PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Aku tak mampu bayar ansuran bulanan. Kena jual rumah ke?”

Kita takkkan pernah tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Betul?

Mungkin sekarang, kita mampu bayar ansuran rumah. Tapi, ada kemungkinan jugak duit banyak guna untuk perkara lain, boleh jadi tak mampu nanti.

Apa nak buat bila masalah macam ni berlaku?

Janji korang sediakan diri dengan ilmu, senang-senang je korang settle-kan masalah ni. Dan yang paling best, tak payah pun pinjam duit orang lain.

Korang tahu tak, KWSP boleh bayarkan ansuran bulanan rumah korang secara online?

Nasib baik teknologi ada. Bertambah senang kerja anda

Sekarang ni, korang dah boleh buat pengeluaran dalam KWSP Akaun 2 secara online je. Bertambah-tambah senang kerja kita.

Tapi, hanya sebahagian je proses permohonan yang boleh dibuat secara online. Untuk pengesahan cap jari, korang kena datang jugak ke kaunter KWSP.

Apa-apa pun, ini dapat mudahkan sedikit sebanyak kerja korang sebab tak perlu nak isi borang dekat kaunter. Korang boleh jimatkan banyak masa.

Korang boleh keluarkan duit dalam KWSP Akaun 2 untuk tujuan:

  • Selesaikan baki pinjaman perumahan,
  • Nak beli atau bina rumah,
  • Bayar ansuran bulanan pinjaman rumah,
  • Bayar Yuran Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara,
  • Langsaikan baki pinjaman pendidikan di Institusi Pemberi Pinjaman (IPP) dalam negara.

Siapa je yang layak memohon?

Untuk tujuan beli (atau membina) rumah dan kurangkan (atau langsaikan) baki pinjaman rumah:

  • Warganegara Malaysia,
  • Umur semasa memohon belum mencapai 55 tahun,
  • Simpanan dalam Akaun 2 kena ada RM500.

Untuk tujuan membayar ansuran bulanan pinjaman rumah pulak:

  • Warganegara Malaysia,
  • Belum mencapai umur 54 tahun 6 bulan semasa memohon,
  • Minimum RM600.

“Ada tak syarat-syarat yang saya perlu ambil tahu?”

  • Syarat kelayakan untuk pengeluaran perumahan sedia ada masih terpakai. Korang boleh rujuk balik dengan klik sini,
  • Ada i-Akaun,
  • Mempunyai baki pinjaman perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman yang sertai e-Pengeluaran.
  • Untuk tujuan kelulusan, korang kena buat pengesahan cap ibu jadi dekat kaunter KWSP,
  • Bayaran pengeluaran secara pengkreditan terus ke Akaun Simpanan (atau Akaun Semasa), atau Akaun Pinjaman Perumahan.

Nota: Kalau korang tak dapat penuhi syarat-syarat ni, boleh je buat permohonan dengan cara biasa dekat kaunter KWSP atau secara pos.

Macam mana nak buat permohonan?

Korang hanya perlu ikut 5 langkah dekat bawah ni:

Langkah #1: Dapatkan dulu kod pengaktifan

Korang boleh pergi ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan, dan dapatkan kod pengaktifan i-Akaun.

Kalau jauh sangat dengan tempat korang, boleh je dapatkan kod ni dengan hubungi Pusat Pengurusan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Langkah #2: Dah dapat kod? Buat langkah ini pula

Dengan bantuan pakcik Google, korang layari laman web KWSP dan klik pada “Pengaktifan i-Akaun.” Masukkan kod yang korang dapat tu untuk aktifkan i-Akaun korang.

Korang kena aktifkan i-Akaun ni dalam tempoh 30 hari lepas dah dapat kod pengaktifan.

Apa kata dapat je kod tu, terus aktifkan. Kerja senang je pun, kan?

Langkah #3: Aktifkan TAC anda pula

Korang boleh aktifkan TAC dengan daftarka nombor telefon dekat kiosk atau kaunter KWSP terdekat. Boleh jugak kalau nak call Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Tujuan TAC ni adalah supaya korang boleh buat urusan transaksi guna i-Akaun dengan selamat.

Langkah #4: Anda nak memohon yang mana satu?

Klik dekat “Permohonan Baru” dan isi segala maklumat yang diperlukan.

Duit Kertas 10.2.17 1

Sumber gambar: Duit Kertas

Lepas tu, korang akan terima SMS pengesahan. Yang ni, korang boleh terus pergi ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pengesahan cap ibu jari.

Lepas permohonan korang diluluskan, KWSP akan kreditkan bayaran terus ke akaun simpanan korang.

Langkah #5: Semak sama ada dah masuk duit atau belum

Yang ni pulak, korang boleh semak Akaun Simpanan (atau Akaun Semasa), atau Akaun Pinjaman Perumahan untuk tengok sebarang aktiviti pengkreditan bayaran.

Semua bank buat servis kurangkan baki pinjaman perumahan ke?

Tak semua bank buat. Ada beberapa je yang buat. Korang boleh rujuk senarai bank dekat bawah ni:

  • Ambank,
  • Bank Islam,
  • Bank Simpanan Nasional,
  • CIMB Bank,
  • Maybank,
  • OCBC Bank,
  • RHB Bank,
  • UOB Bank.
Nota: Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke pejabat KWSP terdekat, layari http://enquiry.kwsp.gov.my (klik link ini), atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP, 03 – 8922 6000.

Bayangkan. Ada orang yang dah kerja dan beli rumah bertahun-tahun, tapi tak tau benda ni wujud.

Benda ni boleh membantu korang. Lagi-lagi kalau tengah ada masalah kewangan atau takde sumber pendapatan untuk satu jangka masa.

Paling kurang, ada back up yang boleh tolong bayar loan rumah sampai korang dapat kerja baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *