PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Capai matlamat pelaburan hartanah, dan buat untung paling kurang 1 kali ganda dengan strategi ini

Sebelum mencapai sebarang matlamat, kenalah tetapkan matlamat yang kita nak capai dulu. Ini adalah asas yang semua orang patut buat.

Ramai juga yang tanya kat Tok. Ada tak strategi yang boleh bantu mencapai matlamat pelaburan yang kita harapkan?

Kalau korang serius nak jana untung dengan pelaburan hartanah, Tok sarankan baca perkongsian Tuan BK Khoo ni sekarang. Semoga ia bermanfaat.

Matlamat sebagai penyuluh kejayaan

Matlamat adalah hasil yang kita nak dapatkan. Ia adalah cita-cita dan bukan sekadar angan-angan.

Kita benar-benar nak capai perkara ini, walaupun ada macam-macam halangan yang mendatang.

Dalam usaha mencapai sesebuah matlamat, bagus untuk kita merangka strategi yang membantu untuk kita gunakan secara praktikal.

Dan salah satu strategi terbaik yang boleh kita guna adalah strategi S.M.A.R.T.

Ini adalah konsep MBO (Management by Objective) yang dipopularkan Peter Drucker sekitar tahun 1950-an.

Ramai yang ingat, strategi macam ini hanya boleh digunakan oleh syarikat atau organisasi besar yang dah establish.

Kalau korang nak tahu, ia juga sesuai untuk kita gunakan dalam mencapai matlamat personal.

Ada 5 kunci komponen utama dalam strategi ini:

  • S – Specific (Spesifik),
  • M – Measurable (Boleh diukur),
  • A – Actionable (Praktikal),
  • R – Realistic (Bersifat realistik),
  • T – Time-bound (Tempoh masa).

Jom kita selami setiap satu poin kat atas ni:

#1: Tetapkan matlamat anda secara spesifik

  • Dialog A: “Aku nak beli sebiji rumah tahun ini.”
  • Dialog B: “Aku harap aku dapat beli sebiji rumah tahun ini.”

Apa perbezaan yang korang nampak kat 2 dialog atas ni?

Ya, ada beza kalau sekadar mengharap dan betul-betul nak mencapai sesebuah matlamat yang kita dah tetapkan.

Nak tetapkan matlamat, kenalah spesifik. Lagi spesifik, lagi bagus. Bukan sedar mengharap saja.

Lain tindakan kita kalau sekadar mengharap berbanding menetapkan matlamat secara spesifik.

Korang boleh buat perkara ni dengan menulis matlamat korang terlebih dulu. Matlamat itu, tulis secara terperinci kat atas kertas (dalam diari atau buku nota korang).

Kajian Prof. Dr.Gail kat Dominican University ada buktikan, yang matlamat bertulis lebih mudah dicapai berbanding mereka yang tak tulis.

Jadi, sentiasa tulis matlamat sebelum apa-apa hal. Catat segala maklumat penting yang berkaitan seperti:

  • jenis rumah yang korang nak beli (banglo, apartmen, shoplot atau lain-lain),
  • harga pasaran semasa dan harga jualan rumah yang korang nak beli,
  • keluasan rumah (kaki persegi),
  • lokasi rumah,
  • prospek sewaan, dan sebagainya.

Ingat tau. Lagi spesifik korang boleh tulis, lagi bagus.

#2: Pastikan matlamat anda boleh diukur

Yang ke-2 pula, kita mesti berupaya mengukur matlamat supaya boleh kita wujudkan rangka kerja atau pelan tindakan yang sesuai.

Tanpa rangka kerja (atau pelan tindakan) yang bagus, ia akan pengaruhi tempoh masa kita mencapai sesuatu matlamat. Boleh jadi, ia akan jadi lebih lambat berbanding biasa.

Bergantung kat matlamat masing-masing, korang boleh mula merancang dengan menilai apa yang ada kat tangan korang sekarang.

Gunakan segala fakta atau angka-angka yang korang tahu.

Contohnya, berapa banyak simpanan korang sehingga hari ni? Atau, apakah pendapatan tahunan korang sekarang?

Dari sini, korang boleh ukur jangka masa sesebuah matlamat yang dah ditetapkan.

Baru boleh korang tetapkan matlamat untuk capai pendapan tahunan baru, atau tingkatkan simpanan pada masa depan.

Kalau tak ada ukuran seperti ni, boleh jadi korang akan bertindak membabi buta tanpa arah tuju yang betul.

Pendek kata, be logical.

#3: Wujudkan pelan tindakan yang praktikal

Kalau tak bertindak, sampai bila-bila pun matlamat kita tak akan tercapai.

Dan untuk dapatkan perkara ini, korang perlukan pelan tindakan secepat mungkin.

Pelan tindakan akan membantu korang menggambarkan dengan jelas setiap langkah-langkah yang perlu diambil.

Ini akan bantu kurangkan sebarang kesilapan dalam perjalanan mencapai matlamat yang korang dah tetapkan.

Yang paling penting adalah langkah pertama yang perlu korang buat. Kalau tak ada ni, sampai bila pun kita tak akan bergerak menuju matlamat.

#4: Ia mesti bersifat realistik

Sentiasa agresif dalam mencapai matlamat korang adalah satu tindakan yang bagus. Dah tentu perkara ini akan menguji limit korang.

Tapi, tak guna juga kalau matlamat tu tak logik untuk dicapai.

Belajar fahamkan perbezaan antara perkara mustahil dengan yang tak mustahil. Biasanya, orang akan menganggap ia adalah satu perkara yang sama, padahal ia cukup berbeza.

Contohnya, boleh tak korang kumpul duit deposit RM30,000 dalam masa 1 bulan?

Mungkin ada yang boleh capai matlamat ini, dan ada sesetengah orang tak. Ia juga bergantung kat keupayaan dan kapasiti diri masing-masing.

#5: Tetapkan satu tempoh masa yang logik

Dan akhir sekali, pastikan matlamat korang ni ada deadline.

Ini supaya korang sentiasa berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai matlamat yang dah ditetapkan. Kalau tak ada deadline, matlamat korang tak akan mempunyai apa-apa makna.

Fungsi deadline adalah untuk buatkan korang terikat dengan masa untuk mencapai matlamat.

Tak salah untuk anggap deadline bagaikan pembekal tenaga, yang membantu korang sentiasa bergerak ke depan.

Selain itu, deadline juga bantu korang mengira berapa banyak masa dan tenaga yang perlu korang laburkan untuk mencapai sesebuah matlamat.

Tak bermakna bila dah tetapkan matlamat, ia akan menjamin kejayaan. Yang pasti, korang lebih senang gagal kalau tak tetapkan sebarang matlamat.

Bila cukup jelas dengan matlamat yang nak dicapai, korang tak akan tersasar jauh dan sentiasa ada kat landasan yang betul.

Tok yakin. Korang akan dapat juga mencapai matlamat yang korang impikan satu hari nanti. Kalau nak cepat, amalkan ilmu yang Tok kongsikan ni tau.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *