PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Cara – cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Bagi membantu pencarum KWSP menghadapi tempoh pandemik Covid-19 ni, KWSP telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari KWSP maksimum sebanyak RM500 sebulan.

Korang boleh memohon pengeluaran i-Lestari KWSP ni bermula 1 April 2020.

Maklumat ni Tok dapat daripada website KWSP. Jemput hadamkan sama-sama.

Cara – cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Langkah #1 : Log in i-Akaun KWSP korang

kwsp 2

Langkah #2 : Klik ‘PENGELUARAN’

kwsp 3

Langkah #3 : Kemudian, klik ‘Permohonan Baru’

kwsp 4

Langkah #4 : Klik dekat ‘Jenis Pengeluaran’

kwsp 5

Langkah #5 : Klik i-Lestari. Pastikan jangan tersalah pilih ye.

kwsp 6

Langkah #6 : Klik OK

kwsp 7

Langkah #7 : Isikan segala details yang diperlukan. Jumlah yang dimohon tu korang tulis jumlah bulanan yang korang nak mohon (RM50 – RM500). Pastikan nama bank dan nombor akaun bank betul. Klik seterusnya.

kwsp 8

Langkah #8 : Semak segala details betul ataupun tidak.

kwsp 9

Langkah #9 : Dah semak details, di bawah sekali, klik ‘Permohonan TAC‘. TAC akan di SMS ke nombor telefon korang. Isi dan klik hantar.

kwsp 10

Langkah #10 : Selesai. Korang akan dapat macam ni. Korang boleh print dan simpan untuk rujukan. Semoga membantu.

langkah 10

“Tok, saya nak mohon i – Lestari ni, tapi saya tak daftar lagi i-akaun KWSP. Macam mana ni,Tok? KWSP tutup

Tenang anak muda. Korang boleh klik link di bawah. Korang boleh daftar i-akaun KWSP melalui emel je. Jemput klik link di bawah laju – laju.

Cara- cara mendaftar i-Akaun KWSP melalui emel (KLIK SINI)

“Tok, patut tak saya keluarkan RM500 dari i-Lestari KWSP ni?”

Tok suka soalan ni.

Untuk menjawab soalan yang ni, Tok cadangkan korang klik link di bawah untuk baca lebih lanjut. Semoga membantu.

Pengeluaran RM500 dari KWSP Akaun 2(KLIK SINI)

Soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP

Soalan #1 :

Apa kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari?

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Soalan #2 :

Berapa lama tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).

Soalan #3 :

Berapa amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari KWSP?

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Soalan #4 :

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Soalan #5 :

Boleh ke buat permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP?

Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.

Take care and stay strong everyone. Tok doakan korang kuat semasa hadapi waktu getir ni. 

Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook menyewa 1

Comments are closed