PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa perkara menarik yang ada di kawasan Klang?

Rata-rata yang dengar nama Klang, pasti dah terbayang industri perkapalan yang pesat di sana.

Tak cukup dengan itu, Klang jugak dianggap sebagai kawasan ke-2 terpenting selepas bandar Shah Alam.

Dikenali sebagai ‘Bandar di Raja Klang’ beserta tagline ‘Klang Indah dan Permai,’ banyak betul benda yang ada kat sini.

Mungkin ada antara pelabur (korang la tu) yang pilih kawasan ini sebagai lokasi pilihan untuk pelaburan. Ini hari bertuah buat korang.

Pada pagi yang indah ni, Tok nak kongsikan kat korang apa yang menarik kat bandar yang pernah jadi bekas ibu negeri Selangor ini.

Klang, dah banyak yang berubah?

Screen Shot 2017 05 16 at 10.29.05 PM 1

Pada tahun 2010, populasi penduduk di daerah Bandar Klang mencapai 240,016 (10,445 adalah dalam kawasan pusat bandar).

Populasi secara keseluruhan? Seramai 842,146, dan jumlah yang diurus oleh Majlis Perbandaran Klang adalah seramai 744,062.

Daerah Klang terbahagi kepada dua (2), iaitu North Klang (Klang Utara) dan South Klang (Klang Selatan) oleh Sungai Klang.

Klang Utara dibahagikan kepada tiga (3) sub-daerah – Kapar, Rantau Panjang, dan juga Meru.

Dulu, Klang Utara menjadi pusat penempatan komersial. Tapi sejak 2008, banyak projek kediaman serta pejabat kerajaan mula dibina dekat kawasan Klang Selatan.

Hospital swasta jugak banyak dibangunkan di sini.

Bermakna, kawasan Klang Selatan lebih sibuk dan menjadi tumpuan aktiviti sosial dan rekreasi, kalau dibandingkan dengan Klang Utara selepas habis waktu bekerja dan juga pada hujung minggu.

Banyak kediaman dengan ciri moden, sesuai untuk keluarga

Sumber gambar Top Developer iProperty 1

Salah satu pemandangan di Glenmarie Cove, Port Klang. Sumber gambar – iProperty

Puncanya dah tentu kerana pembangunan yang pesat dekat kawasan ni, serta kemunculan perbandaran moden seperti :

  • Bandar Botanic,
  • Bandar Bukit Tinggi,
  • Taman Bayu Perdana,
  • Glenmarie Cove,
  • Kota Bayuemas, dan lain-lain.

Kat kawasan Klang Utara pulak, banyak lokasi kediaman yang dah matang termasuk :

  • Berkeley Garden,
  • Taman Eng Ann,
  • Taman Klang Utama,
  • Bandar Baru Klang, dan lain-lain.

Projek kediaman yang baru yang ada kat kawasan Klang Utara seperti :

  • Bandar Bukit Raja,
  • Aman Perdana, dan
  • Klang Sentral.

Dan port pelabuhan yang terkenal di negara kita, Port Klang, terletak di kawasan Klang Selatan.

Senang tak nak datang ke Klang?

Sumber gambar Old Roots New Routes 1

KESAS Highway di waktu malam. Sumber gambar – Old Roots, New Routes

Dalam lingkungan jarak 10 meter, ada 5 stesen KTM yang berdekatan (yang ikut laluan Batu Caves – Port Klang) :

  • Stesen Padang Jawa,
  • Stesen Bukit Badak,
  • Stesen Klang,
  • Stesen Teluk Pulai,
  • Stesen Teluk Gadong.

Highway pulak, boleh tahan banyak juga. Korang boleh pilih untuk guna :

  • Federal Highway,
  • New Klang Valley Expressway,
  • South Klang Valley Expressway,
  • North Klang Straits Bypass, dan
  • KESAS Highway.

Untuk bab pengangkutan awam pulak, ada perkhidmatan bas RapidKL. Klang Sentral menjadi terminal untuk bas ekspres dan teksi di bahagian Klang Utara.

Nak ke KLIA, punya la senang. Setiap jam dan setiap hari, akan ada bas yang bawak korang ke sana. Korang boleh ambil bas ni dekat AEON Bukit Tinggi.

Klang Third Bridge yang bernilai RM230 juta dijadualkan untuk dibuka pada Mei 2017, yang lengkapkan 2 jambatan sedia ada di bandar, yang hubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.

