Pemaju projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) telah bekerjasama dengan syarikat hartanah Jepun, Mitsui Fudosan Asia, untuk membuka pusat membeli-belah baru di tapak bekas penjara Pudu.
Projek ini mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.6 bilion.
Mitsui Fudosan Asia akan mempunyai pegangan 50% dalam syarikat usaha sama (JV).
Manakala, baki 50% akan dimiliki oleh pemegang saham BBCC Development Sdn. Bhd., iaitu UDA Holdings Bhd, Eco World Development Group Bhd, dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Pusat membeli-belah The Mitsui Shopping Part Lalaport akan mempunyai kawasan binaan seluas 1.4 juta kaki persegi bila siap nanti, dan akan dilancarkan pada bulan Januari.
Pembinaan pusat membeli-belah runcit dijangka siap dalam masa 4 1/2 tahun.
“JV bersama Mitsui Fudosan Asia ini mengguna pakai model perkongsian-untuk-pertumbuhan (partnership-for-growth) untuk membangunkan projek ikonik ini ke satu tahap lagi.”
“Komitmen daripada pemaju bertaraf dunia seperti Mitsui Fudosan Asia untuk menerajui tawaran runcit di BBCC, akan memastikan pusat membeli-belah ini mempunyai kecemerlangan yang setanding.”
“Ini bukan saja dari segi reka bentuk, tetapi juga dalam percampuran penyewa dan juga pengurusan yang standard,” kata pengerusi World Development Eco Group, Tan Sri Liew Kee Sin pada majlis menandatangani perjanjian JV di sini.
Mitsui Shopping Park LaLaport bersedia untuk menjadi pusat tarikan baru untuk warga KL dan pelancong, dengan ruang niaga dalaman serta gaya hidup yang menampilkan jenama mewah, restoran dan kafe.
Di samping itu, akan ada sebuah taman landskap seluas empat ekar di atas bumbung pusat membeli-belah.
Terdapat juga ruang runcit dan komersil di BBCC yang digelar sebagai Grand Bazaar Malaysia, yang mempamerkan produk Malaysia, kraftangan, dan cenderamata.
Selaras dengan membuat BBCC sebagai tarikan pelancong baru, akan ada kemudahan fasiliti seperti tempat letak kereta “coach” untuk menampung sehingga 40 unit.
Pusat membeli-belah ini juga boleh diakses dengan 3 terowong yang membawa pembeli terus ke tempat letak kereta bawah tanah, sebanyak 2,400 petak.
Terowong ini terletak di Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Galloway.
Mitsui Fudosan Asia adalah konglomerat hartanah Jepun yang terbesar dan terlibat dalam pembangunan hartanah perumahan, bangunan pejabat, pusat membeli-belah, hotel, sukan, dan kemudahan rekreasi serta kemudahan resort.
Kumpulan itu menguruskan lebih 100 hartanah runcit di Jepun dan luar negara.
Dengan lebih 3 dekad pengalaman dalam operasi pusat membeli-belah, MItsui Fudosan Asia mempunyai pengalaman yang luas dalam reka bentuk pusat membeli-belah, pengurusan dan kemahiran dari segi operasi, serta hubungan yang kukuh dengan rangkaian besar peruncit Jepun dan juga antarabangsa.
[Sumber berita asal: The Star Online]