“Bagi la saya beli kereta dulu. Dah penat belajar dan bekerja, kena la reward diri? Tak gitu?”
Baru graduate dan dapat kerja, dan keluar ayat-ayat macam tu daripada mulut korang? Boleh nampak dah masa depan kewangan korang ke mana.
Nak cipta alasan tu, cukup mudah. Semua orang boleh buat.
Nak bertindak tu yang jadi isu. Rumah makin mahal. Kalau korang tak beli awal, susah nak dapat harga yang ada sekarang ni.
Tak nak tergolong dalam kalangan yang rugi? Hadamkan sekarang perkongsian ilmu hari ni.
Terbahak kejap Tok bila baca pos Tuan Harith Faisal semalam. Dah la tengah makan masa tu.
Honda Type R memang tengah hangat diperkatakan. Dah la cun. Power pulak tu. Tengok horse power yang mereka claim, boleh kasi 3 series ‘makan asap.’
Nah, ni pos yang Tok maksudkan tu:
Tapi, tak pelik pun Honda keluarkan model Type R baru.
Yang pelik, ada jugak orang yang bergaji RM5,000 pakai Honda Civic. Walaupun bukan model Type R (yang harga lebih RM200,000++), harga tetap cecah ratus ribu Ringgit jugak.
Tau tak? Sebenarnya, korang layak beli rumah kalau korang mampu membeli kereta?
Ha, mai rapat. Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi nak mulakan cerita.
Kalau korang mampu beli kereta harga RM45,000, korang sebenarnya mampu beli sebuah rumah harga RM100,000.
Tengok contoh kiraan dekat bawah ni:
Ya. Dah tentu untuk beli rumah, korang kena menyimpan terlebih dulu untuk tanggung kos guaman, kos dokumentasi dan juga deposit.
Kalau bijak atau bernasib baik, boleh minimakan modal dengan membeli rumah tanpa deposit, atau dapatkan cashback untuk tampung sekali kos guaman dan dokumentasi.
Kebanyakan orang akan pilih untuk beli kereta dulu.
Dan kalau beli kereta harga RM100,000 (dengan anggaran ansuran bulanan RM1,200), mereka mungkin ada masalah untuk buat loan rumah walaupun pendapatan tinggi.
Ni sebab Debt Service Ratio (DSR) dah meningkat.
Katakan, gaji korang RM5,000 sebulan:
Bank mungkin ambil kira NDI (Net Disposable Income) sebanyak RM1,000 hingga RM1,500.
Kalau had maksimum DSR yang bank tetapkan sebanyak 60%:
Dengan RM300, korang hanya layak beli rumah berharga RM60,000 je. Padahal, korang layak dapatkan pinjaman lebih daripada tu.
Masih ada rumah kos medium pada harga RM60,000. Cuma, susah sikit nak cari berbanding rumah harga RM100,000 yang ramai orang kata ‘mustahil nak cari.’
Nota penting: Lain bank, lain polisi pengiraan. Ini sebagai contoh konsep kiraan je.
Tak salah pun nak beli kereta dulu untuk tujuan keperluan. Lebih-lebih lagi golongan wanita kat luar sana.
Cuma, ramai yang beli kereta yang salah sebab terlampau ikut kemahuan.
Bawah ni ada 2 formula kira harga kereta yang sesuai dengan gaji korang:
Gaji bulanan korang, darabkan dengan 12. Jumlah yang korang dapat tu adalah harga kereta yang korang layak beli.
Contohnya:
Dengan harga ni, korang boleh je beli kereta macam Perodua Axia atau Proton Saga.
Kalau gaji RM1,500 sebulan pulak:
Boleh je dapat kereta second hand dengan harga ni. Yang ni, boleh tanya orang yang pernah beli kereta terpakai. Belajar daripada pengalaman mereka.
Semua ni hanya cadangan dan pandangan saya semata-mata. Nak beli yang mana satu dulu, ikut kesesuaian dan kekuatan kewangan masing-masing.
Harga pun, tanya la kemampuan dan keperluan korang dulu. Saya cuma bagi idea je.
Mungkin lepas ni, akan ada yang pertikaikan. Tak aci buat perbandingan macam ni sebab ‘tempoh pembiayaan rumah 35 tahun, tapi kereta hanya 9 tahun.’
Nak kena buat pos bandingkan tempoh pembiayaan pulak ke?
Nilai kereta semakin lama, semakin menurun. Nilai rumah pulak? Hang fikir la sendiri.
—
Tok tak senang hati tengok orang muda senang tewas dengan dorongan hawa nafsu. Fikirkan dulu masa depan korang sebelum apa-apa.
Lagi satu, korang muda lagi. Selagi hayat dikandung badan, settle-kan perkara yang penting terlebih dulu. Dah selesa nanti, pakai la apa yang korang nak pakai.
Yang penting, korang survive dulu (sambil ulang lirik lagu ‘I Will Survive – Cake’ dalam kepala).
Rumah second hand memang boleh buat duit semasa korang membeli. Janji korang tau nak buat macam mana.
Dah la dapat balik duit down payment. Dapat cashback sampai RM20,000 pulak tu.
Korang boleh belajar teknik ni secara terus daripada 16 pelabur hartanah otai ni. Klik link bawah ni sekarang: