PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Bajet 2022 : Peluang membeli rumah untuk orang berpendapatan rendah dan pekerja gig

Setiap tahun Tok tak akan terlepas untuk dengar pembentangan bajet. Untuk Bajet 2022, banyak harapan Tok terutama sekali bab hartanah dan kewangan. Untuk artikel ini, Tok akan ulaskan apa yang Tok dapat berkenaan hartanah. 

Bagi Tok sangat menarik kerana kali ini tertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah dan juga golongan yang tak ada bukti pendapatan. 

Jemput baca artikel ini sampai habis kalau anda nak tahu lebih lanjut.

Golongan berpendapatan rendah boleh ke beli rumah? 

Dalam pembentangan Bajet 2022, Tok tertarik dengan pernyataan ini.

“Setiap daripada Keluarga Malaysia berhak memiliki rumah kediaman sebagai keperluan kehidupan. Untuk itu, Kerajaan akan meneruskan projek- projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan nilai keseluruhan 1.5 bilion ringgit. Peruntukan ini antaranya bagi meneruskan program-program rumah mesra rakyat dan bantuan menyelenggara perumahan rakyat.” 

Ini berita baik bagi orang yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah pertama. 

Cukai Keuntungan Harta Tanah tak dikenakan?

Selain itu juga, dalam pembentangan Bajet 2022 ada dinyatakan bahawa Kerajaan tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun ke enam dan ke atas.

“Macam mana pula orang yang tak ada gaji tetap, Tok? Macam mana nak beli rumah ni?” 

Tok paling suka part orang yang tak ada pendapatan tetap ni. Dalam pembentangan Bajet 2022 ada dinyatakan untuk golongan yang tidak berpendapatan tetap, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga 2 bilion ringgit kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan ini membeli rumah.

Pekerja gig, pengusaha kecil dan golongan petani boleh mengambil peluang ini untuk membeli rumah. Ada diantara golongan ini yang mampu je untuk bayar bulanan pinjaman perumahan namun disebabkan tiada bukti pendapatan tetap, hasrat memiliki rumah terbantut. 

Tok menyambut baik berita ini dan Tok harap agar anda yang termasuk dalam golongan ini boleh mengambil peluang untuk beli rumah tahun depan (jika berkemampuan). Nak beli rumah pastikan tahu kemampuan kewangan dan juga strategi beli rumah yang betul. Tok tak nak anda tersalah beli rumah.

Secara keseluruhannya untuk topik hartanah, Tok nampak peluang yang sangat bagus bagi golongan yang berpendapatan rendah dan tak ada bukti pendapatan untuk membeli rumah. Ye lah siapa je yang tak nak beli rumah sendiri kan. Sebelum ni banyak kekangan yang muncul dan ramai yang meluahkan perasaan kat Tok yang mereka nak sangat beli rumah. Dengan peluang macam ni anda boleh mula susun dokumen kewangan dan banyakkan mencari ilmu pembelian hartanah bermula daripada sekarang.

Tok akan update dari semasa ke semasa tentang perkembangan terkini dari segi peluang memiliki rumah pertama dan juga apa bantuan kewangan yang anda bakal dapat untuk tahun 2022 nanti. 

Artikel ini bermanfaat dan anda dapat sesuatu? Silakan SHARE artikel ini supaya orang lain pun boleh baca sekali. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed