Dah lama Tok tak menulis pasal kisah inspirasi.
Kisah seseorang menempuh dugaan dan cabaran dalam dunia pelaburan hartanah antara salah satu sumber inspirasi bagi Tok.
Dan Tok pasti, ramai yang kat luar sana berkongsi pandangan yang sama.
Tanpa buang masa, mari kita hadamkan kisah Tuan Anders Ong ini yang Tok baca kat blog Property Guru.
Terima kasih Cikpuan Mangalesri Chandrasekaran sebab kongsikan cerita yang ohsem dan bermanfaat ini.
Anders Ong adalah seorang graduan yang mempunyai visi dan misi yang besar yang tersemat rapi dalam hati.
Berasal dari Penang dan baru berumur 25 tahun, beliau dah biasa hidup secara sederhana.
Sejak zaman universiti lagi, beliau survive dengan bajet sebanyak RM7.00 sehari. Nak ikutkan, jumlah ini jauh beza berbanding kawan-kawan beliau yang berbelanja tanpa sebarang kekangan.
Lepas berjaya dapatkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan kat Northern University of Malaysia (UUM) pada tahun 2014, beliau mulakan langkah pertama sebagai pelabur hartanah.
Mungkin beliau bertindak agak lambat sikit berbanding mereka yang mula melabur pada tahun 2008 dan 2009.
Walaupun bermula agak lambat, beliau dah berjaya beli 2 unit hartanah yang menjana pulangan yang baik.
Ya. Anders baru saja bermula, dan pulangan ini hampir meliputi jumlah gaji beliau selama 3 tahun bekerja.
Perjalanan pelaburan Anders dibantu oleh ahli keluarga beliau sendiri (ibu bapa dan adik-beradik beliau).
Lepas tamat pengajian pada tahun 2014, beliau beli hartanah pertama semasa bekerja kat bawah naungan syarikat pemaju terkenal.
Dan tanpa teragak-agak, Anders tambah lagi satu koleksi hartanah dalam tahun yang sama sebab beliau cukup passionate dalam pelaburan ini.
Ini adalah prinsip yang suka beliau nak kongsikan kat pembaca:
“Tak ada siapa yang terlalu muda dalam membeli hartanah. Bila-bila masa pun, sesuai untuk membeli hartanah.”
Anders seorang yang sangat bermotivasi dalam pelaburan hartanah dan suka berbincang dengan rakan-rakan beliau tentang ini.
Atas sebab ini, beliau yakin dengan keputusan untuk bekerja bawah naungan pemaju.
Antara sebab utama beliau pilih untuk libatkan diri dalam pelaburan ini berpunca daripada kisah inspirasi orang lain, yang membeli hartanah pada usia muda.
Dan beliau tak mahu bazirkan peluang menjadi salah satu sumber inspirasi buat mereka yang baru mulakan pelaburan hartanah.
“Saya akan terus beri galakan kat anak-anak muda untuk buat pelaburan hartanah seawal mungkin, supaya mereka dapat manfaat dari segi tempoh pinjaman, kemampuan, dan lain-lain.”
“Tapi, semua ini hanya berlaku kalau mereka buat usaha yang wajar (due diligence) dalam membuat kaji selidik, dan menjadi pelabur yang sentiasa ‘lapar’ untuk dapatkan maklumat terkini pasal hartanah.”
Anders mulakan langkah sebagai pelabur dengan membeli sebuah apartmen kecil.
Masa ni, boleh tahan ramai yang perlekehkan keputusan beliau ini. Namun, beliau tak pernah teragak-agak dan sentiasa bertindak dengan penuh yakin.
Ramai yang kata, beliau tak akan survive lama sebab baru saja bekerja, tambah pula dengan komitmen lain seperti hutang PTPTN, sewa rumah, pinjaman kereta, utiliti, dan sebagainya.
Nasib baik ahli keluarga beliau sentiasa menyokong keputusan ini, walaupun kekangan dari sudut kewangan masih menjadi satu isu.
