PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Pengeluaran RM500 dari KWSP Akaun 2 – Patut ke?

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita ada umumkan. Pencarum akaun KWSP, boleh keluarkan RM500 dari Akaun 2. 

Ada yang suka dengan berita ini, tak kurang juga yang berduka. Marah pun, ada. 

Tapi, Tok tak nak komen lebih pasal tu. Yang Tok nak komen, hanya satu benda saja sebab ada yang bertanya: 

“Patut ke saya keluarkan duit KWSP tu Tok? Tak kacau waktu persaraan saya nanti ke?”

Tak suka Tok nak buang masa korang. Jemput hadamkan perkongsian ini kalau serius nak tahu. 

Pengeluaran KWSP sebagai penyelamat?

Mekanisma i-Lestari ini diperkenalkan supaya orang yang diberhentikan kerja (atau cuti tanpa gaji), dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan menampung perbelanjaan keperluan asas. 

i-Lestari ni juga dianggap penyelamat buat mereka yang tak ada emergency savings (simpanan kecemasan) yang cukup. 

Sekarang ni, ramai yang sedang bertarung untuk survive. Keperluan seperti susu anak, beras, semua tu, wajib ada untuk anak bini. Kalau tak, macam mana nak survive? 

Pendek kata, ramai yang terkesan dengan perintah Kawalan Pergerakan akibat krisis COVID-19. 

Pada pandangan Tok, secara umum, ada 2 kategori situasi kita sebagai rakyat Malaysia sekarang: 

  • Kategori A: Mereka yang tak ada sumber pendapatan (atau pendapatan terganggu) sewaktu krisis COVID-19. 
  • Kategori B: Mereka yang masih ada sumber pendapatan sewaktu krisis COVID-19. 

Anda kategori yang mana satu – A atau B? 

Buat yang tergolong dalam kategori A, mereka adalah orang yang layak gunakan kemudahan ini. 

Dengan RM500 tu, banyak juga barangan keperluan yang boleh dibeli bagi yang benar-benar memerlukan. 

Cuma Tok risau satu je. Akan ada golongan yang keluarkan duit ni dan buat belanja benda bukan-bukan. Mesti ada yang beli barang kemahuan daripada keperluan. Ini bukan masa untuk fikir tukar iPhone model baru ya. 

Lagi satu. Hanya keluarkan ikut keperluan saja. Katakan, korang hanya perlukan RM200 saja sebulan. Lebihan yang ada, biarkan diam-diam saja dalam KWSP tu. 

Buat yang tergolong dalam Kategori B, tak payah menyibuk. Biarkan je duit dalam KWSP tu. Korang tak perlukan lebihan tunai tu pun at first place. 

“Apa kesan pada persaraan saya kalau keluarkan RM500 tu?”

Dalam bahasa mudah: 

“Lebih awal korang keluarkan, lebih banyak yang korang akan rugi.”

Katakan, sekarang, umur Ahmad sekarang 25 tahun. Kalau keluarkan RM500 hari ni, Ahmad rugi sebanyak RM2,146.01 waktu dia bersara nanti. 

P/S: Formula ini dikira berdasarkan kadar dividen 4.25% setahun, dengan jumlah terkumpul bila umur cecah 60 tahun.

Boleh rujuk kiraan kat bawah ni: 

WhatsApp Image 2020 03 24 at 3.20.35 PM

Sekarang, berapa pula Ahmad rugi kalau keluarkan RM500 selama 12 bulan berturut-turut? 

  • RM2,146.01 X 12 bulan = 
  • RM25,752.12 

Jadi, patut ke keluarkan duit KWSP anda? 

Patut atau tak, bergantung pada situasi kewangan masing-masing. Kalau memang untuk survival, tak salah korang keluarkan. 

Kerajaan juga ada umumkan, mereka akan keluarkan Pakej Ransangan Ekonomi yang baru akan dikeluarkan hujung bulan ni. Kita tengok nanti apa bantuan yang diperkenalkan. 

Apapun, stay strong everyone. Tok doakan korang kuat semasa hadapi waktu getir ni. 

P/S: Nak tahu lebih lanjut tentang i-Lestari ini? KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed