PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Bajet 2018 : Hal berkaitan hartanah yang anda wajib ambil tahu

Setiap tahun, Tok memang akan tengok pembentangan bajet negara. Dan bahagian yang Tok akan fokus gila-gila, dah tentu la berkaitan dengan hartanah.

Mungkin ramai yang tak mampu luangkan masa untuk tengok Bajet 2018.

Jangan bimbang. Sebab dah jadi tugas Tok untuk sajikan korang dengan maklumat penting ini. Jemput hadamkan perkongsian Tok kali ini.

Rakyat untung banyak dengan Bajet 2018? 

Dalam hal perumahan dan kediaman, Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion seperti berikut :

1) 17,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat,

2) 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat,

3) 210,000 unit rumah di bawah program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

Untuk ini, RM1.5 bilion diperuntukkan bagi tempoh 2 tahun.

4) 25,000 unit rumah akan disiapkan pada tahun hadapan di bawah PPA1M, dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat perlaksanaan.

5) 600 unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes (atau MyBNHomes) untuk isi rumah B40, antaranya di :

  • Terengganu,
  • Pahang,
  • Melaka,
  • Johor,
  • Sabah,
  • Sarawak, dan
  • Kawasan orang asli.

Pendapatan sewaan dapat 50% pengecualian cukai

6) 2,000 unit rumah di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

7) RM200,000,000 untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.

8) Berkaitan rumah terbengkalai pula, dicadangkan pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik, diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.

Ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.

9) Untuk tujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman pula, buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun, Kerajaan mengumumkan pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia, yang bermastautin di Malaysia.

10) Pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

Banyak inisiatif daripada Kerajaan dalam bajet kali ini yang memihak kepada golongan pertengahan.

Yang paling menarik, dah tentu la pengecualian cukai 50% tu, serta program MyDeposit dan juga MyHomes.

Apa pendapat korang tentang pembentangan bajet kali ini? Kongsikan kat ruangan komen. Tok suka nak baca.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *