Apa perkara yang wajib korang buat sebelum beli rumah?
Dah tentu kena tahu dulu berapa banyak yang layak korang pinjam daripada bank.
Benda ni akan senangkan kerja memilih rumah yang ngam dengan pendapatan dan kapasiti kewangan korang.
Pada masa yang sama, peluang loan rumah untuk lulus juga akan jadi lebih tinggi.
Banyak yang korang akan belajar daripada perkongsian Tuan Harith Faisal yang ini. Mudah-mudahan, bertambah senang untuk korang beli rumah lagi dan lagi.
Abu: “Dah lama aku survey rumah area sana. Ada satu unit ni, harga RM300,000. Cantik. Owner nak jual cepat. Okay tak kalau aku beli?
Ali: “Kau dah kira kelayakan untuk buat pinjaman bank ke belum?”
Abu: “Belum. Tapi kawan ofis aku gaji sama macam aku je. Boleh je dia beli rumah harga macam tu. Takkan aku punya tak lepas, kan?”
Ali: “Belum tentu lagi bro. Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga yang sama. Bergantung jugak kat komitmen masing-masing.”
Abu: *Krik krik krik
Ramai yang saya perasan macam ni.
Dah plan nak beli rumah dan dah siap cari pun, tapi diri sendiri langsung tak tau kelayakan untuk meminjam daripada bank.
Jangan korang buang masa berbulan cari rumah harga RM300,000. Tapi hakikatnya, rumah RM200,000 pun belum tentu korang lepas.
Untuk jimatkan masa, saya kongsikan kiraan asas harga rumah yang layak korang beli.
Contoh kiraan ni seperti kat bawah:
Contoh ni, saya gunakan DSR Masksimum untuk Gaji Bersih sebanyak RM2,300 daripada bank CIMB.
DSR maksimum yang CIMB benarkan adalah 60%. Lain bank, lain kadar DSR Maksimum.
Dan katakan pulak, korang ada komitmen lain seperti ansuran kereta sebanyak RM400.
Baki monthly repayment yang korang layak dapat adalah:
Kita ambil balik contoh dekat atas tadi (RM980).
Gunakan kiraan ni:
Dah tau korang layak dapat loan sampai RM196,000 je. Tak payah la menggatal cari rumah harga sampai RM500,000. Memang tak dapat nak tolong.
Bawah ni pulak saya selitkan maklumat ekstra untuk korang. Cuma, mungkin maklumat ni tak 100% tepat dan mungkin dah di-update.
Tapi korang boleh je gunakan ni sebagai guideline untuk kira berapa yang korang layak.
DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Korang boleh walk-in ke bank dan minta nasihat pegawai kat sana untuk kiraan yang lebih tepat.
Sekarang, dah boleh fikir macam mana kawan Abu beli rumah RM300,000, tapi gaji sama je macam Abu? Ha, pandai-pandai la korang cari jawapan. Haha.
#harithfaisal
—
Kalau amal ilmu ni, In Shaa Allah memang senang-senang je bank approve-kan permohonan loan korang. Sebab mereka tau korang mampu bayar balik.
Yang lain-lain tu, pandai-pandai la jaga. CCRIS dan CTOS kasi cun-melecun. Jangan buat-buat tak tau pulak ye.
Jaga baik-baik apa yang perlu. Semua yang korang buat hari ni akan beri kesan pada masa depan korang. Nah, Tok pesan siap-siap.
–
Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda. Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.
i. Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaan
ii. Beli tak lebih harga yang sepatutnya
iii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.
“Tapi Tok, saya tak tahu macam mana nak cari rumah yang ada 3 kriteria ni.”
Berita baik! Tok ada tawaran khas untuk anda. Kalau anda mencari rumah yang selamat untuk dibeli, boleh klik gambar di bawah dan isikan maklumat anda. Team GilaHartanah akan hubungi anda secepat mungkin.