Sebelum kita proceed untuk simpan duit secara serius, kita kena set dulu siap-siap apa sebenarnya matlamat simpanan yang kita nak capai.
Bila kita masuk je duit tanpa letak apa-apa matlamat simpanan, itu yang duit banyak kali lesap entah ke mana tu. Tapi korang jangan risau, dengan ilmu yang betul, kita boleh atasi masalah ni.
Bagi yang baru nak mula menyimpan, Tok nak kongsi dengan korang tips daripada Miriam Caldwell ni tentang cara nak urus dan capai matlamat simpanan korang.
Ya, Tok tak nafikan, benda ni memang makan masa dan ikut kebolehan menyimpan setiap orang jugak.
Boleh jadi korang ada yang nak capai beberapa matlamat simpanan dalam satu masa, ada juga mungkin nak capai satu je. Takpe, Tok yakin tips ni terpakai untuk semua orang.
Sebelum apa-apa, wajib kita kenal pasti dulu apa tujuan utama kita menyimpan duit.
Adakah untuk:
i) bayar duit downpayment rumah idaman korang?
ii) tanggung percutian impian korang ke negara orang selama beberapa bulan?
iii) kumpul duit pendahuluan sebab nak beli Honda Civic?
iv) sediakan duit persaraan yang cukup untuk hari tua nanti?
v) atau, simpan duit sebagai persediaan menghadapi sebarang malapetaka (emergency fund)?
Bila kita dah ada jawapan untuk soalan ini, teruskan dengan mengenal pasti berapa banyak jumlah simpanan yang kita nak capai.
Tok bagi contoh:
Dah tetapkan jumlah simpanan yang korang nak capai? Jom baca langkah seterusnya.
Ada sesetengah timeline yang hanya makan jangka waktu yang pendek. Contohnya, katakan korang pelan nak bercuti ke Eropah pada tahun depan.
Bermakna, kita dah tahu yang simpanan perlu dibuat dalam tempoh masa 1 tahun. Selama tempoh ini, kita kena usaha menyimpan.
Kalau tak, akan ada potensi yang percutian ini menjadi sekadar mimpi indah saja.
Sama juga kalau korang pelan nak sediakan duit downpayment rumah.
Sebagai contoh, korang tetapkan matlamat ini dapat dicapai dalam jangka masa 2 tahun. Jadi, kita kena fokus mengumpul duit yang cukup dalam tempoh masa ini.
Dan ada juga matlamat yang gunakan garis masa yang agak panjang.
Contohnya, korang boleh tetapkan matlamat untuk mencapai simpanan sebanyak RM100,000 untuk duit persaraan, sebelum berumur 30 tahun.
Garis waktu ini membantu kita buatkan matlamat kita lebih jelas. Bila dah jelas, senang kita nak capai dalam tempoh masa yang kita dah tetapkan.
Dalam usaha nak mencapai matlamat simpanan yang kita dah tetapkan, kita juga perlu tentukan berapa banyak yang perlu kita simpan setiap bulan.
Kita boleh tentukan perkara ini dengan ambil matlamat simpanan, dan bahagikan dengan 12 bulan (untuk tempoh 1 tahun. Kalau matlamat kita memakan masa 2 tahun, bahagikan dengan 24 bulan, dan seterusnya).
Tok sediakan contoh supaya kita lebih mudah faham:
Bermakna, kita kena simpan RM833.33 sebulan selama 12 bulan. Berikan sepenuh komitmen dalam menyimpan jumlah ini setiap bulan.
Sebelum mulakan simpanan, periksa dulu sama ada kita ada bajet yang cukup untuk buat perkara ini atau tak.
Kalau bajet bulanan tak cukup, mungkin kita boleh panjangkan sikit garis masa yang kita tetapkan itu.
Yang penting, pastikan tempoh ini realistik untuk kita capai, Tak logik pula nak kumpul simpanan RM1 juta dalam masa 1 tahun kan? (sebenarnya boleh je kita buat).
Kalau bajet sedia ada tak cukup, cari jalan untuk tambah pendapatan sampingan. Lagi banyak kita boleh simpan, lagi cepat boleh mencapai matlamat kita
Boleh buat simpanan secara automatik. Dapat saja gaji, sebahagian gaji akan terus masuk ke dalam akaun simpanan. Lebih mudah dan efisyen berbanding asingkan duit secara manual.
Ini bagus untuk kita buat sebab ia boleh elakkan kita terbelanja duit tu kat benda lain.
Untuk setiap matlamat yang kita dah tetapkan, buat satu akaun bank khas untuk setiap satu. Duit yang kita dapat tiap bulan, masukkan dalam akaun ni.
Jumlah akaun bergantung kat berapa banyak matlamat yang kita dah tetapkan.
Dan ingat ya. Paksa diri kita menyimpan, kalau tak nak matlamat kita tu jadi sekadar angan-angan. Kalau terlepas masukkan jumlah sebulan, cari jalan untuk gantikan pada bulan depan.
Kalau nak buat simpanan jangka masa panjang (lebih 5 tahun), boleh juga melabur dalam Unit Trust. Kalau tak nak buat ni, cari simpanan tetap (fixed deposit) yang bagi kadar faedah yang tinggi.
At least, duit tu boleh berkembang.
—
Bila simpanan dah lebat, barulah korang boleh kembangkan lagi duit tu dengan macam-macam pelaburan yang korang minat.
Cuma kalau korang serius nak melabur, Tok harap korang check dululah sama ada korang mampu atau masih terbeban dengan komitmen. Takut nanti pelaburan korang jadi peleburan pulak.
Jadi kat sini Tok nak ucap kat korang, selamat menyimpan. Tapi sebelum tu kalau korang rasa nak banyak lagi ilmu pelaburan dan kewangan, korang boleh join webinar Faizul Ridzuan ni.
Kat sini banyak ilmu mahal yang dia akan kongsi dan masuk pun percuma je. Kalau minat, klik gambar kat bawah untuk daftar, okay?
[KLIK GAMBAR SEKARANG]