PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Ajar pasangan anda 7 ilmu kewangan ini sebelum kahwin

Kalau ada ilmu, korang boleh hidup dan survive di mana-mana celah pelusuk dunia. Setuju?

Dengan ilmu, baru kita boleh uruskan sesuatu perkara dengan efisyen. Dan ini termasuk dalam bab kewangan.

Hari ni, Tok nak sentuh tentang pengurusan kewangan bagi yang baru dirikan rumah tangga.

Apa yang penting, pengurusan kewangan lepas korang dah berkahwin tu. Bukan pasal berapa banyak yang korang kena habiskan masa bersanding jadi raja sehari.

Buat korang yang masih fresh mendirikan rumah tangga, hadamkan perkongsian sempoi Tuan Amir Syahir ni. In shaa Allah, kewangan korang lepas berkahwin akan terjaga rapi.

Pasangan boros sakan – Apa anda boleh buat?

Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Kalau pasangan kita gila modified kereta je memanjang, pasangan dia mesti bijak uruskan kewangan.

Kalau pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari lepas tu boleh lagi kata “takde baju nak pakai lagi,” pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu, untung lah. Rezeki tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

#1: Mulakan dengan yang mudah dulu untuk cipta minat

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya, RM600 dalam sebulan.

Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, mereka akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

#2: Satu tindakan yang jamin masa depan kewangan pasangan cerah

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja.

Contohnya gaji RM2,000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 dulu sebulan.

Kalau belanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula mudah ni:

Pendapatan – Simpanan = Belanja

#3: Tak semua benda kita boleh dapat segera

Kalau si dia menggelupur nak iPhone 7, korang banyakkan azan kat telinga dia.

Korang ingatkan, dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya bina tabiat delay gratification, iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Masa tu, baru beli. Banyak korang boleh jimat.

#4: Latih bina bajet dan tabiat berbelanja yang bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan.

Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong.

Buat senarai barang yang nak dibeli. Sambil buat pembelian terancang, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

#5: Keperluan VS Kehendak – Ada beza ke?

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel ke luar negara, ataupun lepak minum kopi level harga dewa-dewi.

Ramai pasangan tak tahu beza antara keperluan dengan kehendak. Yang ni, jadi tanggungjawab korang untuk sedarkan pasangan masing-masing.

#6: Perlu ajar tentang risiko kewangan kepada pasangan?

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Bagi kesedaran tentang kepentingan Takaful dan risiko pelaburan, tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau dah tau diri tu boros.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang, apa yang akan jadi.

Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang, apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

Semua ilmu ni dapat pastikan pasangan supaya lebih berhati-hati bila buat sesuatu tindakan.

#7: Tunggu apa lagi? Jom buat duit!

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang susah nak rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu akan datang. Nanti mula rasa sayang nak belanja sakan.

Boleh jugak kalau korang nak ajar pelaburan advance seperti hartanah atau yang lain.

Mana tau, dengan gabungan pasangan korang, untung jadi berlipat-ganda. Korang berdua dan anak-anak jugak yang merasa.

Satu ‘terkena,’ batang hidung si polan pun turut terasa

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga.

Jadi, sama-sama belajar suruskan kewangan yang lebih baik. Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali.

Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

Silakan SHARE kepada insan yang tersayang.

Takde orang boleh jangka apa yang akan jadi pada masa depan. Tapi sebelum apa-apa hal, lebih elok korang berdua sediakan diri dulu dengan apa yang patut.

Dah tentu yang paling penting adalah agama. Tapi, tak salah selitkan sekali dengan ilmu kewangan seperti ni.

Senang nak bina portfolio yang mantap tahap juta-juta kalau dua-dua bijak kewangan dan pelaburan. Takkan korang tak teringin?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *