Kalau boleh, semua orang nak letak kadar sewa yang maksimum.
Korang pasti nak jana untung sebanyak mungkin. Kalau tak, buat rugi je melabur dalam hartanah.
Dan pasti ramai yang nak tahu cara untuk tingkatkan kadar sewa, dan pada masa yang sama, tambah nilai di mata penyewa dengan kadar segera.
Tapi, macam mana nak buat semua ini?
Tok nak korang hadamkan perkongsian ilmu yang Andrew Syrios kongsikan dekat blog BiggerPockets. Korang pasti dapat gandakan untung sewa dengan 5 tip ini.
Seseorang akan mengambil masa selama 7 saat untuk membuat sesuatu keputusan pembelian.
Ini bukan Tok sendiri yang cakap tau. Korang boleh baca artikel ni kalau nak tahu lebih lanjut.
Kalau nak Tok sebut dalam bahasa mudah, korang takde banyak masa untuk membuat first impression yang berimpak tinggi.
Dan perkara ini juga sama dengan kadar sewa korang tu.
Dengan menukar atau betulkan perkara-perkara kecil seperti cat rumah, potong rumput yang dah meninggi, atau sekadar tukar tingkap yang dah barai, boleh tingkatkan sedikit sebanyak kadar sewaan korang.
Korang boleh lihat perbezaan ketara 2 rumah yang sama ini. Gambar #1 tunjukkan rumah yang dibeli dalam keadaan asal:
Gambar #2 pula adalah rupa rumah sewa yang dah diubahsuai. Kos untuk buat semua ini tak makan modal yang besar.
Tapi dengan ubah suai yang tak seberapa ni, kita boleh letakkan kadar sewa yang tinggi dan juga senang sewakan rumah itu dengan cepat.
Selalu saya dengar orang pesan perkara ini bila nak dapatkan penyewa:
“Kau letak je papan tanda “rumah untuk disewa” kat depan rumah tu. Mesti ada orang call kau nanti.”
Kalau korang nak tahu, ini cara yang salah.
Adik penulis (merangkap pengurus hartanah beliau) kongsikan pandangan tentang perkara ni:
“Usaha korang akan tentukan kejayaan korang menjual rumah tu. Lebih baik korang iklankan dekat platform online berbanding offline.”
“Kalau kurang prospek, bermakna kita akan kekurangan permintaan. Dan bila bekalan (supply) pun berkurang, kita terpaksa turunkan harga sewa.”
Tu dia penjelasan dari sudut asas ekonomi untuk korang.
Tambahan pula, korang mesti kena sediakan gambar yang berkualiti tinggi. Tak rugi kalau korang laburkan duit untuk dapatkan kamera yang bagus.
Korang boleh tengok beza yang ketara antara 2 gambar kat bawah ni. Gambar #1 diambil gunakan kamera smartphone.
Dan gambar #2 pula gunakan kamera yang berkualiti.
Mana satu gambar yang menarik pada pandangan korang?
Saya nak kongsi sikit pasal teknik mengambil gambar. Kalau boleh, elakkan ambil gambar depan rumah. Gambar macam ni menunjukkan rumah tu nampak kecil.
Ambil gambar rumah korang dengan sedikit sudut (angle). Agak-agak dalam 30 darjah daripada sudut tepi rumah. Tengok contoh gambar kat bawah ni:
Mesti korang dah biasa dengar pesanan ini.
Perkara wajib yang korang kena buat sebelum bagi orang datang viewing adalah bersihkan rumah yang korang nak sewakan tu.
Tapi, jangan kita lupakan perkara lain pulak, seperti menyelak kain langsir tingkap tu, dan biarkan cahaya luar menghuni kawasan sekitar dalam rumah.
Bilik dalam rumah korang akan nampak lebih kecil kalau takde pencahayaan yang baik.
Pelawat juga akan rasa seperti tak dialu-alukan.
Untuk bab bau dalam rumah pula, gunakan penyegar udara supaya pengunjung terasa nyaman.
Kenapa saya pentingkan perkara ni?
Laman web Fifth Sense ada menyentuh perkara ini:
“Deria bau berkait rapat dengan memori, mungkin ayng baik kalau kita bandingkan dengan deria lain.”
Dalam kata lain, kalau rumah korang berbau harum dan nyaman, ada potensi tinggi yang rumah korang akan dipilih oleh prospek yang datang melawat.
Saya siap pernah dengar. Ada tuan rumah siap sediakan biskut sebelum prospek datang. Jangan ingat bau yang sedap ni tak bagi impak yang besar kat emosi mereka ya.
Kalau korang jangkakan prospek yang datang akan terus berminat nak beli rumah, ini adalah satu tanggapan yang akan makan diri korang.
Ada 3 cara gempak untuk menjual rumah dengan mudah kepada prospek:
Kalau korang sendiri yang buat “rumah terbuka” (viewing) tu, atau upah orang lain tolong uruskan, Tok suggest korang (dan orang yang korang upah tu) amalkan 2 nasihat pertama tadi.
Dan dah tentu lebih bagus kalau korang amalkan sekali nasihat nombor 3 tu jugak.
Tok kongsikan satu basic principal (prinsip asal) yang penting ni kat korang.
Kalau apartmen yang korang beli tu takde kadar occupancy (kadar penghunian) yang memberansangkan, jangan sekali-kali cuba letak kadar sewa yang tinggi ikut suka hati korang.
Lain cerita pulak kalau ada occupancy rate yang cantik. Kalau occupancy rate sekitar 90 hingga 95%, korang boleh jadikan fakta ini sebagai lesen untuk letak kadar sewaan yang tinggi.
Cadangan penulis adalah, mula tetapkan kadar sewa pada harga yang tinggi dan bukan tetapkan kadar ini pada kadar pemulaan yang rendah.
Bila kita dah tetapkan kadar sewa pada harga yang rendah, susah untuk kita ubah kadar ini mengikut situasi semasa (walaupun rumah tu boleh dapatkan kadar sewa yang tinggi berbanding yang sedia ada).
Kalau korang dah pernah menyewa kat satu tempat pada kadar RM1,000 sebulan, tapi sewa tiba-tiba naik jadi RM1,300, korang suka ke?
Mesti korang pun menyirap punya.
Berbeza pulak kalau korang dah siap-siap tetapkan kadar sewa pada harga yang tinggi, korang boleh rendahkan kadar sewa mengikut kesesuaian, tanpa perlu
Bila dah letakkan kadar sewaan yang tinggi tapi takde orang call langsung, bermakna kadar sewa tu terlampau tinggi. Dari situ, kita boleh adjust harga sampai ada orang call kita dan tanya.
Dan kita takde masalah untuk rendahkan kadar ni pada bila-bila masa.
—
In Shaa Allah. Kalau korang buat tip ni, boleh jadi selesai masalah pening kepala korang tu dalam bab nak tetapkan kadar sewa.
Senang je kalau kita dah tahu cara, kan?
Tok tak nak korang berlengah lagi. Terus buat apa yang korang dah belajar tadi.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.