PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 Langkah langsaikan hutang RM225,300. Lebih mengejutkan, wanita ini bakal mempunyai simpanan RM3,200 sebulan.

Agak lama Tok menyepi daripada berkongsi sesuatu yang bermanfaat mengenai ilmu pelaburan hartanah dan kewangan dalam blog ini.

Tapi kali ini, Tok kena sebarkan satu perkongsian manfaat daripada Zaidi Ismail.

Beliau ini, kalau anda semua tak hati kering dan tak sanggup kena libas untuk baiki kewangan, baik jangan baca status-status Facebook.

Namun, Tok suka cara dia berkongsi. Straight to the point.

Maklumat pendapatan dan beban kewangan wanita ini. Anda mungkin terkejut.

Ada seorang wanita yang minta bantuan daripadanya untuk memberikan tip bagi melangsaikan hutang sebanyak RM225,300, iaitu sekitar RM4,812 sebulan.

Ini maklumat kewangan beliau secara spesifik:

1) Berusia 45 tahun.

2) Pendapatan bersih: RM2,900.

3) Pencen penakat (SOCSO): RM1,200.

4), Duit belanja: RM400.

TOTAL: RM4,500.

Manakala maklumat hutangnya pula adalah seperti berikut:

1) Kad kredit Public Bank: RM3,000 (RM147 sebulan).

2) Kad kredit Standard Chartered: RM143,000 (RM760 sebulan).

3) Kad kredit Citibank: RM18,000 (RM1,000 sebulan).

4) Kereta: RM510 (1 tahun 3 bulan).

5) Rumah: RM150,000 (RM1,000 sebulan). Rumah atas loan suami. Bulanan saya bayar.

6) Insurans: RM300 sebulan.

7) Astro: RM145 sebulan.

8) Pinjaman peribadi RHB Easy: RM10,000 (RM300 sebulan).

9) Pinjaman ASB: RM30,000 (RM350 sebulan).

10) HP (Mungkin telefon): RM300.

TOTAL: RM225,300 (RM4,812).

5 Langkah selesaikan hutang untuk keluar daripada beban kewangan.

Berikut adalah jalan penyelesaian yang diberikan oleh saudara Zaidi Ismail untuk membantu wanita ini:

Langkah 1 – Dalam masa 3 bulan, selesaikan kad kredit Public Bank dan terminate.

Langkah 2 – Manakala 4 bulan kemudian, langsaikan hutang kereta.

Langkah 3 – Diikuti dengan pelangsaian hutang Easy RHB 4 bulan berikutnya.

Langkah 4 – Selesaikan hutang kad kredit Standard Chartered 3 bulan.

Langkah 5 – Akhir sekali, selesaikan hutang kad kredit Citibank dalam masa 2 bulan berikutnya.

Dua kesan ketara apabila semua hutang ini selesai.

Apa kesannya selepas semua hutang ini selesai dalam masa 16 bulan? Wanita ini akan mempunyai:

1) Simpanan sebanyak RM3,200 sebulan mulai bulan ke 17 dan seterusnya.

2) 3 tahun kemudian, beliau boleh langsaikan hutang rumah jika mahu.

Apa yang Tok belajar di sini, saudara Zaidi Ismail boleh menyediakan jalan penyelesaian yang berpandukan logik akal dan angka.

Tapi kalau tuan empunya diri masih banyak alasan, walaupun sudah disuap dengan jalan penyelesaian, maka sampai-bila pun hidup tak tenang kerana beban negatif terlalu banyak.

Kita patut berterima kasih kerana ada individu macam Zaidi Ismal ini yang sudi berkongsi ilmu kewangan untuk membantu orang ramai.

Perasan atau tidak, tuan zaidi ismail banyak menekankan tentang melangsaikan hutang kad kredit?

Photo by StockMonkeys.com cc

Photo by LendingMemo cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Sharifah Zuraida says:

    Lebih kurang macam saya saja..boleh saya dapat nasihat yang sama?