Hartanah pertama yang Ander beli hanya sebesar 800 kaki persegi, yang bertempat kat Pulau Pinang. Sekarang, hartanah ini bernilai 2 kali ganda berbanding harga yang beliau beli pada 2 tahun lalu.
Hartanah ke-2 pula adalah rumah jenis semi-D yang terletak kat Kedah. Masa menyemak senarai hartanah yang nak dibeli, unit ini dengan mudah menarik perhatian beliau dan buatkan beliau membayar tempahan (booking) dengan segera.
Dan sekali lagi, idea ini dapat banyak tentangan daripada kawan-kawan sebab mereka ragu-ragu dengan kondisi pasaran hartanah ketika itu.
Mujur dengan sokongan kakak beliau, Ander beli juga hartanah seluas 3,200 kaki persegi ini. Dan semasa artikel ini sedang ditulis, hartanah ini dah melebihi harga yang beliau beli dulu.
Pendek kata, 2 biji hartanah ini dah berjaya hasilkan keuntungan yang Anders harapkan!
Tak ada sebarang had usia untuk libatkan diri dalam pelaburan hartanah.
Bila kita belajar untuk melabur dalam hartanah seawal mungkin, kita akan belajar cara efektif untuk uruskan kewangan dan menjadi lebih berdikari.
Adalah lebih baik melabur dalam hartanah berbanding bazirkan duit membeli gadet terkini, kereta mahal (yang akan jatuh nilai sejurus keluar showroom), atau lain-lain.
Selain itu, pelaburan hartanah jelas sebagai salah satu instrumen pelaburan yang terbaik, dan ia susah terkesan oleh sebab luaran.
Jadi, mulakan langkah korang untuk melabur seawal mungkin dalam hartanah.
Bagi yang baru nak bermula, ini antara faedah yang korang akan dapat bila melabur dalam hartanah sekarang:
Untuk pembeli rumah kali pertama, korang layak dapatkan pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas surat pindah milik (transfer agreement) dan perjanjian pinjaman (loan agreements) untuk membeli hartanah kediaman.
Ini dapat jimatkan banyak wang korang kalau harga hartanah itu mahal.
Kalau korang tak ada 10% bayaran muka (downpayment) untuk hartanah pertama, usah susah hati.
Skim Rumah Pertamaku akan bantu korang biayai 100% bagi setiap pembelian hartanah kediaman pertama, dan ia terdapat dalam 2 bentuk – pinjaman Islamik dan konvensional.
Ini adalah skim terbaru kerajaan, di mana kerajaan akan menyumbang 10% daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah).
ia khas untuk pembeli rumah kali pertama untuk pembelian hartanah bawah RM500,000.
Nota: Permohonan ini akan ditutup pada 30 Jun 2016.
Korang boleh dapatkan pengecualian RPGT dalam beberapa keadaan, seperti:
Seorang individu layak dapatkan pembiayaan sebanyak 90% untuk 2 hartanah pertama, dan pinjaman sebanyak 70% untuk hartanah ke-3 dan seterusnya.
Jadi, adalah penting untuk kita membeli 2 hartanah pertama dengan bijak dan pastikan ia hasilkan pulangan yang baik.
Kalau korang mula melabur awal (pada usia muda), korang ada kebolehan untuk lanjutkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
Ini lebih baik berbanding tempoh pinjaman 20 tahun, yang pasti akan menambah beban kat bahu korang.
—
Syukur. Tok tengok semakin ramai anak muda yang dah sedar akan kepentingan memulakan pelaburan hartanah seawal mungkin.
Lagi awal korang mulakan, lagi cepat korang dapat tuai hasil. Tengok saja Tuan Anders Ong. Beliau dapat jana untung dalam masa 2 tahun saja.
Dan tak mustahil, korang juga boleh mencapai keputusan yang sama. Dengan syarat, mulakan cepat-cepat dan tak usah bertangguh lagi tau.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]