Nah, Tok tambah lauk lagi. Menjelang Ogos 2020 nanti, Klang jugak akan ada perkhidmatan LRT3 bernilai RM 9 bilion. Senang korang nak ke mana-mana.

Apa anda nak cari? Semua ada dekat sini

Sumber gambar GM KLANG WHOLESALE CITY MALAYSIA 1

Sumber gambar – GM KLANG WHOLESALE CITY MALAYSIA

Sekolah pulak, ada lebih daripada 30 untuk korang pilih. Sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan (Cina & Tamil), hingga ke international school (Regent International School) pun ada dekat sini.

Universiti terdekat yang ada seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah, ALC College, INTEC, Universiti Teknologi MARA, dan UNISEL (untuk 3 yang terakhir, terletak di Shah Alam).

Hospital atau pusat perubatan yang ada seperti :

  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Klang General Hospital), Jalan Langat,
  • Manipal Hospital Klang, Bandar Bukit Tinggi,
  • Pantai Hospital Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang,
  • Sri Kota Medical Centre, Jalan Mohet,
  • KO Specialist Centre Klang, Jalan Goh Hock Huat,
  • Columbia Asia Hospital Klang, Bandar Bukit Raja (akan dibuka pada suku ke-3 2017)
  • KPJ Klang Specialist Hospital, Bandar Baru Klang, dan banyak lagi.

Okay. Apa lagi yang patut korang tau? Oh, kena la tau dekat mana tempat shopping yang terdekat, kan?

Khas untuk tujuan tu, korang boleh kunjungi mall yang ada kat senarai bawah ni :

  • AEON Bukit Tinggi Shopping Centre (Bandar Bukit Tinggi),
  • AEON Bukit Raja Shopping Centre (Bandar Baru Klang),
  • AEON Big Hypermarket (Kapar Road),
  • Big (TUNE) Mall (Persiaran Raja Musa),
  • Centro Mall,
  • Giant Hypermarket (Bandar Bukit Tinggi, Klang Sentral),
  • GM Klang Wholesale City (Bandar Botanic),
  • Klang Parade (Jalan Meru), dan banyak lagi.

Tu belum lagi Tok campur dengan yang old-school punya. Klang jugak ada Little India Klang dekat Jalan Tengku Kelana. Banyak restoran India Muslim sini yang korang boleh cuba.

Teringat Tok masa zaman study UiTM dulu. Sanggup solat Jumaat dekat sini sebab nak makan nasi daun pisang. Memang layan.

Dan jangan lupa pulak dengan Pasar Jawa Klang. Kat sini, korang boleh beli makanan ringan seperti keropok, kuih tradisional, ikan bilis, ikan kering, dan lain-lain.

Nak dapatkan suasana pantai? Tak perlu pergi jauh

Sumber gambar Panoramio 1

Korang boleh nikmati pemandangan indah ini dekat Tanjung Harapan. Sumber gambar – Panoramio

Bagi Tok, itu bunyi yang cukup ‘merdu.’ Hati siapa yang tak tenang, menikmati ciptaan Tuhan?

Takde la nak cakap terbaik (air laut jernih, boleh nampak batu karang). Tapi korang tak boleh elak fakta yang Klang cukup dekat dengan lokasi tarikan tepi pantai dan pulau.

Korang yang suka makan ikan laut fresh tu, memang ada potensi tinggi untuk melekat tinggal dekat sini.

Antara tempat yang korang boleh kunjungi seperti :

  • Tanjung Harapan – Ini salah satu port makan ikan bakar yang fresh,
  • Pulau Ketam – Boleh rasa feel perkampungan nelayan dan tengok rumah terapung kat sini,
  • Pantai Acheh, Pulau Indah  Boleh berkelah, memancing, atau buat aktiviti parasailing kat sini,
  • Laguna Park, Pulau Indah – Satu lagi port restoran yang menarik untuk korang cuba.

Mungkin dah tiba masa untuk korang jenguk kawasan ni. Apa yang Tok perhati, dah semakin membangun dan memang ngam dibuat sebagai tempat tinggal famili.

Dah la dekat dengan macam-macam kemudahan. Memang senang kalau nak buat apa-apa.

Lagi satu. Harga rumah kat sini masih boleh tahan lagi. Takut nanti kalau bertangguh, melepas nak merasa beli rumah harga macam sekarang ni.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *