PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Wanita ini berjaya beli rumah pada harga RM14K?

“Rumah sekarang mahal sangat. Gaji saya kecik, tak mampu nak beli. Elok lagi saya menyewa daripada beli.”

Alasan. Itu alasan yang selalu sangat Tok dengar.

Selain rumah subsale (second hand) dan undercon, korang pernah tak cuba beli rumah lelong?

Memang ada rumah yang korang boleh beli dengan harga hanya RM14,000!

Tak percaya? Jangan cakap Tok tipu korang pulak.

Jom baca dan hadam, macam mana Cikpuan Shariza Abd Latif ni mampu jadikan bidang lelong sebagai punca gaji ke-2.

Kalau Cikpuan ni boleh buat, korang pun pasti boleh. Tok yakin sangat dengan korang.

Main lelong, capital (modal) kena besar?

AA070417002 1

Cikpuan Shariza Abd Latif

Menurut Shariza, sebelum melabur kena ada ilmu. Kalau tak, saja-saja je duit korang terbang, rumah pun tak dapat.

Sebelum nak berjinak dengan lelong, pastilan korang ada capital (modal) besar. Sebab tu penting ada simpanan sejak dari awal kerja.

Kalau ikut pesanan Cikpuan Shariza Abd Latif, korang kena sediakan paling kurang 20% modal tunai sebelum beli rumah lelong.

“Kenapa 20%? Sebabnya rumah lelong ni anda kena sediakan 10% modal dalam bentuk bank draf,” katanya.

Banyak sangat 20% ni. Bukan ke biasanya kena sedia 10% saja?

Nak pergi bida rumah lelong, memang tak semudah yang kita sangka. Dan ni baru masuk bab modal. Korang jangan nak macam-macam pulak.

Dengar dulu. Kenapa perlu sedia 20% modal?

Selain deposit, korang perlu sedia Legal Fee (6%), MOT (6%), dan lain. Banyak lagi yang korang kena ambil kira.

Sediakan lebih pun takpe. Senang kalau ada benda lain yang perlu korang bayar. Risiko rumah lelong ni, kalau korang tak pandai bermain, memang akan terkena.

Cair aset untuk jadikan modal beli rumah lelong

Macam mana dia dapat modal untuk beli rumah sewa? Korang mesti ingat dia anak orang kaya atau gaji besar kan?.

Tak semudah yang korang sangka tau.

Shariza terpaksa refinance atau cagar semula rumah pertama yang dibelinya pada 2006. Dia cairkan aset yang ada untuk dijadikan modal beli rumah lelong.

“Rumah pertama (apartmen) saya dah habis bayar. Jadi lebih senang untuk kami buat refinance balik. Memang mulanya tak fikir nak melabur dalam hartanah. Tapi bila dah ada hutang, saya cari jalan nak bayar semula,” katanya.

Sebenarnya, Shariza ada syarikat sendiri dalam bidang mengecat kapal terbang.

Selepas peristiwa MH370 dan MH17, periuk nasinya terjejas dan tak banyak projek diterima. Dari situ dia mula cari pendapatan lain untuk tampung hutang yang ada.

Bermula dengan rumah lelong, dia berjaya membina cash flow sebanyak RM600 sebulan.

Jual rumah lepas beli?

Lepas dah dapat rentak, Cikpuan Shariza mula agresif memburu rumah lelong sehingga dapat membida 12 buah rumah dalam tempoh setahun.

Rumah yang dibelinya mulanya disewakan sekitar Subang. Kemudian dia mengguna kaedah flipping (jual semula) rumah yang dibeli.

“Rumah kos rendah di Selangor dan Kuala Lumpur kena simpan dulu. Saya tak boleh menjual kerana ada sekatan sehingga beberapa tahun. Kalau di Selangor perlu tunggu 5 tahun. Di KL pulak lagi lama, 10 tahun baru dapat jual balik.”

“Memang saya banyak tumpukan pada rumah kos rendah tapi sebab kena hold dulu saya kena tangguh niat tu. Lagipun, saya rasa sayang nak jual. Baik sewa dengan harga per bilik” katanya.

Katanya, rumah bukan kos rendah dapat jual balik selepas dibeli. Tempoh yang diambil selama 4 hingga 6 bulan untuk proses penukaran nama.

