PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

29 Nasihat bilionair terkenal ini boleh bantu anda jadi kaya.

Tok rasa, ramai kenal siapa Warren Buffett.

Buffett dikenali sebagai salah seorang di kalangan bilionair, dan nama beliau tak asing lagi dalam dunia pelaburan.

Tahun ini, kekayaan beliau sudah mencecah $72.7 bilion. Ini berdasarkan maklumat daripada Forbes, dan ia menjadikan beliau orang ke-3 terkaya di dunia.

Bukan korang je pening. Tok pun sama pening tengok nombor terbaru kekayaan Buffett. Tapi kalau dia boleh buat, apa alasan kita tak boleh buat?

Langkah pertama adalah berdoa kepada-Nya dulu. Kemudian, baru kita belajar cara-cara bagaimana beliau bina kekayaan sehingga tahap “power” macam itu.

Nasihat ini boleh buat korang kaya-raya.

Warren Buffett seorang yang hidup bersama beberapa peraturan. Beliau amalkan perkara ini sebelum bertindak buat sesuatu keputusan penting dalam pelaburan dan kehidupan.

Ada 29 nasihat yang beliau kongsikan kepada dunia supaya kita boleh belajar dan jadi kaya. Kalau korang nak ikut jejak langkah Buffet, baca sampai habis dan amalkan nasihat beliau.

Terima kasih kepada Phil Town sebab tulis nasihat ini di blog beliau. Tok yakin kita boleh banyak belajar daripada nasihat berharga ini.

Nasihat #1: Dua peraturan Warren Buffett dalam dunia pelaburan.

“Peraturan 1: Jangan rugi dalam pelaburan. Peraturan 2: Jalan lupa peraturan no.1.”

Nasihat #2: Pasaran tak selalunya betul dalam meletakkan harga.

“Harga ialah apa yang kita bayar. NIlai adalah apa yang kita dapat.”

Nasihat #3: Untung dengan risiko yang kecil adalah kuncinya.

“Risiko berpunca daripada melakukan perkara yang kita tak tahu.”

Nasihat #4: Bergaul dengan orang yang betul.

“Adalah lebih baik bergaul dengan orang yang lebih baik daripada kita. Pilih untuk berkawan dengan orang yang baik tindak-tanduknya. Lambat laun, kita akan ikut perangai baiknya.”

Nasihat #5: Lebih mudah mengkaji sejarah berbanding menilik masa hadapan.

“Dalam dunia perniagaan, cermin pandang belakang lebih jelas jika dibandingkan dengan cermin depan.”

Nasihat #6: Sentiasa beli syarikat yang bagus.

“Adalah jauh lebih baik beli syarikat yang bagus pada harga yang berpatutan, daripada beli syarikat biasa-biasa pada harga yang baik.”

Nasihat #7: Reputasi dan imej kita pada pandangan orang lain.

“Ia ambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan 5 minit untuk musnahkannya.

Jika kita fikir seperti ini, kita akan sentiasa ambil tindakan yang betul.”

Nasihat #8: Tak berdosa untuk tanam impian.

“Saya tahu saya akan jadi kaya satu hari nanti. Saya tak pernah ragu-ragu tentang perkara ini, walaupun sedetik.”

Nasihat #9: Pilih pelaburan jangka masa panjang.

“Sentiasa beli sesuatu yang akan buat anda gembira untuk jangka masa panjang, walaupun jika pasaran itu ditutup selama 10 tahun.”

Nasihat #10: Beli pelaburan yang kita boleh pegang sampai bila-bila.

“Tempoh pegangan yang saya gemari adalah selama-lamanya.”

Nasihat #11: Ramai buat pelaburan kelihatan lebih sukar daripada yang sepatutnya.

“Universiti yang mengajar subjek perniagaan hasilkan orang yang kompleks, berbanding pemikiran yang simpel. Pemikiran yang simpel jauh lebih efektif dalam dunia pelaburan.”

Nasihat #12: Kadang-kala, tak buat apa-apa adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

“Kita ambil tindakan apabila ada peluang yang baik.

