Tok yakin, semua orang berminat nak belajar cara kumpul duit yang paling efektif.
Kalau kumpul macam tu je, memang tak banyak la yang korang boleh buat untung. Tapi kalau korang nak buat lebih, ada teknik yang korang boleh apply.
Mungkin ramai lagi orang kat luar sana belum tau cara.
Dan bagi yang tengah mencari ilmu ni, Tuan Harith Faisal ada kongsikan secara sempoi dan senang untuk korang hadamkan.
Paling kurang, korang boleh buat untung sebanyak 3% berbanding menyimpan cara biasa. Banyak jugak tu.
Kalau masih belajar kat universiti lagi tapi dah gigih follow Harith Faisal, korang pasti akan mengalami simptom tak sabar nak beli rumah.
Itu normal. Yang korang gigih sangat follow Harith Faisal awal-awal tu dah kenapa, kan? Haha!
Jadi, mula la korang rasa tak sedap hati dengan harga rumah yang semakin meningkat, tapi korang sendiri tak boleh nak buat apa. Sebab belajar pun tak habis lagi, kan?
Dan dah dapat kerja nanti, tak tentu lagi korang mampu nak beli rumah.
Apa yang korang boleh buat adalah, wujudkan simpanan sebanyak mungkin untuk dijadikan modal beli rumah pertama nanti.
Kalau modal dah cukup, 6 bulan lepas kerja, korang dah boleh beli rumah sebijik. Gempak beb!
Kalau korang pemegang biasiswa dan elaun, memang syok nak ikut cara yang saya bakal kongsikan kejap lagi.
Korang cuma kena ada RM500 je sebulan dan korang bakal miliki modal yang cukup untuk beli 1 hingga 3 bijik rumah nanti.
Tapi kalau takde, jangan pulak korang patah hati dan bersedih. PTPTN ada. PTPTN tak cukup? Tulang empat kerat korang ada.
Rezeki tu luas. Jangan fokus fikirkan masalah. Yang patut korang fikir adalah jalan penyelesaian kepada masalah tu.
Dah macam motivator pulak rasanya!
Korang boleh mulakan bisnes tudung modal RM10 sehelai, tapi berpontensi dijual pada harga RM30. Satu tudung, korang boleh buat untung sebanyak RM20.
Sebulan, korang jual la dalam 25 helai. Dah boleh dapat RM500. Borong je stok kat Jalan TAR tu.
Tak pun, korang boleh je buat home-based tuisyen ke (kalau korang ada naluri sebagai pendidik). Kadar purata sejam, katakan RM40.
Sehari mengajar 2 jam dan RM80. Sebulan korang target la dalam 7 hari. Dah boleh dapat lebih RM500 dah.
Cukup la sudah idea-idea daripada saya, macam mana nak dapatkan RM500 sebulan tu. Korang pasti boleh fikirkan jalannya. Kalau tak, takde la korang dapat lanjutkan pelajaran kat universiti.
Sekarang ni, zaman online dik. Ramai student boleh buat income ribu-ribu Ringgit setiap bulan. Takkan la setakat RM500 pun, susah nak buat, kan?
Cari la ilmu pasal personal branding, Instagram marketing, dan juga FB Ads.
Takde masa? Kalau takde masa, tak payah buat. Korang jadi je student sepenuh masa yang hanya tunggu duit PTPTN masuk setiap semester, dan hujung semester makan Maggi.
Mungkin ini lebih membahagiakan korang, kan?
Mak aih! Membebel bukan bukan main panjang. Tapi saya tak mula pun lagi cerita pasal step-by-step untuk kumpul modal beli rumah lepas 6 bulan bekerja nanti.
Kan tengah bulan puasa ni. Banyakkan bersabar. Tanpa buang masa korang, saya akan kongsikan teknik tu sekarang :
Kita ambil balik jumlah RM500 sebulan tadi.
RM500 tu kalau korang simpan bawah bantal asrama, korang akan dapat kumpul banyak ni dalam tempoh 3 tahun :
Ini pun, kalau korang tak mengelat la. Kalau banyak mengelat daripada menyimpan, tak dapat la korang kumpul banyak ni.
Buat ASB Financing RM90,000 untuk tenure selama 30 tahun, dengan kadar keuntungan bank 5.2% tanpa Takaful. Tapi kalau korang nak ambil sekali dengan Takaful pun boleh.
Bayar ansuran bulanan selama 3 tahun, kemudian jual sijil tersebut. Anggaran bulanan yang korang kena bayar adalah RM494, dengan purata dividen tahunan sebanyak 6.75%.
Lepas 3 tahun, korang akan dapat :
Hasilnya, korang akan dapat RM23,533 selepas 3 tahun menyimpan sambil melabur. Okay la tu.
Kalau simpan cara biasa, korang hanya akan dapat sebanyak RM18,000 je. Untung pulangan pelaburan RM5,533 sambil goyang kaki. Siapa yang nak bagi?
Yang bagusnya tentang ASB Financing ni adalah, ia sebuah tool (alat) force saving yang baik. Sebab ASB adalah komitmen bulanan kepada bank, korang tak boleh kantoi bayar.
Kalau tak, habis la CCRIS korang tu.
Simpan RM500 setiap bulan dalam ASB selama tempoh 3 tahun. Purata dividen tahunan 6.75%.
Dan jangan pulak korang gatal tangan keluarkan dividen untuk raya dan belanja awek iPhone baru. Biarkan je duit korang selama 3 tahun dalam tu.
Lepas 3 tahun, korang akan dapati dalam akaun ASB tu dah ada RM19,938. Okay la daripada korang simpan bawah bantal, dapat RM18,000 je.
Dengan teknik yang tak susah langsung ni (dan sebab korang lebih bijak berbanding dengan orang lain), korang dapat pulangan RM1,938.
Simpan RM500 secara konsisten dalam Tabung Haji korang tu.
Katakan, purata dividen sebanyak 4.25%. Lepas 3 tahun, korang akan dapat sejumlah untung. Dan duit ni, nak buat tanggung kos pergi Umrah pun boleh.
Lepas 3 tahun, korang akan dapat RM19,205. Dapat la lebihan sebanyak RM1,205 kalau nak dibandingkan dengan simpanan cara biasa.
Risiko pun rendah. Korang nak dividen banyak mana lagi? 4.25% tu pun dah sangat okay.
Kalau tanya saya, saya suka strategi #2 tu. Sebab pulangan lebih tinggi daripada 4 strategi yang saya kongsikan ni.
Ye la. Goyang kaki pun boleh dapat untung lebih RM5,000. Best kot. Tapi, tetap terpulang kat korang.
Student boleh ke memohon ASB Financing? Kan student takde slip gaji?
Boleh je. Korang pergi jumpa mana-mana konsultan ASB, suruh dia ajarkan. Ada promosi sekarang ni. Jangan cari saya pulak, saya bukan konsultan ASB.
Lepas 3 tahun menyimpan, korang dah ada RM23,533 dalam tangan. Elok sangat la tu, sebab korang pun baru habis belajar.
Dan sebab korang bijak, korang cari kerja sebelum konvo dan dapat kerja cepat gila. Bertambah-tambah mantap!
Cukup la sampai sini perkongsian saya. Nanti saya akan sambung cerita dalam posting lain. Lenguh saya menaip pakai phone ni.
Hargai la orang yang sudi berkongsi ilmu. Kalau korang tak share kali ini, saya terasa hati. Haha! – HF
—
Kalau tanya Tok, jumlah yang bakal korang dapat tu agak banyak jugak. Boleh lepas beli rumah, kira okay la kan?
Jangan pulak korang gatal berbelanja acah-acah orang kaya. Duit tu, penat-penat je korang kumpul selama 3 tahun. Tak ingat ke?
Takkan korang tak rasa sayang nak bazirkan macam tu je.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]