“Gagal merancang, merancang kegagalan”
Siapa yang rajin dengar radio, korang mesti pernah dengar potongan lirik lagu Mentera Beradu karya Malique ni.
Atas dunia ni, kita bukan sekadar nak ‘hidup’ je. Ada amanah dan tanggungjawab bahagian dunia dan akhirat yang kita wajib jalankan.
Pasal akhirat, korang tanya kat yang lebih pakar. Itu perkara yang memang dah wajib. Yang Tok nak sentuh ini kali adalah perancangan kewangan korang.
Nah, sediakan diri korang cukup-cukup sebelum terlambat. Amalkan 5 pesanan simple yang Tuan Harith Faisal kongsikan ini.
Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan?
Jadi, belilah rumah yang selesa untuk korang duduk bersama isteri dan anak-anak.
Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi, ikutlah kemampuan masing-masing ya.
Sebelum korang teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang korang ada 2 biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan.
Itu aset yang akan meningkat nilainya. Dapat jugalah korang merasa cash flow ratus-ratus setiap bulan.
Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.
Kita akan jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita, kalau tak ada simpanan 6 bulan gaji kita ni.
Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila korang ada kecemasan atau sebarang perkara yang tak dijangka, pakai duit ni.
Elakkan berhutang dengan kawan korang. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan, jangan, jangan!
Kalau korang berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan korang dalam keadaan baik. Sebab korang punya belanja kurang daripada gaji.
Untuk yang bujang, simpanlah 30% hingga 50% daripada gaji bulanan yang korang dapat tu.
Kalau dah kahwin, 10% hingga 30%. Kalau boleh simpan lebih banyak, lagi bagus. Patutnya umur 35 tahun dah takde masalah nak buat simpanan tetap bulanan.
Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan?
Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward diri korang tu dengan hasil kerja keras selama ini.
Tak salah pun. Yang pasti, korang akan dapat rasakan nikmat yang lebih lazat berbanding orang yang beli awal-awal.
Boleh la korang angkat satu kereta yang best.
Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100,000 pun, okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.
Nak capai semua ni, mesti kena ada perancangan. Katakan la, korang mula bekerja pada umur 25 tahun. Korang kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!
Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa.
Lagi lambat korang mula merancang, lagi susah la korang nak capai 5 poin kat atas tadi.
Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok pow kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10. Langsung takde simpanan. Masih lagi pinjam duit mak bapak.
Tak nak gelak.
Nanti ada orang sentap. Ops!
—
Pesanan ni, semua peringkat orang boleh guna. Nampak macam simple je, tapi padu dan padat dengan makna.
Tok pasti, korang takde masalah nak capai semua 5 perkara ni. Antara nak dengan tak nak je. Kalau betul korang nak, korang akan buat. Setuju?
Jemput SHARE perkongsian ni kat kawan-kawan korang yang baru graduate dan dah mula bekerja tu. Biar mereka mula plan ini seawal mungkin.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.