Pasti ada sebab kalau kewangan kita bertukar jadi haru-biru.
Takkan la sang pokok bergoyang kalau takde angin membadai, kan?
Yang terbaik untuk elakkan masalah, adalah kenal pasti dulu apa masalah itu. Dan perkara yang sama juga applicable dalam konteks pengurusan kewangan.
Nak tahu apa yang korang tak patut buat?
Lepas habis baca perkongsian sifu Zaidi Ismail ni, Tok harap korang tak ulang buat “dosa” ni lagi.
Pendapatan tolak belanja. Bakinya, baru korang nak simpan.
Walhal, sepatutnya pendapatan patut ditolak awal-awal dengan simpanan. Barulah bakinya dibuat belanja.
Korang rasa perlu beli motosikal atau kereta.
Sedangkan apa yang korang perlukan adalah pengangkutan untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B.
Pengangkutan tak semestinya perlu dibeli, atau perlu berhutang untuk membelinya.
Korang rasa menyewa itu membazir, dan membeli rumah untuk tinggal sendiri itu tindakan yang bijak.
Tapi korang lupa.
Korang perlu bayar beban ansuran bulanan, yang mungkin lebih tinggi dari kadar sewaan. Dan perbezaan antara keduanya boleh digunakan untuk memiliki dan menambah harta.
Korang bertungkus lumus menyimpan sebagai persediaan pendidikan anak-anak di peringkat tinggi nanti.
Sedangkan korang sendiri pun tak tahu. Adakah anak-anak korang confirm layak untuk belajar kat peringkat lebih tinggi?
Pada masa yang sama, ada banyak lagi pilihan lain untuk biayai pendidikan anak-anak. Tapi korang malas cari dan belajar caranya.
Korang renovate rumah gila-gila sebab fikir, usaha tu akan meningkatkan nilai rumah. Pada waktu yang sama dapat la korang enjoy hasil renovation tu.
Realitinya, kenaikan nilai rumah bukan bergantung pada renovasi rumah. Tapi pada berapa luas kaki persegi yang boleh digunakan.
Impian nak enjoy hasil renovasi hanyalah sekadar satu ilusi.
Korang fikir lebih baik beli kereta mahal yang mampu dari beli rumah yang tak mampu.
Tapi sebenarnya, tu semua alasan korang untuk menunjuk yang korang mampu drive kereta import.
Padahal, ada banyak je rumah mampu milik yang boleh korang beli.
Bayar beribu ringgit untuk beli macam-macam buku.
Tu tak campur lagi dengan pergi seminar dan jumpa mereka yang pakar dalam bidang kewangan.
Korang kata mahal dan buang duit. Membazir je.
Tapi hutang berpuluh tahun dan sanggup bayar bunga hingga puluhan ribu (silap-silap, ada yang sampai ratusan ribu).
Yang ni, korang tak rasa buang duit dan membazir pulak?
Korang kata kos mengendalikan kereta terpakai tinggi dan membazir. Selalu rosak dan sebagainya.
Sebab tu korang tak guna kereta terpakai.
Tapi susut harga kereta baru hampir setengah dari harga kereta yang korang beli.
Faedah beribu-ribu dari hutang yang korang bayar tu, tak kira sebagai membazir dan rugi pulak?
Korang kata membantu ibu bapa dan sahabat handai itu satu amal untuk mendapatkan pahala dan keberkatan.
Tapi korang membantu sampai sanggup membakar diri sendiri tu yang tak betul.
Membantu tak salah, malah digalakkan. Tapi cara korang membantu tu yang salah.
Korang lebih percayakan janji-janji manis seorang scammer, hanya sebab dia tunjuk dan pujuk dengan wang yang banyak dan kereta mewah (yang belum tentu kepunyaannya).
Dan korang sanggup bagi duit kat mereka kerana membeli mimpi yang dijual kepada korang.
Tapi korang pulak, tak percaya dengan cara menyimpan dan melabur yang lebih selamat sebab tamak dan malas berusaha.
Korang buat wedding of the year, mungkin sebab kehendak sendiri atau nak puaskan kehendak orang lain.
Tapi sebenarnya, korang tak mampu dan sanggup meminjam untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain (yang mungkin tak makan masa sampai sehari pun).
Korang pujuk hati dan kata:
“Takpelah. Sekali seumur hidup je benda ni.”
Tapi korang sendiri tak tahu berapa lama jodoh tu kekal dan untuk urusan beberapa hari tu, korang sanggup jadi hamba bank selama bertahun-tahun lamanya.
Hinggakan korang tak mampu nak bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri.
Akhirnya, terpaksa bercerai berai. Berbaloi ke wedding of the year yang korang buat dulu tu?
Korang rasa pendapatan tak pernah cukup, sebab kau tak boleh beli dan belanja apa yang kau nak.
Walhal, rezeki korang dah tertulis. Bukan sebab pendapatan tak cukup, tapi syukur korang sendiri yang kurang.
Lebihan reseki yang korang dapat tu adalah untuk disedekah , disimpan dan dilaburkan. Bukan untuk melayan nafsu yang takkan pernah puas.
Selama ini, korang ingat wang akan dapat selesaikan semua masalah.
Padahal, masalah korang takde kena mengena dengan wang.
Duit hanyalah satu kenderaan untuk sampai ke sesuatu destinasi, dan wang bukanlah destinasi.
Korang kerja macam nak gila mengejar wang. Sedangkan ia tak perlu dikejar.
Duit akan datang sendiri kalau dipanggil dengan cara yang betul.
Korang ingat, bila buat dan ambil tindakan yang sama seperti kebanyakan orang lain, korang akan dapat hasil yang berbeza.
Hakikatnya, korang bukan dapat hasil yang berbeza.
Korang akan dapat hasil yang sama seperti orang lain.
Termasuklah tekanan, sama sengkek, sama takde simpanan, sama banyak hutang, sama takde harta, dan sama-sama susah.
Untuk mendapatkan hasil yang berbeza, korang kena berani untuk berfikir dan ambil tindakan yang berbeza dari kebanyakan orang lain.
—
Dah habis baca perkongsian ohsem ni?
Kalau nak kewangan sentiasa sihat walafiat, elakkan buat 14 “dosa” ni secara berterusan.
In Shaa Allah, akan kurang masalah kewangan korang bila tinggalkan dosa-dosa ni.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]