Siapa kata gaji bawah RM3,000 tak layak ada kehidupan yang nyaman, bebas masalah kewangan?
Selain bergantung kat rezeki yang diberi oleh-Nya, kita sendiri wajib merangka pelan tindakan yang terbaik untuk diri kita.
Tok nampak, semakin ramai anak muda dah mula bertindak secara luar biasa. Tahniah Tok ucapkan.
Dan jangan risau. Bagi yang baru nak bermula, ada satu pelan tindakan power yang Tok nak kongsikan kat korang.
Jemput hadamkan ilmu yang Tuan Amir Syahir kongsikan ini. Habis baca, terus buat. Boleh boleh?
Katakan, gaji korang sebulan RM2,100. Bermakna korang layak buat ASB Financing seperti berikut :
Bermakna, kelayakan bayaran ansuran maksimum ASB Financing korang adalah sebanyak RM1,120.
Katakan, korang buat ASB Financing seperti berikut :
Pada tahun pertama, mohon ASB Financing Islamic RM200,000. Ansuran bulanan RM1,050. Bayar setiap bulan dan simpan dividen. Dividen tu, biarkan compounding.
Masuk tahun ke-2 pulak, bayar ansuran ASB Financing RM200,000 tu macam biasa. Simpan dividen dan jangan usik langsung.
Katakan masa ni, gaji korang dah naik jadi RM2,200. Simpan RM100 setiap bulan untuk duit bayar kos guaman (atau kos sampingan masa beli rumah nanti).
Bermakna, korang boleh simpan sebanyak :
Dalam masa 2 tahun tu, mula belajar dan cari ilmu tentang hartanah yang asas. Contohnya, ilmu jadi tuan rumah. Pada masa yang sama, tambah kenalan dari kalangan ejen hartanah dan pegawai bank.
Masuk tahun ke-3, terminate ASB Financing RM200,000 yang korang buat tu, setelah 2 tahun dividen compounding pada bulan Januari.
Katakan 2 tahun tu, dividen diumumkan sebanyak 6.75%. Jadi :
Jumlah terkumpul yang korang dapat adalah sebanyak RM34,179.
Dalam 2 tahun, korang ada dana sebanyak RM34,000++ untuk digunakan sebagai deposit rumah.
1) Caranya, korang kena cari rumah bawah RM150,000.
Katakan, korang beli subsale (rumah second hand) atau lelong, apartmen 3 bilik pada harga RM120,000. Deposit 10% sebanyak RM12,000.
Gunakan duit dividen ASB Financing untuk bayar deposit. Kira-kira kasar macam kat bawah ni :
2) Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN.
Sewakan setiap bilik dengan harga RM300 sebulan. Bulanan bayar kat bank sebanyak RM550.
Dapat la korang aliran tunai positif. Cara kira macam kat bawah ni :
3) Biarkan ada transaksi RM900 tu masuk dalam akaun bank setiap bulan selama 6 bulan. Buat ni sebelum korang memburu rumah ke-2.
4) Beli lagi satu rumah apartmen subsale (atau lelong) bawah harga RM120,000. Gunakan baki dividen ASB tadi (RM22,179) sebagai duit deposit.
Cara kiraan seperti kat bawah ni, dengan anggaran korang beli rumah harga RM120,000 :
5) Sewakan ikut bilik dengan harga RM300, dan bayaran ansuran pada bank sebanyak RM550. Untung yang korang dapat adalah :
6) Selepas 3 tahun, gaji korang sekarang dah jadi RM2,300 (andaikan setiap tahun, dapat kenaikan gaji sebanyak RM100), tambah pulak dengan untung rumah sewa (sebanyak RM700 untuk 2 buah rumah).
Jumlah semua, RM3,000 sebulan. Dalam masa 3 tahun je, pendapatan korang dah meningkat.
Apa nak buat dengan untung daripada 2 buah rumah sewa ni? Terserah kepada kebijaksanaan korang. Kalau simpan macam tu je, tak guna jugak, kan?
Ini antara perkara best yang korang boleh buat dengan duit untung tu :
i) Boleh beli kereta tempatan baru yang murah, dengan ansuran bawah RM400 setiap bulan. Dah tolak ansuran bulanan, ada lagi baki RM300 daripada untung rumah sewa. s
ii) Kumpul duit dan beli kereta tempatan terpakai secara tunai, menggunakan baki duit dividen ASB sebanyak RM10,179.
iii) Beli lagi rumah ke-3 selepas 6 bulan.
iv) Mohon ASB Financing RM200,000. Bayar setahun, lepas tu rolling dividen je.
v) Mohon ASB2 Financing RM200,000. Bayar setahun, lepas tu rolling dividen je.
vi) Simpan untuk belanja kahwin tanpa perlu buat personal loan (pembiayaan peribadi).
vii) Buat modal pelaburan Unit Amanah, atau beli emas 1 gram setiap bulan.
viii) Buat perlindungan Takaful secara percuma. Ambil RM200 daripada untung sewa rumah korang tu. Jangan tak buat. Perlindungan Takaful sangat penting.
Nampak? Dengan ilmu hartanah campur dengan ilmu manipulasi ASB, korang tak perlu bayar pun apa yang korang mahukan. Orang lain yang tolong bayarkan.
Tapi, korang kena berkorban. Tangguhkan kemahuan selama 2 tahun. Hidup di bawah kemampuan.
Dengan ekonomi sekarang, kos hidup tinggi susah nak melabur dan menyimpan? Dah tahu gaji kita kecil, tambahkan pendapatan. Buat kerja sampingan. Jadi ejen Takaful, runner, bisnes online, dropship, atau sebagainya.
Kenapa aku suruh kau buat ASB Financing dulu? Sebabnya selain mengumpul deposit rumah, korang juga melatih diri berdisiplin dalam menyimpan gaji.
Korang buat ASBF tahun pertama dan ke-2, secara tak langsung akan memberi kepercayaan kepada bank dan mencipta rekod CCRIS.
Kalau dalam 2 tahun tu korang tak mampu menyimpan secara konsisten RM1,050 tu, bermakna korang belum mampu menguruskan kewangan lagi.
Pembiayaan ASB Islamik, kalau korang tak mampu, korang boleh terminate dan jika korang dah yakin mampu bayar, baru la korang boleh melangkah untuk jadi pelabur hartanah. Jadi tuan rumah.
Walaupun bergaji kecil, korang datang jumpa bakal ayah mertua, dia dah tahu korang dah ada 2 biji rumah, kereta dan perlindungan Takaful. Agak-agaknya, bakal ayah mertua nak tolak korang sebagai menantu ke?
Takde la lepas kahwin, korang cakap tak mampu nak beli rumah. Alasan, banyak tanggungan la, nak beli lampin anak la. Masa bujang ni yang korang kena usaha kuat sikit.
PENAFIAN (SILA BACA) :
1. Ini idea, pelan lakar dan gambaran kasar saja.
2. Andaian ASB Financing RM200,000, 30 tahun tempoh pembiayaan, dan 4.8% dengan dividen ASB diumumkan sebanyak 6.75%.
3. Semua ini adalah kiraan anggaran kasar saja.
4. Jangan jadi pembaris. Sesuaikan dengan ekonomi korang. Jangan telan semua benda mentah-mentah. Kaji dulu. Kalau tak mampu buat RM200,000, boleh buat RM100,000 dulu. Ansuran bulanan RM525.
5. Beli rumah subsale atau lelong dan jenis apartmen, buka rumah baru (undercon) dan atas tanah.
—
Power tak perkongsian Tuan Amir Syahir kali ini? Pada pendapat Tok, ramai yang tak berapa tahu cara nak plan tindakan kewangan. Ada yang tahu, tapi bukan semua.
Jadi dah ada perkongsian ilmu macam ni, jangan pulak korang pandang sebelah mata. Korang boleh je sesuaikan ikut kemampuan diri sendiri.
Ilmu ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang baru mula bekerja tu. Bantu mudahkan hidup mereka, dan Tok yakin Allah S.W.T akan mudahkan hidup korang juga. Ameen.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.