM1,000 saja sebulan. Itu bunuh diri namanya. Haha!

Harith Faisal

Susah-payah korang bekerja untuk dapatkan gaji. Alih-alih, korang senang-senang perabis duit tanpa rasa menyesal.

Tak kira gaji banyak atau sikit, perancangan kewangan yang baik akan selamatkan korang untuk jangka masa panjang. Mula rangka sekarang.

Perkongsian ni bermanfaat? Jemput SHARE ilmu ni kat kawan-kawan korang yang kaki shopping tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *