Jabatan Insolvensi Malaysia keluarkan statistik terbaru berkaitan masalah bankrap di negara ini dari tahun 2012 hingga Disember 2017.
Seramai 23,836 orang diisytihar bankrap, dan mereka berusia dalam lingkungan 25 hingga 34 tahun.
Dan yang lebih mengejutkan, seramai 1,186 orang bankrap berusia bawah 25 tahun.
Untuk statistik yang lengkap, Tok ada sediakan link kat dalam artikel ni. Serius seram. Muda-muda lagi dah dapat status bankrap.
Hari ni, Tok nak kongsikan salah satu punca utama masalah ni. Jemput hadam.
Ini dia laporan lengkap statistik kes kebankrapan mengikut umur yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia. Klik sini untuk baca.
Tok perhati, masalah ni semakin lama semakin menular. Makin ramai pulak anak-anak muda yang terjebak akibat tak uruskan kewangan dengan betul.
Dan of course, masalah paling utama adalah berkaitan dengan ilmu.
Bila takde ilmu, kita senang-senang jadikan diri kita sebagai penjamin kepada hutang orang lain. Tanpa ambil tahu kesan dan akibatnya pada masa depan.
Kalau orang tu bayar hutang, memang takde masalah. Tapi kalau orang tu kantoi bayar hutang, tak ke naya?
Ini risiko wajib yang kita semua kena ambil kira.
Jemput baca perkongsian Tuan Muhd Farid yang dia kongsikan dalam Facebook. Korang akan sedar betapa bahayanya masalah ni.
Dalam 4 bulan yang lepas tengok Melodi, ada satu kes ‘BFF’ (best friend forever, kononnya) pinjam nama dia untuk beli kereta idaman.
‘BFF’ tu pulak, tak bayar hutang. Jadi, kawan yang bagi nama sebagai peminjam tu jadi mangsa. Sampai kena isytihar bankrap member tu.
Kes ni bukan kes baru ya. Dah ramai rakyat yang melakukan perkara yang sama.
Dalam sesi 1-On-1, banyak saya lihat rekod CCRIS jadi hancur, nama kena blacklist, dan banyak lagi, gara-gara terlalu ‘baik hati’ kepada orang lain.
Tapi sebab kes ni melibatkan artis, tu yang dapat liputan media.
Sila ambil kisah ni sebagai pengajaran, bukan tempat untuk kita lemparkan cacian dan makian.
Hari ni, mungkin hari dia. Dan kalau kita tak ambil inisiatif untuk berjaga-jaga, boleh jadi kita juga terdedah untuk menerima nasib yang sama.
Jangan pernah sesekali bagi pinjam nama (jadi gurantor, penjamin) untuk buat hutang jahat seperti kereta, kad kredit, personal loan kepada individu kat bawah ni :
Hari ni, memang dia akui sebagai kawan sehidup semati. Esok lusa, belum tentu lagi. Entah-entah, korang jadi kawan yang mati, dia je yang nak hidup seorang.
Sebab ni, kita boleh :
Bila mereka minta tolong untuk jadi guarantor, tolak dengan cara baik.
Memang akan ada yang bermasam muka. Tapi percaya la, semua tu hanya untuk seketika. Nanti akan okay semula.
Dari bermasam muka untuk selama-lamanya, disebabkan kebaikan kita yang tak kena tempat dan masa.
Korang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan kalau kena status bankrap ni. Tok dapat ilmu ni kat blog CompareHero.my.
Antaranya :
Lepas kena isytihar bankrap, korang akan berada bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).
KPI akan mentadbir semua aset individu korang dan mengendalikan semuanya untuk membayar hutang.
Bermakna, semua aset individu orang akan diletakkan bawah penguasaan dan pengendalian KPI.
Korang yang diisytihar bankrap, tak dibenarkan untuk ke luar negara tanpa kebenaran bertulis daripada KPI, atau sebelum dapat perintah mahkhamah yang membenarkan korang ke luar negara.
Akaun bank yang ada akan dinyahaktifkan (deactivate) dan korang juga dilarang membuat pengeluaran wang lebih daripada akaun bank sedia ada.
Selain tu, korang juga tak dibenarkan untuk berbelanja lebih daripada RM1,000 menggunakan kad kredit, atau dapatkan kredit lebih daripada RM1,000 dari mana-mana pemiutang (bank).
Semua aset milik individu yang diisytihar bankrap akan dikendalikan oleh KPI (seperti yang dinyatakan dalam Poin #1 tadi).
Sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu koragn tu akan diambil dan diuruskan oleh KPI, dan digunakan untuk membayar hutang.
Korang tak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu, yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa.
Antara contoh perkerjaan seperti :
Tambahan lagi, korang jugak tak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Orang yang diisytihar bankrap tak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan.
—
Isu ni dah lapuk? Pandai-pandai je korang. Kalau dah lapuk, kenapa statistik yang bankrap semakin meningkat naik?
Selagi mana masalah ni ada, Tok akan terus-menerus kongsikan ilmu macam ni. Tinggal korang nak hadamkan dan ambil tindakan je.
Jemput SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat daripada ilmu ni. Tak best pun kalau pandai seorang diri.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
Lina says:
Nak tanya.Saya jadi penjamin kereta ex husband .. Kenapa pihak bank x call je ex husband padahal dah bagi no contact dan alamat rumah.