PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

4 langkah bijak dapatkan poin kad kredit dengan kos minima

Tok yakin semua orang dah tahu perkara ini.

Lebih best kalau guna kad kredit yang tawarkan ganjaran, berbanding gunakan kad kredit yang biasa.

Tapi, macam mana pulak kalau korang memang bukan jenis yang kaki berbelanja? Tentu korang rasa tak bermakna pakai kad kredit tu, kan?

Relax, jangan cancel kad tu dulu.

Ni, ada 4 cara yang korang boleh gunakan untuk dapatkan poin dengan kos yang minimum. Jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog RinggitPlus ini.

Langkah #1 : Bayar makanan kawan-kawan guna kad kredit anda

Ada plan nak buat makan-makan dengan kawan-kawan atau rakan sekerja korang?

Ini apa yang korang perlu buat. Mula-mula, pastikan semua orang bersetuju untuk makan kat tempat yang termasuk dalam skim ganjaran kad kredit korang tu.

Lepas tu, bayar bil dengan kad kredit korang. Dan jangan lupa untuk bahagikan bil tu dengan kawan-kawan.

Ini cara terbaik untuk tingkatkan perbelanjaan kad kredit pada tahap maksimum, tanpa kasi poket korang koyak (sebab kena tanggung seorang diri).

Cuma, korang kena jaga benda ni. Untuk pastikan teknik ni 100% berjaya, korang kena pastikan kawan korang tu takde perangai acah-acah ‘terlupa bawak wallet.’

Langkah #2 : Tolong kawan beli barang secara online

Memang mudah nak shopping secara online kalau ada kad kredit. Tapi hakikatnya, korang takkan shopping online sepanjang masa, kan?

Masa ni, korang boleh je offer kawan-kawan korang yang berminat nak beil barang secara online. Gunakan kemudahan kad kredit yang ada kat tangan korang tu.

Korang boleh kongsikan tawaran dan promosi yang syok kat kawan-kawan korang, dan offer untuk beli barang-barang ni untuk mereka (lepas dah pastikan mereka akan bayar).

Benda ni, memang boleh buat. Sebab apa?

Tak semua orang suka dan rajin nak isi borang online, tunggu bungkusan sampai, dan sebagainya. Tapi semua orang suka beli secara online sebab harga lebih murah. Korang hanya perlu uruskan perkara yang remeh ini untuk mereka.

KLIK UNTUK BACA : Pernah terfikir nak ambil kad kredit? Baca 3 tip ini dulu sebelum kau buat keputusan

Langkah #3 : Jadi shopping buddy kawan anda

Seperti yang korang semua dah sedia tahu, semua orang ada tabiat berbelanja yang unik. Dan cara masing-masing takkan sama dengan yang lain.

Mungkin korang ada kawan yang jenis perlukan nasihat sebelum membeli sesuatu. Dan mereka ini adalah peluang untuk korang dapatkan poin ganjaran yang banyak.

Korang boleh tawarkan diri untuk menjadi ‘teman membeli-belah’ (shopping buddy).

Dan masa korang teman kawan korang tu, tawarkan kat mereka untuk gunakan kad kredit korang untuk dapatkan mata ganjaran secara maksimum.

Macam biasa. Pastikan kawan korang tu jenis yang bayar balik jumlah yang dipinjam.

Langkah #4 : Anjur percutian secara berkumpulan

Travel bersama kawan-kawan adalah salah satu perkara yang best dalam hidup. Dan ini jugak boleh jadi lubuk korang untuk dapatkan mata ganjaran yang banyak.

Kalau korang plan nak buat macam ni, bayar dulu semua perbelanjaan yang terlibat dengan kad kredit korang. Buat ini lepas dah selesai merancang dan mengatur perjalanan korang untuk bercuti.

Periksa sama ada kad korang tawarkan mata ganjaran tambahan untuk pembelian di luar negara. Kalau ada, maksimakan kelebihan ini.

Nota Penting : Pastikan kawan yang guna kad kredit korang tu, bukan jenis yang suka ambil kesempatan. Lepas dah guna kad korang, pastikan mereka bayar balik ya.
KLIK UNTUK BACA : 7 jenis kad kredit anda wajib tahu. Salah satu boleh bagi anda travel secara percuma!

Sebelum apa-apa, kena bagitahu kawan korang yang korang nak buat semua ini. Elakkan kawan korang rasa, yang korang ambil kesempatan ke atas diri mereka.

Dan sentiasa ambil perhatian kepada had rebat tunai, tempoh kegunaan poin, dan juga kelebihan lain yang korang boleh dapat dengan swipe kad korang tu.

Perkongsian ini bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang lain. Biar lebih ramai dapat serap manfaat ilmu ini.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *