PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 resepi rahsia pelabur hartanah confirm buat untung

Dalam banyak-banyak jenis pelaburan, hartanah jadi pilihan ramai orang sebab ini antara pelaburan yang selamat.

Dengan data yang bagus, korang boleh jana untung tanpa banyak masalah. Tapi, kerja yang korang kena buat dah tentu tak mudah.

Dalam pelaburan ini, adalah bagus untuk beli hartanah yang ada potensi dalam kenaikan nilai (capital appreciation) dan juga untung sewa (rental yieid).

Dan yang pasti korang nak elak, adalah terbeli hartanah yang tak ada 2 perkara ini.

Korang nak capai matlamat ini? Nah, jemput hadamkan perkongsian Dr. Daniele Gambino yang simple tapi padat ini.

Peraturan #1: Belajar bezakan antara persepsi dan realiti

Boleh kata, keputusan membeli hartanah adalah salah satu perkara yang penting dalam hidup kita. Dan kita tak boleh amalkan sikap sambil lewa dalam membuat keputusan ini.

Sebab itu, kita wajib bersedia dengan belajar mengawal persepsi supaya ia tak berlebihan dan berikan kesan kat pemilihan hartanah yang terbaik untuk kita beli.

Kalau sekadar nak dapatkan maklumat, tak apa. Tapi, kaji balik setiap maklumat itu dengan fakta yang ada. Semua orang boleh cakap sesebuah hartanah itu bagus untuk pelaburan. Tapi apakah buktinya?

Buat dulu segala usaha yang wajar (due diligence) dan kajian secara terperinci, sebelum mengambil keputusan nak beli sesebuah hartanah untuk tujuan pelaburan.

Bagi projek undercosntruction, periksa dulu sebarang pemacu permintaan (demand driver) yang akan membantu naikkan nilai hartanah itu. Antaranya seperti:

  • Institut pendidikan (universiti, kolej, atau sekolah),
  • Servis pengangkutan awam yang berdekatan,
  • Akses lebuhraya atau jalan yang baik,
  • Kemudahan asas yang ohsem (seperti pasaraya, kedai runcit, kedai makan, dan sebagainya),
  • Potensi pembangunan pada masa depan.

Semua perkara kat atas tadi menjadi faktor yang akan meningkatkan nilai hartanah yang kita bakal beli nanti. Dalam erti kata lain, sentiasa periksa fakta dan nombor secara teliti.

Peraturan #2: Fahamkan keadaan pasaran semasa dan masa depan

Ramai yang sangka kita berada kat ambang property bubble, dengan bekalan hartanah yang terlampau banyak kat pasaran sekarang. Tapi, ini adalah perkara yang tak betul.

Sekali lagi, kita boleh fahamkan perkara ini melalui nombor dan fakta yang ada.

Sebenarnya, lebihan bekalan hartanah ini merujuk kat hartanah mewah. Dan bekalan hartanah mampu-milik masih lagi tak dipenuhi dan tertinggal jauh berbanding permintaan (demand) kat negara ini.

Kajian terbaru dan huraian Laporan Pasaran Hartanah (yang dikeluarkan oleh NAPIC) dah buktikan, yang bekalan hartanah mampu-milik masih lagi belum mampu menanggung tahap permintaan (demand) yang ada.

Sedangkan, hartanah jenis ini adalah produk yang ramai orang nak beli.

60% penduduk Malaysia (atau 18,000,000 orang) terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Kat sini, kita boleh anggap mereka meletakkan target untuk membeli hartanah berharga sekitar RM200 hingga RM700 kaki persegi.

Dan hartanah yang berharga RM250,00 hingga RM850,000 (kat kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang) dilihat akan kekal sebagai produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Jadi, hartanah kat Kuala Lumpur dan Lembah Klang (tertakluk kat beberapa kawasan) akan kekal sebagai kawasan pelaburan yang baik untuk para pelabur, dan peningkatan nilai (capital appreciation) yang bagus juga masih terjamin.

Selain itu, permintaan untuk sewaan dan jualan (purchase and rental) untuk hartanah kat kawasan ini juga akan kekal pada tahap yang baik.

Peraturan #3: Tumpukan perhatian kat pemacu permintaan (demand driver)

Dr. Daniele selalu nasihatkan pemaju supaya membina hartanah mengikut permintaan berdasarkan faktor ini. Sebab pembeli akan ambil kira faktor ini sebelum membuat keputusan membeli.

Sebagai contoh, perkara yang kita boleh kaji adalah landasan MRT Line 2, LRT Line 3, dan semua koridor daripada 12 landasan BRT yang dicadangkan SPAD pada tahun 2014.

Perkara seperti ini akan wujudkan permintaan (demand) yang berpanjangan, dan akhirnya, nilai hartanah kat kawasan ini akan melonjak tinggi.

Ini sebab yang akan buatkan pelabur dan pembeli tak berfikir panjang membeli hartanah kat kawasan ini.

Dengan asas yang baik, kita dapat kurangkan potensi kerugian untuk setiap jenis pelaburan yang kita buat dan menjana untung yang berlipat kali ganda.

Tetapkan dalam minda. Sebelum bertindak membeli hartanah, buat segala yang patut dibuat terlebih dulu. Dan elakkan anasir luar mengganggu kita buat keputusan yang baik.

Kaji sebaik boleh, dan In Shaa Allah pelaburan korang akan selamat. Tok doakan yang terbaik untuk korang semua ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *