Takde siapa yang nak rugi bila melabur dalam hartanah.
Cuma, bukan senang nak capai perkara ni. Banyak perkara yang wajib kita ambil kira sebelum buat sebarang keputusan membeli.
Yang pasti, ramai yang nak capai 2 objektif ni :
“Saya nak rumah yang senang disewakan, dan dapat capital appreciation yang cun!”
Oh, ini objektif korang jugak? Amalkan ilmu yang Cikpuan Ainal Maryam kongsikan ni. Lepas habis baca, terus buat. Semoga bermanfaat.
Korang boleh tanya mana-mana pelabur hartanah tentang catalyst (pemangkin) dan booster hartanah. Mereka boleh senaraikan semua tu dengan pantas.
Elemen-elemen tipikal yang menjadi catalyst termasuk :
Kerjaya Kanal memerlukan Kanal berjumpa dengan macam-macam orang, dan melihat pelaburan hartanah dari perspektif pemaju, pelabur, dan genuine buyer untuk kegunaan sendiri.
Hari ni, Kanal nak kongsikan feedback dari pelabur dan penyewa, kenapa mereka memilih untuk beli atau sewa di kawasan tersebut.
McDonald’s merupakan salah satu booster (atau catalyst) untuk hartanah.
Perasan tak, most area yang ada university mesti ada sebuah restoran stand alone McDonald’s. Dan kadang-kadang kat kawasan yang baru nak membangun, tiba-tiba terpacak sebiji McDonald’s?
Sama macam korang jugak. McDonald’s awal-awal dah buat due diligence tentang segmen populasi kat kawasan tu, sebelum membuka sesebuah cawangan.
Dalam erti kata lain, mereka dah tolong buat market dan demographic study untuk korang.
McDonald’s dalam kawasan universiti akan menjadi tumpuan kepada student sana (WiFi untuk siapkan assignment, dating, dan lain-lain).
Ini secara tak langsung akan menjana aktiviti ekonomi di kawasan sekeliling. Kedai-kedai complementary seperti dobi, kedai alat tulis, photostate dan binding, 7E, restoran dan sebagainya, akan mendapat spillover yang positif.
Bila pusat komersial di kawasan tersebut meriah (vibrant), ini jadi pemangkin permintaan (demand) kepada hartanah yang ada kat kawasan tu.
High-end supermarket ni terletak sama ada di neighbourhood mall, ataupun kat bawah serviced residence (untuk mixed development).
Antara contoh yang korang boleh jumpa seperti BENS Grocer, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, dan lain-lain).
Kenapa high-end supermarket ni tergolong sebagai salah satu pemangkin (catalyst)?
Supermarket jenis ini bawa masuk produk makanan yang dibuat kat luar negara. Dan ada jugak jenama makanan yang takde kat Malaysia, dijual di sini.
Ini semua menjadi punca tarikan untuk para penyewa expat dan juga golongan high class (atau upmarket).
Yang mengejutkan, ada beberapa kes orang beli dan menyewa hartanah dengan Kanal atas sebab ni. Mereka nak pindah untuk menyekolahkan anak mereka di situ.
International school pulak dah ada ready catchment, antaranya tenaga pengajar dan juga admin staf sekolah tersebut.
Tapi perasan tak?
Ramai pelajar international school tak duduk berdekatan dengan kawasan sekolah. Mereka commute jauh dari rumah mereka. Kenapa ya?
Bila mereka ada duit untuk tanggung sekolah anak dekat situ, dah tentu mereka ada driver untuk ambil dan hantar anak-anak, walaupun jauh.
Kawasan yang mempunyai akses ke kawasan industrial dan juga international companies dah tentu mempunyai demand unit hartanah di kawasan sekeliling.
Semestinya syarikat yang ada akan membawa masuk expat untuk bekerja secara contract basis, mahupun permenant.
Bonus poin untuk korang?
Syarikat antarabangsa selalunya akan membayar sewa in advance (3 bulan / 6 bulan / setahun / ikut kontrak), sebab kebanyakan negara luar mengutip sewa in advance. Dah jadi macam budaya mereka.
Nak tambah lauk lagi? Syarikat antarabangsa jugak mempunyai bajet yang tinggi untuk penginapan pekerja mereka.
Terdapat beberapa pusat perubatan yang mempunyai kepakaran di negara kita yang menjadi penarik. Bukan saja orang tempatan, malahan orang dari negara luar.
Malaysia merupakan destinasi pilihan untuk Health Care Tourism untuk warga asing kerana :
Kalau dibandingkan dengan Convention Centre yang mungkin bermusim (mengikut events yang berlangsung dalam convention centre tu), Malaysia adalah destinasi yang baik.
Industri kesihatan (health care industry) tak mengikut musim (non-seasonal). Ada orang yang perlukan perubatan sepanjang tahun.
Kawasan masjid ni popular juga di kalangan warga emas.
Mereka membeli/menyewa tempat yang dekat dengan masjid untuk mengadiri kelas agama, dan menunaikan solat berjemaah. Sweet-sweet je pasangan atuk nenek pergi masjid sama-sama.
Ini pun menjadi sebuah poin bonus kawasan, dimana malamnya ‘hidup’ seperti kawasan universiti.
—
Harap dari sharing Kanal ni, dapat la korang (pelabur) ’usha’ surrounding area yang ada catalyst di atas, untuk memantapkan justifikasi korang membeli hartanah untuk pelaburan.
Untuk REN pula, selepas ini, boleh la iklankan listing korang dengan catalyst yang ada. Mana tahu boleh dapat reach sasaran prospek atau tenant yang betul.
P/S : Jika bermanfaat, silakan share dan panjangkan manfaat ilmu ni kat kawan-kawan korang.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.