Ada sebab orang kaya jadi kaya.
Selain faktor rezeki, mereka juga berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza berbanding orang biasa.
Macam mana mereka boleh capai apa yang mereka dapat nikmati selama ini?
Kalau nak berjaya seperti mereka, wajib kita dalami apa pandangan mereka tentang duit.
Tanpa berlengah lagi, mari mula semat perkongsian John Rampton (contributor kat blog Entrepreneur.com) ini dalam minda kita segera.
Kevin O’Leary, ahli bisnes Kanada yang berjaya dan juga seorang hos rancangan terkenal (Shark Tank), menganggap wang boleh buatkan kita lebih bebas untuk bertindak.
Kenapa beliau cakap macam ni?
Ini adalah satu perkara yang orang kaya sedar.
Betul, duit bukan segala-galanya. Tapi dengan wang yang cukup (melebihi keperluan asas seperti makanan atau tempat tinggal), kita boleh memilih untuk buat apa saja pada bila-bila masa.
Tak suka bos atau tempat kerja korang? Korang ada pilihan dan kebebasan untuk berhenti, dan buat kerja yang korang minat.
Nak rancang percutian kat Hawaii? Tak ada masalah. Korang sendiri bebas memilih masa untuk pergi bercuti. Sebab masa bekerja, korang yang tentukan sendiri.
Tengah pelan nak lancarkan bisnes baru? Boleh dibuat. Korang dah tahu cara dan ada senarai rangkaian untuk mencapai impian ini.
Macam mana pula kalau jatuh sakit? In Shaa Allah, korang mampu bayar doktor yang terbaik untuk rawatan dan ubat.
Dengan duit yang banyak juga, kita boleh bantu lebih ramai orang. Itu sebab orang kaya rajin mencari dan kumpul duit. Bukan sebab nak pakai kereta mahal dan beli baju lambang kuda semata-mata.
Orang kaya selalu fikirkan masa depan.
Itu sebab mereka sentiasa mencari peluang pelaburan baru setiap hari. Dan akan dengar setiap peluang pelaburan itu (sampai betul-betul faham), walaupun mereka tak suka sesebuah pelaburan itu.
Dengan kata lain, mereka sentiasa mencari cara untuk menambah kekayaan mereka, tak kira kat mana mereka berada.
Bagi mereka, setiap saat itu adalah peluang yang tak patut kita bazirkan.
Tak kira daripada pelaburan saham hingga ke hartanah, mereka akan mengkaji setiap perkara yang perlu supaya dapat menjana untung dari setiap pelaburan yang dibuat.
Orang kaya tak suka libatkan diri dengan pelaburan yang kompleks seperti hedge funds dan sekuriti bersandarkan gadai janji.
Sebab apa?
Pelaburan seperti ini ada pelbagai masalah, termasuk kita tak ada sebarang kawalan berkaitan risiko yang terlibat.
Dalam bahasa mudah, mereka tak akan melabur kat perkara yang mereka tak tahu dan tak boleh kawal.
Orang kaya sehabis boleh akan elakkan daripada pelaburan yang perlukan fi mahal. Biasanya, pelaburan ini senang dijual kat orang yang tak faham dengan apa yang mereka buat.
Tak bermaksud kita kena kurangkan belanja sampai susahkan kerja kita. Bukan macam tu.
Kalau kita boleh dapat sesuatu benda atau servis yang sama pada harga yang lebih murah, kan lebih untung?
Contoh. Korang perlu ke Kota Kinabalu, dan tiket penerbangan ke sana menelan kos RM1,500 untuk tiket kelas pertama.
Salah ke kalau kita beli tiket kelas peniagaan atau kelas biasa, yang dah tentu lebih murah berkali-ganda? Duit baki lebihan ini, boleh kita gunakan mengisi dana pelaburan kita.
Duit yang bekerja dengan sendirinya adalah duit yang kita tak perlu cari. Ia akan menjana lebih banyak duit dengan sendirinya. Lebihkan fokus untuk tingkatkan pelaburan daripada berbelanja tak tentu hala.
Orang kaya tak boros membeli barangan mewah seperti pakaian dan kenderaan. Tak semuanya.
Sebaliknya, mereka dengan bijak gunakan duit dan melabur dalam aset yang dihargai.
Tatiana Morales jelaskan maksud aset ini sebagai “aset yang ada potensi untuk meningkat dari sudut nilai, atau menjana pendapatan.”
Antara contoh simpel aset seperti ini adalah wang tunai, dan juga pelaburan seperti saham, bon, dan juga hartanah.
Pelaburan hartanah antara salah satu investment vehicle yang tahan inflasi, dan boleh meningkat dengan baik dari sudut nilai (capital appreciation).
—
Gaya fikir (mindset) adalah penyebab utama orang kaya bertindak di luar jangkaan orang biasa.
Sebab itu, kita lihat mereka terus kaya dan kekal berjaya. Dan tak pula mustahil untuk orang yang biasa-biasa, berubah jadi orang kaya.
Bila korang dah tahu gaya fikir ni, korang dah selangkah ke depan. Terpulang kat korang pula untuk teruskan langkah atau berhenti setakat ini saja.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]