PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 tip ubah suai rumah subsale supaya nilai meningkat kaw-kaw

Pasti semua orang nak buat duit dengan rumah yang dah dibeli. Yang penting, ada untung daripada takde langsung.

Cuma, tak semua rumah boleh buat duit. Silap-silap, ada yang kena tanggung kerugian yang banyak, rabak.

Cara yang famous untuk tingkatkan nilai rumah adalah buat renovation (ubah suai).

Apa jenis ubah suai rumah yang boleh tingkatkan nilai rumah jadi kaw-kaw?

Kalau serius nak belajar tentang ni, Tok jemput korang untuk baca perkongsian ilmu Cikpuan Teri Cettina yang gempak ni.

Tip #1 : Dapur sebagai ‘jantung’ mana-mana rumah?

Ramai orang setuju dengan perkara ini – Dapur adalah umpama ‘jantung’ bagi sebuah rumah.

Kita boleh pastikan dahulu keadaan dapur supaya kelihatan bersih dan cantik. Biasanya, prospek akan lihat dan meneliti keadaan dapur dahulu semasa proses lawatan ke rumah.

Kita boleh periksa dan ganti peralatan dapur seperti:

  • Set paip di sinki dapur,
  • Pintu kabinet,
  • Lampu (boleh gunakan mentol yang jimatkan tenaga eletrik), atau lain-lain.

Kalau mampu keluarkan bajet lebih, kita boleh ubah suai kabinet secara total.

Gwen Moran, seorang pengubahsuai dan juga salah seorang penulis buku ‘Build Your Own Home on a Shoestring’ turut kongsikan tip tambahan ini:

“DARIPADA TUKAR SET KABINET DAPUR SECARA KESELURUHAN (YANG PASTI AKAN MAKAN BANYAK DUIT KITA), KITA BOLEH UPAH SYARIKAT UBAHSUAI UNTUK BETULKAN KABINET DAPUR. KITA BOLEH JIMAT BANYAK KOS DI SINI.” 

Gwen juga turut menambah:

“BANYAK SYARIKAT UBAHSUAI PERSENDIRIAN JALANKAN SERVIS PENUKARAN PINTU KABINET DAN LACI DAN MEMBETULKAN KOTAK KABINET DENGAN BAIK. MEREKA JUGA BOLEH CAT BALIK KABINET ITU, SUPAYA IA KELIHATAN SEPERTI BARU.” 

Kalau ada masa dan pandai dalam ilmu pertukangan, kita boleh buat semua kerja ini sendiri. Banyak je kedai yang jual bahan-bahan mentah untuk tujuan ini.

Tip #2 : Banyak mengkaji untuk kurangkan kos yang tak perlu

Kat sini, kita boleh jalankan kerja mix-and-match perabot dengan warna cat yang ada di dapur.

Ini bertujuan supaya keadaan di dapur ceria. Padanan warna yang baik akan berikan suntikan emosi yang positif kat prospek, dan tinggikan peluang untuk jual rumah itu.

Nicole Persley adalah seorang broker hartanah di Boca Raton, Florida.

Semasa Nicole mahu menjual rumah, beliau dapati kabinet dan warna cat di dapur rumah itu kurang padan.

Bilik itu lengkap dengan mesin cuci pinggan automatik yang bewarna putih, dan microwave serta oven yang bercampur warna krom (keluli tahan-karat) dengan kemasan warna hitam.

Semasa Nicole bercakap dengan agen khidmat pelanggan (ketika hendak memesan mesin cuci pinggan yang baru), ada satu rahsia dikongsikan oleh agen itu.

Kebanyakan mesin cuci pinggan ini ada dua warna: Putih di satu bahagian, dan hitam di bahagian lain. Nicole hanya perlu buka skru dan tukar bahagian putih itu ke bahagian lain yang berwarna hitam.

Dengan cara ini, beliau tak perlu berbelanja lagi. Kita boleh periksa dan kaji kat mana kita boleh gunakan strategi ini, dan kurangkan kos yang tak perlu.

Tip #3 : “Macam mana pulak dengan tandas rumah?”  

Kita boleh periksa dan gantikan alatan seperti mangkuk tandas dan sinki. Ini antara perkara yang mudah. Kita sendiri boleh gantikan tanpa perlu upah orang lain (boleh jimat kos kat sini).

Walaupun dua benda ini nampak remeh, ia tetap akan berikan impak yang baik kat tandas.

Gwen Moran turut menambah, kita boleh ganti jubin lantai yang lama dengan jubin vinil. Kita boleh pasangkan sahaja vinil ini kat atas jubin lama. Tak perlu tanggalkan jubin lama yang sudah lusuh itu.

Kalau tab mandi dan pancuran air di tandas sudah kelihatan lama, boleh kita gantikan dengan tab pasang siap beserta pancuran air yang baru.

Mungkin kita perlu dapatkan bantuan pakar untuk tujuan pemasangan, tapi ia jauh lebih murah berbanding pemasangan semula dinding jubin dan gantikan tab mandi secara keseluruhan.

Tip #4 : Kabinet pakaian dah barai? Masa untuk tukar yang baru

Biasanya, rumah lama tak ada ruang letak pakaian yang luas. Jika kita ada masalah ini, Moe Viessi (agen hartanah di Florida) ada tip yang boleh membantu.

