Tok nak tanya korang. Pernah tanya tak diri sendiri apa sebab utama kita membeli barangan branded?
Ada sebab kita buat tindakan ini. Menurut kajian pakar psikologi, ia berpunca daripada perasaan ego atau bangga diri. Kita nak buktikan kat orang lain yang kita juga ada duit dan mampu beli.
Yang tak best-nya, kesihatan kewangan kita menjadi taruhan setiap kali. Mungkin lepas korang dah hadam perkongsian Paul Michael ini, kewangan korang boleh jadi tak terlingkup.
Tok yakin semua orang dah sedia maklum. Barangan berjenama jauh lebih mahal daripada jenama generik.
Kenapa kena bayar lebih mahal?
Sebab mereka nak kita tanggung kos marketing dan advertising untuk produk itu. Tapi, tak bermakna barang generik tak berkualiti dan setanding dengan barang berjenama.
Dan kalau kita dah tahu fakta ini, kenapa masih lagi membeli barangan yang berjenama saja?
Contohnya, tisu jenama TESCO sama saja function macam tisu jenama Kleenex. Mungkin tak selembut Kleenex, tapi fungsinya tak ada beza.
Jadi, kenapa masih pilih untuk bayar lebih daripada sepatutnya?
Ada kemungkinan juga, kita takut bila dengar orang lain mengata. Harap korang tabahkan hati sebab korang akan dengar skrip seperti ini:
“Kau ni, kedekut betul. Barang kecil macam ni pun nak berkira. Tambah seringgit dua je pun.”
Kalau nak tahu, jutawan atau billionaire sekalipun tak pernah suka membayar walaupun satu sen lebih daripada nilai yang sepatutnya. Boleh kata, ini adalah satu prinsip yang mereka dah pasakkan dalam hati masing-masing.
Sebab itu kewangan mereka boleh selamat. Dan ini patut jadi prinsip yang korang semat dalam hati, bermula sekarang.
Siapa yang tak rasa stylo bila berpeluang memandu kereta jenama Eropah dengan sport rim rekaan terkini?
Tapi, tak semua realiti tergambar dengan kereta mahal tu saja. Ada sebilangan golongan seperti ini yang digelar “car poor”. Pakai kereta mahal, tapi masih duduk menyewa dan tak ada sebarang (atau sikit) simpanan.
Mereka jadi macam ni sebab berbelanja lebih kat kereta lebih daripada bajet sepatutnya. Semata-mata sebab nak berlagak dengan kawan-kawan dan rasa bangga bila memandu kereta berjenama.
Masalah ini juga tak tertumpu kat kereta saja. Industri lain seperti fesyen dan teknologi juga turut terkesan sama.
Ambil contoh kat negara kita saja. Berapa ramai yang pakai iPhone berbanding jenama smartphone lain? Rasanya, korang pun dah tahu jawapan soalan ni.
Ada orang tak boleh turunkan taraf hidup semasa mereka, atas alasan mereka dah terbiasa dengan gaya hidup itu. Ini akibat termakan prinsip “biar papa, asalkan bergaya”. Dan ini boleh melarat sehingga buatkan kita jatuh muflis.
“Aku tak suka shopping kat kedai secondhand. Standard aku kena jaga beb.”
Michael pernah dengar kawan beliau cakap macam ni, lepas bagitahu beliau dapat beli jaket berjenama kat kedai secondhand. Dan ini adalah satu sikap yang buatkan kewangan terlingkup dengan senang.
Bagi Tok, semua orang boleh dan patut membeli-belah kat kedai secondhand. Sebab dah jelas barang kat sini (yang berjenama) dijual dengan harga yang jauh lebih murah, masih elok dan boleh dipakai.
Daripada pakaian ke barangan eletrik yang biasa atau berjenama, boleh dibeli dengan harga yang tak kasi poket koyak. Dan kita sentiasa boleh suggest kat orang lain beli barang kat kedai macam ni.
Kadang-kadang, orang lain tak tahu pasal kedai ni. Jadi dah jadi tanggungjawab kita untuk bagitahu kat mereka yang tak tahu, kan? Perkara yang baik, elok kita hebahkan supaya dapat manfaat bersama.
Lain orang, lain tahap bangga dirinya. Ada yang jenis langsung tak nak terima bantuan orang lain. Padahal, dah jelas susah sehingga nak makan pun tak ada duit.
Hakikatnya, ramai yang tak berupaya rendahkan rasa bangga diri dan akui mereka perlukan bantuan.
Mereka lebih sanggup tanggung derita daripada menerima sumbangan, dek sifat bangga diri yang berlebihan.
Kerajaan sendiri ada buat program untuk membantu kurangkan masalah seperti ini. Ini tak termasuk lagi dengan bantuan luar seperti ahli keluarga dan sebagainya.
Elakkan perasaan ini jadi penghalang. Tak elok tolak bantuan yang ada semata-mata nak melayan kerenah ego yang tak akan berikan sebarang manfaat. Sesiapa saja dalam dunia ini layak menerima bantuan.
Michael pernah berjumpa seorang kenalan yang susah nak akui bila melabur kat tempat yang tak betul. Bahkan, beliau terus melabur walaupun dah sedar ia tak berikan sebarang pulangan.
Ada orang yang terlalu bangga dengan keputusan yang dibuat. Sehingga tahap langsung tak nak dengar dan terima pandangan orang lain (walaupun dah tahu salah). Bila ego dah kuasai hati, inilah hasilnya.
Dan yang tak best, perkara ini akan berikan kesan tak elok kat kewangan kita. Ini sama konsep dengan si kaki judi. Bila kalah satu pertaruhan, mereka akan naikkan nilai taruhan sehingga duit mereka habis ditelan.
Dan orang seperti ini tak akan belajar sehingga duit mereka hangus melebur. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri, baru nak menggelupur.
Kalau dah tahu salah langkah, akui dan ubah strategi pelaburan. Kalau teruskan juga, memang tak akan ke mana-mana duit korang tu.
—
Tak ada manfaat pun membela sifat kibir ini kat dalam diri. Sebab ia adalah sifat mazmumah yang paling keji.
Kalau nak pastikan kewangan korang tak terkesan secara negatif, mula kikis sikap ini segera supaya ia tak terus menebal dalam diri.
Kan sifat ini hanya layak untuk Allah S.W.T pakai? Yang kita (manusia) acah-acah nak pakai buat apa?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]