Bukan satu kerja yang senang untuk menyimpan duit.
Tapi kalau ada niat nak berumah (rumah je ya, belum termasuk ‘tangga’nya lagi), ini satu perkara yang wajib korang buat.
Kalau kumpul macam tu je, memang lambat la nak kumpul sampai RM17,000. Yang ni, Tok percaya semua orang tau.
Tapi kalau Tok cakap ada teknik power kumpul duit deposit untuk beli rumah harga RM170,000, pasti ramai yang nak belajar.
Jangan risau. Jemput hadamkan dulu perkongsian Tuan Amir Syahir ni. Mesti korang tau nak buat apa lepas ni.
Anak muda : Saya nak beli rumah tahun ini.
ASY : Dah ada ke deposit rumah?
Anak muda : Takde lagi. Hehe…
Nak beli rumah, tak sama macam korang nak beli sayur kat pasar, ataupun nak beli pantun.
Korang kena la ada simpanan sikit untuk bayar kos guaman dan kos sampingan yang lain nanti.
Kalau Myvi, memang banyak tawaran untuk korang beli secara zero-down payment. Tapi kalau beli rumah, memang jarang-jarang ada bank nak bagi zero-down payment untuk beli rumah.
Paling kurang, korang kena sediakan 10% daripada harga rumah yang nak dibeli.
Kalau korang layak untuk beli rumah harga RM120,000, anggaran ansuran bulanan yang korang kena bayar adalah sebanyak RM600.
Bermakna, korang kena ada RM600 setiap bulan tanpa gagal. Dan kalau simpanan dalam bank pun ada 3 angka je, baik korang mula menyimpan dulu deposit rumah bermula daripada sekarang.
Ini antara contoh game plan jika korang nak dapatkan lebih RM17,000 dalam masa 3 tahun. Komitmen simpanan, hanya RM550 je selama 3 tahun.
1. Pertama sekali, mohon ASB Financing RM100,000. Tempoh pembiayaan selama 30 tahun, tanpa Takaful, keuntungan bank sebanyak 5.2%.
Ansuran bulanan, korang bayar RM550 guna duit sendiri selama setahun.
2. Selepas setahun, katakan dividen ASB diumumkan 6.75%, dan korang akan dapat dividen RM6,750.
Korang gunakan dividen yang korang dapat ni untuk bayar ansuran bulanan. Saya sertakan sekali contoh kiraan untuk mudahkan pemahaman korang :
3. Masuk tahun ke-2, buat lagi satu permohonan ASB Financing RM100,000. Dan korang bayar secara lump sum, guna duit dividen yang korang dapat daripada ASB Financing pertama tadi.
Ansuran bagi pembiayaan ASB Financing ke-2 tu pulak, korang bayar gunakan duit gaji sendiri.
Bermakna, komitmen korang masih lagi kekal sebanyak RM550 setiap bulan.
4. Bila dah buat dua langkah sebelum ni, ASB Financing korang dah jadi RM200,000. Maksudnya, korang dah maksimumkan ASB Financing korang.
Bonus yang korang bakal dapat, akan berdasarkan jumlah RM200,000 ini. Dan komitmen korang masih lagi RM550 sebulan.
5. Tahun ke-3 lepas korang dah dapat dividen tu, korang terminate ASB Financing tersebut. Ini apa yang korang akan dapat :
“Dapat RM17,000 je?”
Ala, kalau korang nak dapat banyak, simpan la banyak sikit daripada apa yang saya kongsikan ni. Simple.
Ubah ansuran bulanan ASB Financing korang kasi tinggi sikit. Dah tentu korang akan dapat hasil yang lebih tinggi.
Apa-apa pun, ikut kemampuan kewangan korang, berapa yang korang mampu tanggung untuk bayar ansuran bulanan. Dan jangan sekali-kali ikut orang lain, sebab kemampuan korang takkan sama.
Kalau korang campur kira sekali dengan bonus, korang pun ada saving sedikit sebanyak. Ada la dalam RM18,000 dalam masa 3 tahun untuk korang gunakan sebagai deposit rumah.
Secara kasar, game plan korang adalah seperti berikut :
“Tapi, saya nak beli rumah landed harga RM500,000.”
Amboi, besar betul impian korang tu. Tapi kalau nak lebih, kena la berkorban lebih sikit. Tapi sebelum korang bayar ansuran bulanan yang tinggi tu, semak dulu kewangan korang dulu. Kah!
—
Sekarang, korang dah tau. Game plan bagai, semua dah sedia dibentangkan. Tinggal tindakan korang je yang akan tentukan.
Ingat pesanan akhir tadi. Korang kena tau dulu kemampuan korang takat mana. Bukan apa. Yang susah nanti, korang jugak.
Jangan pulak bila dah dapat duit tu, korang buat joli ke benda lain pulak ya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.