Kita boleh letak wayar gantung baju yang boleh dipasang sendiri (boleh beli di mana-mana kedai perabot atau baik-pulih rumah), atau sistem almari lamina (laminated closet system) di bilik tidur, pantri, dan mana-mana bahagian dalam rumah yang boleh ditambah.

Kita boleh kaji di Internet dahulu berkaitan reka bentuk, dan pilih mana yang sesuai untuk rumah itu. Proses dekorasi ini terserah 100% kat kita.

Kerja-kerja seperti ini boleh kita lakukan dalam masa seminggu, atau mungkin kurang daripada seminggu.

Tujuan perkara ini adalah kita mahu kabinet rumah berfungsi secara sepenuhnya. Selain itu, prospek yang datang melawat juga akan bertambah yakin untuk membeli.

Boleh sahaja jadi kreatif, tapi berpada-pada. Objektif utama yang kita mahukan adalah functionality. 

Tip #5 : Rumah boleh jual harga tinggi kalau banyak bilik?

Kalau rumah kita itu ada 3 bilik tidur beserta ruang luas yang tak digunakan, kita boleh ubahsuai ruang itu menjadi bilik tidur.

Sebab utama ruang itu tak boleh jadi bilik tidur adalah ia tak ada katil dan almari.

Idea Nicole ini boleh kita gunakan untuk meningkatkan nilai rumah yang nak dijual.

Kita boleh beli almari dan katil yang bagus kurang daripada harga RM1,500. Kalau perlu, kita boleh tambah dinding di dalam rumah.

Cari kontraktor yang boleh tawarkan harga yang berpatutan, dan ia bergantung pada reka bentuk dan jenis material yang kita gunakan.

Tip #6 : Berbaloi ke buat benda ‘ini’?

Adakah berbaloi untuk keluarkan modal upah jurueletrik dan tukang paip untuk periksa keadaan setiap peralatan di rumah?

Ya, ia amat berbaloi.

Ia bagus untuk elakkan kerosakan selepas pembeli selesai membeli rumah. Kita boleh kenalpasti setiap kerosakan, dan betulkan ia sebelum jadi lebih parah.

Sudah pasti kerosakan ini akan menyusahkan kita kemudian hari. Lebih baik kita betulkan sebelum jual rumah.

Perkara ini boleh pengaruhi nilai rumah.

Ia juga sebagai strategi meyakinkan prospek untuk membeli, sebab mereka tak perlu risau untuk keluarkan modal lebih untuk baiki kerosakan rumah yang ada.

Lagipun, mereka boleh beli dengan hati yang tenang. Boleh terus duduk atau sewakan tanpa sebarang masalah.

Tip #7 : Penuhkan rumah anda dengan cahaya semulajadi

Jika lampu di dalam rumah kita kelihatan bosan dan tak menarik perhatian, kita boleh sahaja tukar lampu agar rumah kelihatan meriah.

Kita boleh ganti lampu kawasan ruang tamu dengan chandelier yang menawan mata prospek. Ada banyak reka bentuk lampu jenis ini di kedai barangan rumah, beserta harga yang tak cekik darah.

Kita boleh buat window shopping dahulu sebelum bertindak beli barang-barang ini.

Kalau rumah kita guna kipas siling, kita boleh gantikan bilah kipas dengan yang baru. Prospek yang mata tajam akan meneliti perkara seperti ini.

Kalau ada yang tak betul, ia boleh jadi poin untuk mereka minta kurangkan harga rumah.

Tip #8 : Pintu rumah rosak – Patut buat bodoh atau gantikan terus?

Cuba kita periksa. Adakah tombol pintu kita masih elok untuk digunakan? Kalau dah rosak atau sudah lama, tiba masanya untuk gantikan dengan yang baru.

Sama juga dengan mangga yang ada di setiap pagar di hadapan atau di belakang rumah kita.

Ini akan berikan tanggapan yang rumah kita dalam keadaan selamat dan terjaga.

Kalau cat di pintu utama kelihatan lusuh, ia boleh dicat balik agar menyegarkan mata prospek yang datang melawat.

Kalau ia kelihatan amat teruk, laburkan duit sedikit dan gantikan dengan pintu yang baru. Ini ikut kemampuan dan kapasiti masing-masing.

Tip #9 : ‘Kerjakan’ kawasan sekitar rumah yang semak

Mungkin ramai antara kita yang biasa dengar tip ini. Kita boleh potong dan bersihkan halaman rumah yang sarat dengan rumput-rampai yang tumbuh meliar.

Bagus untuk kita cipta persepsi yang kawasan rumah kita selamat dan terhindar daripada haiwan liar, seperti ular atau sebagainya. Periksa dan bersihkan sekalli kawasan longkang bumbung rumah. Ia tempat biasa untuk nyamuk berpenyakit untuk membiak.

Ini bagus untuk beri tanggapan awal yang positif kat pembeli yang berpotensi. Disamping ia boleh jadi sebab jiran-jiran sayang kat kita, dek kerana sifat pengemas yang kita ada.

P/S : Silakan LIKE dan SHARE jika ilmu ini bermanfaat.

Dah habis baca? Gunakan 9 tip ini tanpa was-was untuk lonjakkan nilai rumah korang tu.

Sebelum apa-apa, kaji dulu siapa target penjual korang. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kalau ada target market yang tepat, memang tak ambil banyak masa untuk jual.

Korang ada strategi gempak yang lain? Jemput kongsikan ilmu dekat bahagian komen. Baru ramai-ramai boleh baca dan belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *