Apa cara terbaik untuk mengurus kewangan pada pendapat korang?
Pada Tok, yang penting adalah cara kita mengawal perbelanjaan.
Kalau awal-awal lagi bab ni dah kantoi, takde orang lain boleh tolong.
Tok ada baca nukilan Tuan Raisul Fadhia Safiruddin kat dinding Facebook beliau pasal topik ni.
Korang pasti dapat banyak manfaat selepas baca perkongsian ini. Tok gerenti.
Setiap kali pergi kerja dari Nilai ke Bangi, saya akan jumpa papan iklan Mr. DIY ni (rujuk gambar kat atas tadi) selepas laluan nak masuk ke tol Elite.
Bagus nasihat ni. Saya suka.
Antara penjimatan yang kita boleh buat bila berbelanja adalah seperti berikut:
Makan itu keperluan asas.
Tapi makan kat KFC, Domino Pizza atau Secret Recipe itu kehendak.
Kalaupun mampu, sebulan sekali cukuplah. Ini setiap kali weekend nak makan sedap je. Padan pun simpanan selalu kering kontang.
Walaupun mampu beli tudung branded, beli je kat kawan-kawan yang ada jual tudung atau shawl.
Kan dapat jimat puluh-puluh RM, di samping support bisnes kawan sendiri.
Sambil menyelam, minum air. Lagi untung kalau dapat diskaun lebih. Kawan, kan?
Bila nak keluar untuk berbelanja, senaraikan dulu apa yang nak dibeli.
Rancang dan tulis siap-siap nak beli apa. Hanya beli barang yang ditulis saja.
Nak keluar shopping tu, perut jangan dalam keadaan lapar, supaya nafsu makan tak mempengaruhi nafsu belanja.
Kalau ada peruntukan makan RM400 sebulan, bahagikan RM100 seminggu.
Kalau tak cukup juga, jangan usik bajet minggu depan atau korek simpanan.
Cuba latih diri puasa sunat, terutamanya bagi orang bujang.
Setiap produk ada banyak pilihan.
Contohnya sekarang saya dah ganti Nutella (harga sekitar RM12 hingga RM15 sebotol) dengan Delfi (harga RM8 hingga RM9 sebotol). Beli kat 99 Speedmart.
Kalau beza berat/kuantiti, tekan kalkulator kat smartphone, kira harga tiap gram/unit jatuh berapa sen dan pilih yang paling murah.
Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama, kan?
Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus.
Kaedah ini juga terpakai untuk susu dan lampin anak. Kadang-kadang saya compare beberapa jenama kat 3 hingga 4 tempat.
Tapi takdelah sampai saya jalan ke 3 hingga 4 tempat tu. Katalog yang dapat dalam peti surat tu kan ada?
Ikutkan hati, semua benda kita nak beli, kan?
Sabar. Utamakan yang utama, dahulukan keperluan, kemudiankan kehendak.
Mana yang ada, guna sampai habis, pakai sampai rosak.
Contohnya pakaian anak, abang/kakak punya boleh turunkan kat adik. Contoh lainnya, smartphone. Nak baiki atau beli baru? Saya dah pernah tulis dulu (klik sini untuk baca).
Ini adalah salah satu rahsia kenapa orang kaya kekal dan tambah kaya.
Ramai orang kaya memilih cara hidup sederhana (mengikut standard mereka masing-masing).
Malangnya kita, dah lah susah, suka pula hidup mewah. Sebab itulah tak kaya-kaya dan ramai kena tipu dengan skim cepat kaya.
Akhir kata, keadaan kewangan kita sekarang adalah kesan perbuatan kita 3, 5 dan 10 tahun lepas.
Dan keadaan kewangan kita 3, 5 dan 10 tahun akan datang adalah kesan tindakan kita hari ini.
Menyalahkan keadaan dan orang lain tak banyak membantu. Tambah ilmu dan mula bertindak. Tanpa tapi, tanpa nanti.
Kalau korang berminat nak baca lebih banyak ilmu, pengalaman dan tip berkaitan kewangan, boleh klik sini ya.
Syabas dan tahniah sebab sanggup baca sampai habis. Macam mana saya nak tahu korang baca sampai habis? Mohon share artikel ni dengan kawan-kawan.
—
Ramai yang kecundang dengan gaya hidup orang bandar. Motto “biar papa, asalkan bergaya” jadi pegangan hidup.
Tapi, sampai bila korang sanggup jadi macam ni?
Soalan ni, Tok biarkan korang jawab. Selamat beramal dengan perkongsian ilmu ni ya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]