PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

7 tips pengurusan kewangan anak muda

Bab uruskan kewangan ni Tok banyak kali dah pesan. Mulakan langkah sekarang tak kiralah korang sekarang kat tahap mana. Bergaji biasa je ke ataupun dah mula bergaji stabil.

Awal – awal nak mulakan langkah memang nampak payah tapi bila dah biasa, korang boleh uruskan kewangan dengan baik.

Kali ni Tok nak kongsikan kepada korang artikel best daripada Bijak Kewangan tentang apa tips pengurusan kewangan anak muda. Jemput baca artikel ini sampai habis.

Nak mula menguruskan kewangan dengan bijak ni tak perlu tunggu bergaji besar pun. Dengan gaji yang sedia ada pun dah boleh terus buat. Untuk kebanyakan orang, nak kurangkan perbelanjaan, boleh menyimpan dan melabur dan capai matlamat kewangan nampak macam mustahil. 

Namun, walaupun anda rasa kewangan anda di tahap yang tak baik dan anda tak nampak jalan keluar, ada banyak tips yang anda boleh buat untuk uruskan kewangan anda. Kali ni Min nak kongsikan 7 tips kewangan yang anda boleh buat terus. 

Tip #1 : Track perbelanjaan bulanan anda.

Kalau anda tak tahu apa dan ke mana anda berbelanja setiap bulan, jangan risau. Anda masih boleh improve habit berbelanja anda. 

Untuk dapatkan pengurusan kewangan yang baik, ianya bermula dengan kesedaran perbelanjaan. Anda banyak berbelanja ke mana? Anda boleh gunakan apps pengurusan kewangan untuk tengok ke mana duit anda banyak habis. 

Selepas anda dah mula latih habit track duit ni, anda boleh bergerak ke tips seterusnya. 

Tip #2 : Buat bajet bulanan yang realistik

Salah satu cara untuk kawal perbelanjaan adalah dengan membuat bajet bulanan yang realistik. Anda tak boleh terus buat bajet yang strict contohnya langsung tak keluar makan kat luar sedangkan sekarang anda keluar makan 4 kali seminggu. Buat bajet yang sesuai dengan keadaan anda sekarang. 

Anda boleh gunakan bajet untuk mengawal duit anda supaya tak terlebih berbelanja setiap bulan.

Tip #3 : Mulakan menyimpan – walaupun menyimpan ni ambil masa.

Mulakan menyimpan dana kecemasan. Sangat penting dana kecemasan sebab sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini, anda ada simpanan yang boleh diambil. Walaupun setiap bulan anda hanya boleh menyimpan sedikit je, bagus dah tu. kita tak tahu apa yang berlaku di masa hadapan. Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. 

Tip #4 : Bayar bil dan hutang anda tepat pada masanya setiap bulan

Bayar bil dan hutang tepat pada waktunya boleh membantu anda untuk berjaga – jaga dengan rekod kewangan anda. Lambat bayar hutang dengan bank boleh rosakkan rekod CCRIS anda. Anda mesti tak nak perkara ni berlaku kan? 

Tip #5 : Tamatkan subscription yang anda tak pakai

Anda ada melanggan apa – apa dan perlu membayar setiap bulan? Normal sangat kalau anda terlepas pandang apa yang anda subscribe. Tahu tahu je kena caj setiap bulan. Cuba duduk dan tengok balik subscription ni perlu ataupun tidak. Anda mungkin patut batalkan je subscription tu. 

Tip #6 : Menyimpan untuk beli sesuatu 

Katakan anda ada target nak beli rumah dalam masa 3 tahun daripada sekarang. Mulakan menyimpan dan konsisten. Beli rumah perlukan duit dan juga ilmu. Jadi mulakan langkah anda sekarang. 

Tip #7 : Melabur dengan ilmu dan strategi yang betul 

Bila masuk bab pelaburan ni, anda perlu ingat bahawa sangat senang untuk duit melebur begitu saja. Jadi apa yang anda boleh buat adalah memilih pelaburan yang sesuai dengan risk appetite anda dan mulakan langkah anda dalam pelaburan. Jangan melabur terikut – ikut orang. Pastikan anda ada strategi anda sendiri. 

Kesimpulan 

Untuk jadi bijak kewangan dan pandai kawal keluar masuk duit ni memang nampak renyah bagi orang yang baru bermula. Namun bila dah biasa, nampak makin mudah jalannya. Min harap dengan perkongsian ini mampu membantu anda untuk menjadi bijak kewangan dan seterusnya boleh capai kebebasan kewangan yang diinginkan. Aaminn. 

Amacam? Korang belajar sesuatu daripada perkongsian ni? Tok harap korang dapat manfaat sedikit sebanyak melalui artikel kali ni. Nak nampak hasil daripada usaha korang jaga kewangan ni memang makan masa sedikit. Tak semestinya hari ni buat, bulan depan terus cantik pengurusan kewangan korang.

Tok doakan korang boleh urus kewangan dengan bijak.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed