Selagi tak belajar uruskan duit dengan betul, selagi tu kewangan kita takkan selamat.
Tak ada seorang pun yang akan terlepas dari memikul tanggungjawab ini. Sebab tu, elok korang mula mencari ilmu ini seawal mungkin.
Tok kongsikan sarapan minda untuk korang pada pagi Rabu yang indah ini. Mohon hadamkan tanpa ragu-ragu.
Tok nak kongsikan tip yang Tuan Ikram Al-Banjari kongsikan ni kat The Vocket. Semoga bermanfaat.
Ini perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau masalah poket kering seminggu selepas terima payment bagi orang bisnes.
Dulu sewaktu di Jepun, ada seorang guru tua pernah berpesan kepada saya tip kewangan ini. Moga membantu.
Dalam banyak perkara, kita hanya banyak memberi alasan dekat diri sendiri untuk terus berbelanja, tanpa sebarang rancangan.
Sebelum apa-apa, buat senarai perbelanjaan wajib setiap bulan, dan potong perbelanjaan yang tak perlu.
Berdisiplin sikit bos. Ikut betul-betul rancangan perbelanjaan bulanan yang kita dah buat tu. Sentiasa utamakan bayaran-bayaran yang wajib seperti bil-bil utiliti, dan lain-lain.
Perasan atau tak?
Selama ini, yang mendorong kita berbelanja bukannya keperluan kita. Tapi nafsu kita yang tak dapat dikawal.
Tengok orang beli handbag, kita pun tak nak kalah. Nak beli juga. Tengok orang tukar perabot, beli kereta, pakai baju mahal, lepak Starbucks, makan mewah semuanya kita nak ikut.
Untuk apa? Untuk menyesal selepas berbelanja?
Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Terpulang kat korang untuk tentukan sendiri.
Ini perkara yang tak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain.
Jadikan tabiat untuk menyumbang kat masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sikit pun.
Contoh, setiap kali dapat gaji, beli sejadah dan letak kat surau. Satu tahun dah ada 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi. The more you give the more you get back.
Setiap kali dapat gaji, selepas kita dah selesaikan belanja wajib, mohon disiplinkan diri untuk menyimpan.
Buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax, insuran kenderaan, serta banyak lagi.
Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan.
Menyimpan dulu, baru fikir nak berbelanja. Bukan nak ajar untuk jadi kedekut. Cuma nak kurangkan dahi yang berkerut bila poket kering.
Siang kita bekerja, malam kita buat apa? Tengok tv atau goyang kaki?
Hijrah diri. Lakukan pengorbanan sikit dalam hidup untuk lebih maju.
Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan. Di sebelah malam, boleh mengajar anak jiran mengaji, jadi tutor kelas tambahan, kerja kat 7-Eleven, atau sebagainya.
Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order kat kedai makan sekalipun, apa salahnya? Paling penting kerja kita buat itu halal.
Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai.
Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tak menuntut modal atau masa yang terlalu besar.
Pandai memasak? Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan kat pejabat. Ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh.
Pandai tukar minyak hitam kereta? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan kat pejabat.
Suka menjual secara online? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gajet dan sebagainya secara online.
Mudah, kan?
Paling penting kena ada target harian. Kalau dapat untung sehari RM50 sekalipun, siapa yang nak bagi? Lepas belanja minyak dan tol pun dah cukup baik pada awal usaha ni.
Sudah-sudahlah beri alasan yang tak habis dekat diri sendiri. Jangan hanya pandai salahkan orang lain di atas masalah dan kesulitan kita.
Jangan hanya pandai mengeluh tanpa usaha. Sekarang masa paling sesuai untuk belajar perkara baru, berkorban masa dan tenaga, dan hijrah minda. Mulakan dengan hati yang senang dan lapang dada.
Sudah lama kita hanya pandai merancang dan berfikir. Nak tunggu bila lagi, baru nak mula dan berubah?
Tentukanlah sendiri. Salam sukses semua! Senyum sikit!
—
Tok harap nasihat Tuan Ikram ni, korang hadam dengan hati yang terbuka.
Takkan berubah nasib kita, kalau kita sendiri tak mula bertindak.
Tok percaya, korang boleh ubah nasib diri sendiri. Semoga korang jadi antara penyumbang zakat terbesar selepas ini ya. Ameen.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]