Rumah yang dibeli menerusi lelong sejak 2015, ada 18 buah semuanya. Kini dia berjaya menjual 6 buah dari jumlah itu.

Selebihnya, dia sewa dan dapat gaji kedua lebih dari gajinya sekarang.

Anda ada potensi rugi teruk kalau tak buat benda ini

Rumah lelong biasanya tak sempurna yang korang sangka.

Risiko rumah lelong korang akan dapat rumah buruk macam takde atap, bocor, dinding merekah, dan macam-macam lagi.

Bagi Tok, kalau korang tak survey lokasi rumah yang korang nak, baik jangan beli.

Nampak je murah, tapi keadaan rumah korang jangan main agak-agak je.  Ada juga yang tak pasal berumah tepi kubur atau rumah terbengkalai.

Kena tengok betul-betul dulu apa yang ada dekat situ.

Kalau rumah tu ada orang, minta izin dulu. Jangan nak main redah ja. Kalau yang takde penghuni, pusing-pusing dulu sekitar rumah.

Paling mudah, korang tanya jiran dan pengawal keselamatan. Mereka mesti tau sejarah rumah tu.

Pasaran Lembah Klang dah tepu?

Satu lagi, Cikpuan Shariza ada jugak berpesan. Kalau nak beli rumah lelong, jangan sekadar tumpu dekat area KL dan Selangor. Korang cuba luaskan sikit kawasan dan keluar dari Lembah Klang.

Ada banyak lagi kawasan yang berpotensi macam Perak, Negeri Sembilan, Johor dan banyak lagi.

Malah, Shariza dapat membida harga rumah RM14,000 di Ipoh, Perak dengan harga semasa RM55,000.

Wah, memang murah. Tapi jangan korang lupa. Rumah yang dibeli tu, perlu dibaiki terlebih dulu.

Kalau ikut standard cara flipping, korang beli, baiki, dan jual semula rumah tu pada harga bawah pasaran.

Jangan korang tamak, fikir pasal untung semata-mata.

Dah ada pembeli pun, korang dah untung banyak.

Lagi satu, dia pesan banyak lagi hartanah bawah RM100,000. Cuma, korang perlu rajin buat kajian dan bertanya.

Di sini Tok nak kongsikan macam mana proses pembelian rumah lelong step-by-step:

3 perkara penting anda wajib buat, sebelum beli mana-mana rumah lelong

1. Listing : Senaraikan rumah yang berpotensi

2. Filter (tapis) : Pilih kriteria yang korang nak seperti kawasan, jenis rumah dan harga (kelayakan loan).

3. Buat site visit :

  • tengok situasi dan kondisi rumah, cari sebarang kerosakan yang ada,
  • tanya jiran, berapa lama unit yang nak dibeli tu kosong (tak berpenghuni),
  • tengok bil penyelenggaran tertunggak, status strata, status kaveat, cukai tanah dan cukai pintu (kos tersembunyi yang korang perlu tanggung kalau berjaya beli).
  • pemaju atau owner bankrap,
  • check jika bil maitainance tinggi atau sebaliknya (kondo, flat, apartment).

Beli rumah lelong, memang boleh buat untung kalau korang tau nak buat macam mana. Tu sebab, wajib belajar apa yang patut dulu sebelum masuk dalam pasaran lelong.

Elakkan masuk pasaran lelong tanpa ilmu. Lelong, tak macam beli rumah undercon dan juga subsale. Banyak benda yang korang kena buat dan kaji.

Itu pun, kalau korang serius tak nak ‘terbalik’ la. Yang penting, Tok dah pesan awal-awal.

Tak yakin boleh beli rumah sebab bergaji bawah RM2,000?

Tok berani cakap macam ni kat korang:

“Dengan ilmu, duit tak banyak pun, korang boleh lepas beli rumah.”

Korang tak yakin boleh beli rumah sebab gaji tak banyak mana?

Korang ada peluang emas untuk dapatkan bantuan Tuan Faizul Ridzuan untuk beli rumah pertama tahun ni, walaupun gaji bawah RM2,000.

Kalau korang serius nak dibantu, daftar laju-laju dengan klik link (atau gambar) yang Tok kongsikan dekat bawah ni:

KLIK SINI UNTUK DAFTAR PROGRAM ‘JEJAK KASIH HARTANAH’ SEKARANG

Jejak Kasih Hartanah Sidebar 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *