Baru-baru ini, saya telah hadir memenuhi jemputan ke Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara : Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat.
Konvensyen tersebut diadakan pada 12 hingga 13 Zulkaedah 1438H | 5 hingga 6 Ogos 2017 di Marriott Putrajaya.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah sendiri yang merasmikan program konvensyen ini.
Jadi memang bukan calang-calang program ni!
Secara peribadinya, saya berasa sedikit tenang dengan pengisian serta perkongsian idea yang disampaikan oleh para pakar akademik dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang hartanah, politik, perundangan, perniagaan dan usahawan serta geopolitik global.
Apa yang paling menarik minat saya untuk menulis serta berkongsi di sini ialah apabila di akhir konvensyen tersebut, terdapat beberapa resolusi yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia mengambil cakna mengenainya, iaitu berkenaan Tanah Rizab Melayu.
Seperti sedia maklum, peratus komposisi Tanah Rizab Melayu kini hanya tinggal tak sampai 12% sahaja.
Kajian terkini ini dikuatkan lagi buktinya serta dilakukan sendiri oleh para akademik dari pelbagai universiti IPT di Malaysia.
Ini bermaksud daripada 3.1 juta hektar Tanah Rizab Melayu, kini hanya tinggal 1.57 juta hektar saja.
Itu pun kajian tersebut di buat pada tahun 2009. Kini tahun 2017, agak-agak berapa hektar lagi Tanah Rizab Melayu yang tinggal?
Walau bagaimanapun, kita sebagai muslim, bukan tugas kita untuk mudah berputus asa dan cepat kecewa. Ada 11 resolusi yang disimpulkan di akhir program konvensyen.
Bukannya semua resolusi tersebut berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu.
Jadi untuk lihat keseluruhan sebelas resolusi tersebut, saya kongsikan beberapa sumber link berita yang boleh kita rujuk :
Paling menariknya, daripada kesemua resolusi tersebut, resolusi yang paling banyak dibincangkan dan paling panjang huraiannya adalah berkenaan Tanah Rizab Melayu.
Ini menunjukkan tanda seolah-olah tajuk rizab Melayu ini yang paling kritikal dan, ya!
Memang tajuk ini sangat mendapat perhatian sepanjang konvensyen 2 hari tersebut. Berikut adalah resolusi berkaitan Tanah Rizab Melayu :
4. Menginsafi akan perlunya :
a) Diwujudkan sesuatu badan di setiap kerajaan negeri untuk memantau penggunaan Tanah Rizab Melayu di negeri tersebut.
b) Diperketatkan syarat penukaran status Tanah Rizab Melayu untuk aktiviti pembangunan.
c) Gantian Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan statusnya untuk tujuan pembangunan tanah rizab yang baru.
d) Sesuatu tindakan perlu diambil terhadap kerajaan negeri yang tidak menggantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan statusnya.
e) Hutan simpanan yang belum diterokai ditukarkan statusnya kepada Tanah Rizab Melayu.
f) Pemantauan berkala untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tak dibatalkan statusnya dengan sewenangnya.
g) Tanah Rizab Melayu diletakkan di dalam program wakaf untuk memastikan status tanah tersebut tidak ditukarkan dan juga untuk memastikan tanah tersebut kekal menjadi milik orang Melayu.
h) Kemudahan diberi kepada rakyat yang bersukarela menukar status tanah persendirian kepada Tanah Rizab Melayu bagi meningkatkan saiz Tanah Rizab Melayu.
Adakah Tanah Rizab Melayu sudah pupus? Membaca dan memahami usul yang tertulis, seolah-olah memberi nafas baru terutamanya untuk generasi akan datang.
Walaupun ianya baru merupakan sebuah usul, sentiasalah berdoa agar semua usul tersebut diperkenan dan dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Paling tak, sudah ada usaha yang telah dilakukan segelintir mereka yang sayangkan negara, bangsa dan negara.
Kita sendiri bagaimana? Jadi, apa yang kita boleh buat sebagai rakyat marhaen?
Nak masuk dewan parlimen, kita bukan ahli politikus.Nak arah itu-ini, kita bukannya Raja atau Menteri yang boleh berautoriti sedemikian.
Cukuplah kita bermula pada kadar kuasa kita sendiri sebagai rakyat biasa terlebih dulu.
Yang belum menabung, boleh mulakan menabung. Yang masih sifar tentang ilmu kewangan dan hartanah, boleh mula peruntukkan 5% daripada gaji bulanan untuk ke kelas-kelas berkaitan.
Paling malas pun yang kita boleh buat adalah, seminggu sekali, buka la website-website berkaitan ilmu pengurusan kewangan, ilmu-ilmu hartanah.
Tengok dan dengar perkongsian-perkongsian dari sifu-sifu pakar yang berkaitan di YouTube, dan pelbagai lagi medium yang boleh dimanfaatkan di era globalisasi ni.
Pilihan untuk celik dalam hidup, semuanya di tangan anda sendiri.
Tepuk dada, tanya diri. Adios!
Tanah Lambang Kedaulatan, Tanah Lambang Kekuasaan. Meor M. Azim Aktivis iPeguam
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.