Tok ada baca berita daripada Kosmo tentang cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang membenarkan pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000.
Berikut adalah intipati daripada berita tersebut.
–
Kerajaan perlu pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.
Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi pulih tidak termasuk caruman bulanan biasa.
“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.
“Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.
Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendesak pencarum membuat bayaran balik.
“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi. Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.
–
Dalam pembentangan Belanjawan 2021, salah satu manfaat yang bakal dapat adalah pengeluaran sebanyak RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP.
Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak 500 ringgit sebulan dengan jumlah sehingga RM6,00 ringgit untuk 12 bulan.
–
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020.
i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.
KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.
i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.
Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.
–
Bagi yang terkesan dari segi kewangan, ini adalah berita yang agak baik bagi anda.
Tok banyak baca yang ramai inginkan pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP. Tok faham ramai yang tengah struggle sekarang. Pengeluaran Akaun 1 KWSP antara salah satu harapan.
Sama – sama kita tunggu apa perincian i-Sinar 18 November nanti. Tok akan update anda.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]