Ada masa, saya ada macam-macam idea dalam fikiran saya. Ada juga ketika kemarau idea datang melanda.

Jika ada idea pada minggu depan, saya akan ambil tindakan. Jika tak, saya tak akan lakukan apa-apa.”

Nasihat #13: Berkaitan kejujuran daripada orang lain.

“Harga untuk sebuah kejujuran adalah amat mahal. Tak perlu harapkan ia daripada orang yang “murah”.”

Nasihat #14: Sentiasa bersyukur tentang asal-usul kita.

“Kita berteduh di bawah bayang-bayang pokok, kerana ada orang sebelumnya yang tanam pokok itu.”

Nasihat #15: Sumbang kembali kepada masyarakat.

“Jika kita tergolong dalam 1% masyarakat yang bertuah, kita berhutang kepada 99% yang tak senasib dengan kita.”

Nasihat #16: Tak perlu jadikan pelaburan satu perkara yang sukar.

“Akan sentiasa ada perangai manusia yang suka buat perkara yang mudah menjadi sukar.”

Nasihat #17: Buat ramalan sendiri.

“Ramalan si peramal tak akan beritahu apa-apa tentang masa depan pelaburan kita.”

Nasihat #18: Latih diri untuk kata “tidak”.

“Beza orang yang berjaya dan tidak berjaya adalah mereka suka kata “tidak” kepada kebanyakan perkara.”

Nasihat #19: Sentiasa buat perkara yang kita suka.

“Dalam dunia perniagaan, orang yang berjaya adalah mereka yang cintakan apa yang mereka buat.”

Nasihat #20: TIndakan VS Hasil.

“Jika kita buat perkara yang sama berulang-kali, jangan sangka kita akan dapat hasil yang lain.”

Nasihat #21: Labur kepada syarikat yang anda kenal dan percaya.

“Seorang pelabur yang bagus perlu bijak buat keputusan yang sukar, walaupun sedang ditumbuk lebih 20 orang sekaligus.”

Nasihat #22: Belajar uruskan masa dengan baik.

“Kita mesti jaga pengurusan masa, dan ia agak sukar jika tak kata “tidak”. Jangan biarkan orang lain sibukkan diri mereka dalam agenda hidup kita.”

Nasihat #23: Pelabur hebat akan fokus pada satu jenis pelaburan sahaja.

“Mempelbagaikan pelaburan adalah perkara yang kurang bijak.

Ia tak akan membantu kita jika kita tak tahu apa yang kita lakukan.”

Nasihat #24: Sentiasa sambar peluang yang baik.

“Peluang yang baik jarang datang selalu. Bila hujan emas turun, sepatutnya sediakan baldi. Bukan sekadar cawan.”

Nasihat #25: Sejarah lalu bukan penentu masa depan.

“Jika sejarah menjadi keperluan dalam dunia kewangan, orang paling kaya di dunia sekarang adalah pustakawan.”

Nasihat #26: Pilih “hero” kita dengan bijak.

“Beritahu saya “hero” kamu, dan saya akan beritahu siapakah anda di masa hadapan.”

Nasihat #27: Buat pelaburan jangka masa panjang.

“Jika kita tak fikir untuk ada pelaburan untuk tempoh 10 tahun, jangan mimpi untuk memiliki pelaburan untuk tempoh 10 minit.”

Nasihat #28: Tak salah jadi tamak.

“Tidak buat perkara yang kita suka dengan alasan tamak, membuktikan kita tidak pandai uruskan kehidupan kita.”

Nasihat #29: Luangkan masa untuk tingkatkan diri sendiri.

“Pelaburan terbaik adalah melabur untuk diri kita sendiri.”

Korang dah habis baca?

Sekarang, korang tinggal nak amalkan apa yang korang dah baca.

Nasihat tok pula, ilmu yang tak amal, memang sampai ke sudah susah nak melekat kat diri kita. Kalau nak pandai cepat, lepas dah habis baca, amalkan cepat-cepat. Baru senang melekat.

Selagi ada usaha, tok pasti ada rezeki untuk kita semua. Harapan tok, korang jangan cepat putus asa. Yang pasti, tok sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *